Asal kejadian manusia (tafsir Al-Quran)

Al-Hajj ayat 5

"Hai, manusia. Jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah; Kemudian dari setitis mani; Kemudian daripada segumpal darah; Kemudian daripada segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna; Agar Kami menjelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan. Kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi; Kemudian (dengan beransur- ansur) kamu sampai kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai sangat tua; supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya..."

Ar-Mursalat

(20) Bukankah Kami menciptakan kamu dari air (mani)yang hina,

(21) Kemudian Kami letakkan dia di dalam tempat yang kukuh (rahim),

(22) sampai waktu yang ditentukan,

(24) lalu Kami tentukan (bentuknya). Maka Kami-lah sebaik-baik yang menentukan.

Al-Mukminun

(12) Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu saripati (berasal) dari tanah.

(13) Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).

(14) Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah; lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging; dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang; lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

(15) Kemudian sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati.

Argh... aku perlukan motivasi!!!! (ii)

Assalammualaikum. Apa macam... sudah termotivasi hari ini? Belum??? Hmmm... tidak apa... Sabar... satu hari, pasti akan termotivasi namun sebelum itu...

PILIHLAH untuk TERMOTIVASI. Dengan lain perkataan, minda kita berfikir dan menyatakan bahawa kita sebenarnya sedang termotivasi/ dimotivasi... Betul, Pendekar_Bayu?

Huhu... sekadar perkongsian pendapat... melalui pembacaan dan pengalaman... juga daripada motivasi yang diterima...

1- Apakah 'benda' yang kita hendak motivasikan?

a) Hendak menulis/ melukis/ masak.
b) Hendak jadi isteri solehah/ ibu mithali/ anak yang taat.

Katakan menulis (sebab Muthiah cuba memotivasikan diri supaya rajin menulis)..

2- Sebelum menulis... kenalpasti dahulu, 'Mengapa kita hendak menulis'...

a) Untuk menyampaikan dakwah.
b) Untuk cari duit melalui penulisan.
c) Untuk menjadi seorang penulis terkenal.
d) Untuk mengisi masa lapang.
e) Sebab kita minat menulis dan kita mahu menulis.

Sematkan dalam diri... 'Aku mahu jadi yang terbaik'. Maknanya, kita mahu menjadi penulis yang terbaik untuk diri kita. Dan pasti... lakukannya kerana Allah. Kita menulis, tidak sambil lewa walaupun hasil penulisan tersebut hanya kita yang baca. Yang penting, kita berpuas hati. Bilamana kerja kita cantik, secara tidak langsung akan memotivasi diri kita...

3- Setelah ada kemahuan, pupuklah minat... Bagaimana hendak memupuk minat? Hmmm... Muthiah pun tidak pasti tetapi yang Muthiah lakukan...

a) Muthiah membaca dan terus membaca. Mula-mula, 1 buku sebulan. Lama-kelamaan, menjadi beberapa buah buku pula. Ada peningkatan dan secara tidak langsung, memupuk minat Muthiah untuk menulis dan membaca.

b) Kita perlu jelas dengan matlamat kita hendak menulis kerana bilamana kita punya matlamat, secara tidak langsung akan mendorong untuk memupuk minat dan kita 'enjoy' dengan apa yang kita lakukan.

c) Bertemanlah dengan mereka yang memiliki 'interest' yang sama dengan diri kita. Boleh memotivasi juga, sih...

.... Kemudian/ lain-lain...

a) Peranan orang di sekeliling kita juga penting untuk memotivasikan diri. Keluarga/ suami/ isteri dan teman-teman yang dekat dengan kita. Kata-kata dorongan mereka sebenarnya penting untuk menaikkan semangat kita.

