Tepu...


Assalammualaikum. Jam sudah menunjukkan pukul 6.39 pagi. Hendak masak, ayam belum nyahbeku lagi. Rancangnya, hendak buat bihun goreng. Hendak 'zzzzzz', baik bangun awal. Cemburu juga tengok seseorang yang sedang lena dibuai mimpi dikejar robot masa hadapan...

Hmmm... hendak tulis apa, ya??? Idea ada tetapi hendak dicoretkan di sini, tidak tertulis... Huhuhu...

Boleh jadi sebab sudah terlalu tepu.

Dari Selasa lepas, sampai Jumaat Muthiah menulis tanpa henti, memerah idea untuk menyiapkan sesuatu. Kalau sudah tepu, hendak buat macam mana? Kata suami, 'Rehatlah sejenak' ~ Kumpul tenaga. Ya! Kita memerlukan rehat yang mencukupi (tidak semestinya rehat yang berganda-ganda tetapi biarlah rehat itu merupakan rehat yang berkualiti).

Sebenarnya, ada seorang 'penulis baru dan berbakat' telah membantu Muthiah untuk menyudahkan tugasan ini. Namun, oleh sebab ideanya terlalu terkehadapan, Muthiah tidak dapat meluluskan hasil usahanya meski ia turut sama telah memerah tenaga dan fikiran untuk itu. Apapun, terima kasih ;)

Boleh jadi sebab terlalu banyak berfikir.

Tentang apa? Sebenarnya, ada perkara yang sepatutnya difikir secara mendalam. Contohnya, permasalahan ummat. Akan tetapi, ada juga perkara yang tidak perlu difikirkan secara mendalam, terutamanya sesuatu perkara yang remeh dan kecil.

Namun, siapa kita yang hendak menilai perkara itu adalah sesuatu yang boleh dipandang enteng? Hmmm... kita mungkin boleh belajar daripada pengalaman, pengamatan dan pemerhatian.

Mungkin, bagi mereka...
Apa yang sedang dihadapi merupakan sesuatu yang besar, berat untuk dipikul... mendukacitakan dan menyedihkan sedang bagi kita... 'Ah! Perkara kecil sahaja. Tidak perlu sampai begitu!'

Atau dari satu sisi, mungkin bagi kita...
Bebanan itu begitu berat dan pahit untuk ditanggung... sakit dan sakit namun mungkin bagi orang lain, 'Alah... bukannya teruk sangat!'

Justeru, jangan terlalu sombong dan bongkak kalau kita sudah cukup kuat untuk mendepani sesuatu permasalahan. Khuatir, tanpa sedar kita sedang mengikut jejak langkah syaitan yang akhirnya menjadi musuh Allah dan musuh manusia beriman.

Bukan kita yang cukup kuat tetapi Allah yang telah memberi kekuatan itu. Bantulah mereka yang memerlukan bantuan. Hendak bantu bagaimana? Hmmm... bawalah mereka kepada ALLAH, sumber segala kekuatan. Bukan mencemuh dan mengkeji. Boleh jadi mereka lupa dan tidak tahu. Insya-Allah, bilamana mereka sudah menemui TUHAN, kelak mereka akan bangkit juga.

Namun sayang, kita sangka kita yang hebat. Kita sangka, kitalah yang terbaik. Kita tetap mahu memperlekeh sedang kita sebenarnya bukanlah SIAPA-SIAPA. Jadi... 'Sendiri mahu ingat daaaa...'Kita takut, bisa membuatkan kita semakin jauh dan terus menjauh. Merasakan diri besar.. bukannya itu ciri-ciri orang jahiliah???

Adoi, apa yang sedang Muthiah coretkan? Hmmm... fikir-fikirkan... Muthiah terkenang seorang teman. Ia selalu merasakan dirinya tidak kuat tetapi sebenarnya, kekuatan itu sedang datang kepadanya.

Muthiah : Kadang-kadang lembut, kadang-kadang keras dan kadang-kadang tegas...
Labels: | edit post
0 Responses