Bersedialah untuk menerima teguran (i)


Assalammualaikum. Apa khabar semua? Hmmm... hujung-hujung minggu ini, agak-agak bagaimana kita memanfaat masa kita? Muthiah, hari ini semacam hendak online. Esok, hendak masuk 'pejabat'. Doakan kerja-kerja Muthiah dapat disiapkan sebelum waktunya.

1- Pernah menerima teguran?
Pernah ( )
Tidak pernah ( )

2- Apakah reaksi kita apabila menerima teguran?
Menangis ( )
Melenting ( )
Buat bodoh ( )
Lantaklah ( )
Bermasam muka/ membenci ( )

3- Kenapakan kita ditegur?
Orang dengki pada kita ( )
Kita ada buat silap ( )
Sikap kita ( )
Orang tidak berpuas hati dengan kita ( )
Sebab orang sayangkan kita ( )

Apapun keadaannya, kitalah yang memilih sama ada mahu bersikap positif mahupun negatif setelah menerima teguran daripada seseorang.Sekiranya kita mahu mengambilnya (teguran itu) sebagai satu yang boleh mengubah diri kita menjadi lebih baik, Alhamdulillah. Jika tidak, hmmmmm... dikhuatiri kita tidak akan dapat mengubah diri kita sampai bila-bila.

Muthiah??? Sejak kecil sampai sekarang, selalu sahaja ditegur dan ditegur. Ada teguran membina dan ada juga teguran yang menyakitkan. Biasanya, bilamana Muthiah cuba berlapang dada (apabila rasa dekat dengan Tuhan), Muthiah akan tenang. Acap kali juga Muthiah melenting. Namun, apabila Muthiah fikir dan berfikir kembali... membuatkan Muthiah sedar daripada kesilapan...

Boleh jadi teguran itu tidak kena pada tempatnya (atau tidak ada kaitan dengan diri kita) tetapi di sebalik segala sesuatu yang berlaku, tentu ada sesuatu hikmah yang tidak dapat kita fikirkan. Allah mahu mengingatkan kita sebenarnya....

Satu ketika, sewaktu tinggal di SS, seseorang pernah menegur Muthiah. Namun, tegurannya bukanlah seperti mahu menegur tetapi mahu menyalahkan. Isunya, tentang membasuh pakaian. DG berkata sambil menjerit, 'Kalau kau nak basuh baju, bukalah air kuat-kuat. Sebab itulah air selalu naik sebab kau buka air perlahan.' Selepas itu, dia maki-hamun.

Muthiah??? Sakit hati tetapi Muthiah tidak membalas apa-apa. Buat tidak tahu. Bagi Muthiah, tidak perlu melayan orang yang sebegitu. Lagipun, memang DG punya 1001 masalah. Masalah teman lelaki, rokok dan duit. Boleh jadi ia hanya mahu meluahkan api kemarahan yang ada dalam hatinya.

Muthiah terfikir :
1- Mengapakah ia mahu bersikap demikian?
2- Apakah salah Muthiah kepadanya?
3- Banyak-banyak orang, kenapa Muthiah yang dipilih untuk melempias rasa marahnya?

Tidak ketemu jawapan... hanya yang negatif sahaja. Sudahlah duit Muthiah 'dipau' olehnya. Jadi, di manakah yang positifnya???

Ada....
1- Boleh jadi sebagai kafarah dosa bagi diri Muthiah yang sememangnya sudah banyak dosa. Mungkin Muthiah tidak sedari...
2- Allah mahu Muthiah kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya. Boleh jadi tanpa sedar, Muthiah sebenarnya semakin jauh daripada-Nya dan berdikit-dikit melupakan-Nya.
3- Allah mahu Muthiah belajar tentang realiti kehidupan yang perlu berhadapan dengan 1001 karenah manusia yang tidak kita ketahui hati budinya.
4- Allah mentarbiyah Muthiah untuk menyemai sifat sabar dalam diri.
5- Banyak perkara dalam diri yang perlu Muthiah baiki.

-bersambung-

Jadi, tepuk dada tanya iman.

Muthiah : Sudah maafkan dan halalkan segalanya. Serah 150% kepada penghitungan Allah. Bukankah Allah Maha Tahu??? ;)
Labels: | edit post
0 Responses