Bagi yang sudah berkahwin, pasangan perlu peka. Sebab bagi Muthiah sendiri...kadang-kadang berasa down, putus asa tetapi apabila ada dorongan dan sokongan, Muthiah bangkit kembali. Perlahan-lahan dan akhirnya boleh duduk dan berdiri.

b) Bina suasana yang boleh memotivasikan. Macam mana? Carilah/ buat tempat yang selesa bagi kita untuk menulis. Kalau Muthiah, Muthiah wujudkan suasana macam pejabat dalam rumah (SOHO). Ada kerusi, meja, papan putih dan lain-lain. Ada juga perhiasan yang membuatkan Muthiah tersenyum sendiri tatkala kebuntuan.

Apapun... dalam apa jua yang kita lakukan... usah sekali-kali BERPUTUS ASA. Suami Muthiah ada pesan... 1x GAGAL...10x Muthiah kena USAHA. Yang penting, jangan GIVE UP. Insya-Allah, kita pasti akan berjaya.

Muthiah : Dedikasi buat diri Muthiah juga UmmiMusa.

L @ XL @ XXL @ XXXL (ii)

Assalammualaikum.

Pertama-tamanya, Muthiah ingin memohon ampun 10 jari tangan dan 10 jari kaki andai apa-apa yang Muthiah tulis ini tidak kena pada tempatnya. Namun percayalah... Muthiah hanya mahu yang terbaik untuk semua....

Pernah kena hina/ keji sebab bersaiz XXXL?

Hmmm...

Muthiah pernah... Berapa kali, Muthiah tidak pasti tetapi yang Muthiah ingat sampai sekarang ialah peristiwa yang 2x ini. Maknanya, kata-kata tersebut betul-betul menikam jiwa, bukan? Kalau tidak, masakan boleh ingat lagi.

1- Waktu itu Hari Raya Aidilfitri. Agak-agak umur Muthiah dalam lingkungan 13-15 tahun. Muthiah, Kak Noni dan Kak Zana pergilah beraya di rumah kawan Kak Zana di Kampung Chalok Barat. Untuk masuk ke sana, kena ada orang ambil. Maklumlah, dari jalan besar ke perkampungan, agak jauh dan tidak sesuai untuk berjalan kaki.

Hendak dijadikan cerita... Waktu kami hendak balik, Muthiah, Kak Noni dan Kak Zana telah dihantar oleh kawan-kawan Kak Zana ke jalan utama.

Bertanyalah A kepada Kak Zana, "Yang seorang lagi, siapa namanya?"
Kak Zana menjawab, "Noni, belajar di Kuala Terengganu."
A bertanya lagi, "Yang seorang lagi. Yang gemuk tu???"

Huhu... perasaan Muthiah. Huh... sedih, menikam kalbu. Disebabkan Muthiah, Kak Noni dan Kak Zana merupakan kawan derat yang akrab, pasti mudah menyelami hati masing-masing, bukan?

Kak Noni pun berkata, "Biarlah dia, Za. Ikut dia mampus dia hidup aku..." Lega hati Muthiah sedikit apabila dipujuk begitu.

2- Biasalah.. Mek derat.. Muthiah, Kak Noni dan Mila berhari raya ke rumah kawan Kak Noni yang terletak di bandar KT. Umur Muthiah waktu itu... dalam 13-15 tahun agaknya. Sebab, masa masuk KISAS... berjurus dah... Kawan Kak Noni... bolehlah dikategorikan sebagai cun dan cantik.

Di rumah tersebut, adalah beberapa tetamu yang berkunjung. Nama lagi hari raya. Tiba-tiba, mak kepada kawan Kak Noni tiba-tiba berkata.. "Yang gemuk tu, makanlah sekali..." Aduh... hilang terus selera untuk makan...

Muthiah? Hmmm...sedih maaa.. malu pun ada. Mujur di sekolah Muthiah tidak pernah kena kutuk depan-depan begini. Kalau belakang, lain kira walaupun tidak mustahil ada.

Salah siapa?

