Bersedialah untuk menerima teguran (ii)
Saturday, December 05, 2009
...
Sekadar mengimbau kenangan lalu. Muthiah pernah juga menerima 'teguran keras' daripada seorang kakak...
Muthiah diarahkan/ diminta untuk tidak berhubung dengan sekian sekian sekian. Namun, sebagai 'budak degil', Muthiah tetap menghubungi seseorang yang termasuk dalam kategori insan yang dilarang bagi Muthiah untuk berinteraksi dengannya (buat masa itu, bukan selama-lamanya). Larangan tersebut, mungkin disebabkan oleh 'perbezaan' dalam beberapa perkara. Muthiah.. bukan sahaja 'budak degil' tetapi bolehlah dikatakan sebagai 'budak bendul'. Huhu... sesudah menghubungi teman itu, Muthiah maklumkan pula kepada si kakak yang telah melarang Muthiah berbuat demikian.
Akibatnya...
Muthiah telah dijadikan bagai Kaab bin Malek yang telah dipulau Rasulullah dan para sahabat (Boleh rujuk siri peperangan Tabuk atau insya-Allah, pada lain masa, Muthiah kongsikan bersama). Ya! Muthiah telah dipulau oleh kakak Muthiah dan beberapa orang teman yang rapat dengan Muthiah (Muthiah kira atas arahan kakak Muthiah). Sewaktu bertemu, sahabat-sahabat tidak menegur Muthiah langsung. Begitu juga dengan kakak tadi. Bukan itu sahaja, apabila beraktiviti, Muthiah dijadikan bagai orang asing.
Muthiah? Hmmm... terkilan, sedih dan rasa tersisih. Muthiah tetap menidakkan tindakan yang telah diambil ke atas Muthiah. Namun, mungkin atas dasar kasih sayang... Muthiah tidak protes. Muthiah hanya menangis sendiri (tetapi tidak pula Muthiah tunjukkan di hadapan kakak serta teman-teman Muthiah - KA,KB,KN,Z,S).
Apabila tempoh pemulauan tamat. Hehe... kakak Muthiah telah menyampaikan tazkirah tentang perang Tabuk dan kisah Kaab bin Malek. Dan pada hari itu juga, setelah sekian lama kakak Muthiah menegur dan berbicara dengan Muthiah dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan sahabat-sahabat. Kami akhirnya kembali kepada sediakala bahkan hubungan menjadi lebih akrab daripada sebelumnya.
Muthiah? Muthiah rasa gembira dan lapang. Walaupun, tetap wujud pertanyaan dalam diri Muthiah, Muthiah cuba mengambil sesuatu yang positif walaupun mungkin yang negatif sememangnya ada:
1- Perlu dengar arahan.
2- Perlu bersangka baik. Teman-teman bukannya membenci kita tetapi mahu menyedarkan kita. Ada teguran, secara halus dan ada teguran dilakukan dengan...
Kita yang memilih sama ada mahu menerimanya secara positif mahupun negatif. Sekiranya penerimaan itu secara negatif, jangan biarkan perasaan negatif itu berlama-lamaan. Takut menjadi barah dalam diri. Kesannya, kita sendiri yang sakit hati dengan perasaan marah dan benci.
3- Apapun yang berlaku, usah sekali-kali menanam perasaan benci dalam diri.
4- Maafkan semua orang dan hindari daripada melakukan sesuatu yang bisa menyakitkan hati orang lain (dengan tindakan dan perbuatan kita). Yang ter ter... hendak buat macam mana? Kita, bukannya malaikat yang hanya patuh atau Nabi yang maksum. Belajarlah daripada kesilapan. Kalau sudah berubah tetapi orang tetap sakit hati... Hehe... 'Depa kena check hati sendiri kot.'Hahaha... Kenapa? Sebab susah berlapang dada... susah memaafkan... susah menerima kelemahan orang. Sedang hakikatnya, tidak ada siapa yang sempurna.
Muthiah : Masih belajar menerima teguran