1- Buat mereka yang suka merendahkan orang lain...

a) Hmmm... tidak baik cakap begitu pada orang. Allah marah. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahannya.

b) Berpada-padalah dalam ucapan/ ungkapan kita. Khuatir akan mengundang perasaan benci orang pada diri kita. Lagipun, kita hidup tidak lama. Mahukah kita mati dalam keadaan ada orang tidak berpuas hati dengan kita? Kalau sudah tersalah cakap... Hmmm... lepas ini lebih berwaspada deh ;)

2- Buat mereka yang rasa pernah diperkecilkan akibat saiz yang XXXL...

a) Hmmm... ingat.. orang yang paling mulia, tinggi di sisi Allah ialah mereka yang bertaqwa. Jadi, usah ambil hati sangat. Di syurga kelak, kita akan jadi lebih cantik daripada mereka yang hodoh mulut dan perilakunya itu.

b) Optimis. Katakan pada diri bahawa aku mampu menjadi yang terbaik. Kalau kita sudah berusaha untuk menguruskan badan tetapi tidak berjaya... kita tonjolkan kelebihan kita dari aspek lain. Contohnya; melalui akhlak yang baik. Bukan niat hendak menunjuk-nunjuk tetapi jadikan diri kita sebagai insan yang paling baik pada kaca mata mereka yang memadang kita. Pasti bahagian-bahagian yang kurang menawan itu dapat ditutupi dengan bintang yang bersinar dalam diri kita.

c) Maafkanlah mereka yang tersilap cakap itu. Muthiah? Insya-Allah, sudah memaafkan. Kenapa ingat lagi? Entahlah. Sebab menghiris sangat agaknya ungkapan tersebut. Mungkin orang yang berkata itu seorang yang tidak peka/ berpelajaran/ prihatin terhadap perasaan orang lain. Maklumlah, cikgu tidak ajar (adoi, bahasa..hehe... sekali sekala). Iyalah... ia tidak boleh menggunakan akal yang waras untuk mempertimbangkan sesuatu yang wajar/ tidak wajar diperkatakan. Jadi, bilamana ia tidak menggunakan akal tersebut sebaiknya, pasti ada something wrong somewhere. Boleh jadi jua ia terlupa... Hmmm...

d) Jadikan kata-kata tersebut sebagai motivasi diri kita untuk MENGURANGKAN BERAT BADAN. Lagipun, berat yang berlebihan bisa mengundang risiko penyakit. Kita yang buat pilihan. Sama ada untuk memusuhi orang yang menghina kita atau mengambil kata-katanya sebagai satu cabaran bagi diri kita. Kalau kita hendak memusuhi atau membenci... Sampai bila???

Hmmm... tepuk dada, tanya iman.

Muthiah : Dalam diam ada...

Jumpa tetapi tidak menepati citarasa (ii)

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan ...

1- Senyuman...
2- Maafkan semua orang...
3- Beristighfar kepada Allah...
4- Niat hendak langsaikan hutang...

Hmmm... Baru-baru ini, Muthiah ada menulis tentang cari (apa punya isu daaaa).

Cari punya cari... tidak jumpa. Apa perasaan kita?

a) Kena usaha lagi. Bukankah usaha tangga kejayaan?
b) Malaslah hendak cari. Biarkan sahaja.
c) Marah kecewa dan putus asa.
d) Optimis. Insya-Allah, pasti akan jumpa.

Elakkan daripada memilih jawapan (b) dan (c), ya ;)

Usahalah lagi. Usaha dan berdoa kepada Allah agar dikurniakan kekuatan. Tidak cepat putus asa dan kecewa. Kalau rancangan A tidak jalan, buatlah rancangan B. Kalau B, C sampai Z tidak jalan. Hmmm... cubalah tanya mereka yang lebih arif dan pakar. Manalah tahu... yang kita cari-cari itu tidak ada manfaatnya. Huhuhu...

Setelah berjumpa... apakah reaksi kita???

a) Gembira. Alhamdulillah. Jumpa juga... 'Hmmm... jumpa apa? Bakal suami?'
b) Lor... ini sahajakah? Sia-sia mencari.
c) Biasa-biasa...

Apapun keadaannya...

Hargailah setiap apa yang telah kita miliki.

Waktu kita hendak... kita cari. Kita berusaha untuk mendapatkannya tetapi sayang... bilamana sudah berada di dalam genggaman, kita tidak mahu menjaganya sebaiknya...

Kita buntu... kita stres... kita kecewa... kita dan kita... dengan 1001 permasalahan yang merunsingkan jiwa.

Jadi... kita pun mencari Tuhan kerana kita sudah tidak punya siapa-siapa yang bisa memahami diri kita di atas muka bumi ini. Kawan hanya tahu menyalahkan dan menuding jadi. Keluarga pula tidak memberi sepenuh sokongan. Saat itu, barulah kita sedar/ teringat bahawasanya kita sebenarnya tidak sendiri. Kita ada Allah yang sentiasa dekat dengan kita.

Alhamdulillah... Setelah sekian lama bermunajat, Allah memakbulkan doa. Kita juga sudah merasakan diri lebih baik daripada sebelumnya. Kalau dulu kita bermaksiat, disebabkan kekecewaan yang dialami membuatkan kita menghindari maksiat itu. Kita mahu dekat dengan Dia yang tahu segala isi hati kita.

Kesudahannya???

1- Adalah kita memelihara sebaiknya sesuatu yang telah kita jumpai dan miliki itu?

2- Atau... kita merasakan bahawa kita sudah tidak memerlukannya.

Hmmm... sekali lagi, tepuk dada... tanyalah iman. Kalau selepas ini kita cari dan tidak jumpa lagi.. hendak buat macam mana?

Muthiah : Tidak mahu/ suka berjumpa...
Labels: 0 comments | | edit post

Argh... aku perlukan motivasi!!!! (i)


Assalammualaikum...

MOTIVASI...

Siapakah yang memerlukan motivasi?
Kita semua...

Mengapakah kita memerlukan motivasi?
Kerana kita hanyalah hamba... Betul?

Kita tahu bahawa syurga Allah itu indah... Jadi, kita termotivasi untuk berlari-lari ke arahnya.

Kita tahu bahawa kita tidak sendiri... kita punya Allah yang dekat bangat dengan diri kita... Jadi, kita akan menjadi seorang yang kuat. Kuat semangat... kuat usaha kerana kita tahu Allah sentiasa melihat dan menghitung setiap perbuatan kita. Dengan kata lain, kita tidak sendiri.

Hmmm...

Kita hendak belajar masak. Namun, tidak ada siapa yang hendak menjamah masakan kita. Kesannya???

Kita hendak menulis. Namun, tidak ada siapa yang mahu membaca tulisan kita... seterusnya, memberi komen membina buat kita. Kesannya???

Mula-mula... kita abaikan kewujudan orang lain. Kalau hendak harapkan orang... tidak jalanlah kerja.

Jadi, kita lakukan semuanya untuk kepuasan diri. Kita puas merasa hasil masakan kita walau hanya kita yang merasainya. Boleh jadi sedap... boleh jadi sebaliknya. Hanya kita yang membaca hasil tulisan kita. Boleh jadi menarik... boleh jadi membosankan.

Akan tetapi, sebagai manusia yang lemah... kadang-kadang dan acap kali kita memerlukan seseorang untuk berada di samping kita. Sekurang-kurangnya, yang memberi sokongan/ semangat. Biarlah tidak ada orang yang mahu merasa masakan/ membaca tulisan kita tetapi jika orang yang dikasihi itu menunjukkan keprihatinnya terhadap apa yang kita lakukan, semangat untuk melakukan sesuatu perkara itu akan menjadi semakin berkobar-kobar.

Hmmm...Bukankah Allah ada? Ya... Allah ada. Andai kita boleh kuatkan semangat... menyelami dan menghayati kewujudan Allah yang begitu hampir dengan kita, insya-Allah, kita akan mampu memotivasikan diri.

Yakin... bahawasanya kerja yang bermanfaat kerana Allah itu pasti kan dihitung oleh-Nya.

Yakin... bahawasanya matlamat kita adalah untuk mencari redha Allah semata-mata. Kita hendak menulis. Namun, kita tidak tahu berapa banyakkah orang yang mahu membaca tulisan kita. Jika banyak yang berminat... Alhamdulillah. Kalau hanya seorang atau tidak ada??? Adakah kita mahu berputus asa dalam menyebarkan kebaikan melalui penulisan?? Tepuk dada, tanya iman.

Hmmmm... ingatlah wahai teman... Niat yang baik untuk menyampaikan kebenaran itu pasti kan mendapat 'habuan'nya di sisi Allah. Apapun keadaannya, letakkan matlamat utama kita... ADALAH KERANA ALLAH. Insya-Allah, kita pasti bisa termotivasi...

-bersambung-

~Argh... aku perlukan motivasi!!!! (ii)~

Muthiah : Insya-Allah, selepas ini... kita kongsi sama-sama tentang motivasi yang melibatkan persekitaran.

Hadis Arbain (42)


Hadis kegemaran Muthiah. Bilamana Muthiah rasa down dengan dosa-dosa yang telah/ sedang dilakukan...

Daripada Anas R.A., ia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman, “Wahai, anak Adam. Sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau. Aku tidak peduli (berapa banyak dan besarnya dosamu). Wahai, anak Adam. Seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku nescaya akan Aku ampuni engkau. Wahai, anak Adam. Sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun. Maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh ampunan pula.“ (Riwayat Al-Tirmidzi)

....

1- Berdoalah sentiasa kepada Allah agar diampunkan dosa oleh-Nya.

2- Sesungguhnya, keampunan Allah itu Maha Besar dan Luas buat hamba-hamba-Nya yang memohon ampun dan bertaubat kepada-Nya.

3- Bersangka baiklah sentiasa kepada Allah...

Kembali bercinta

“Abang sayang Hajar tapi…” diam sejenak.
“Abang tak mampu menidakkan rasa cinta abang terhadap Sarah,” perlahan-lahan Ibrahim memujukku. Diam lagi.
“Sarah hadir sebelum abang mengenali Hajar namun ketetapan Tuhan mengehendaki kami berpisah buat seketika. Dengan takdir-Nya juga, kita bertemu dan jatuh cinta akhirnya berumahtangga. Akan tetapi, Sarah muncul tanpa abang duga. Kemunculan Sarah dengan seribu satu pengharapan atas kesetiaan dan pengorbanan,” ia menambah sambil merenung tajam mataku yang berkelip-kelip menahan rembesan air mata yang bisa gugur ke bumi. ‘Oh Tuhan, tabahkanlah hatiku,’ aku berbisik sendiri.
Aku memandang Sarah yang sedang menangis teresak-esak di pangkuan puteri sulungku. Arisya Maisarah dipeluk erat. Ibrahim beria-ia menamakan anak kami dengan nama ‘Maisarah’. Ada udang di sebalik batu rupanya dan ada cinta yang tidak mampu dikuburkan. Hatiku benar-benar sayu.
Hanya dia yang aku cinta dan kepada dia aku mencurah kasih namun cintanya kepadaku tidak sepenuhnya. Ada insan lain yang sebenarnya bertakhta jauh dalam lubuk hati kecilnya.
“Kak Hajar, maafkan Sarah,” kali ini kekasih silam suamiku melutut di kakiku. Lidahku kelu, tidak mampu mengungkap walau sepatah kata. Aku benar-benar terkesima dengan apa yang berlaku. Aku masih lagi diam. Suaraku tidak kedengaran.
“Hajar…” Ibrahim berkata perlahan, lebih perlahan daripada tadi.
“Maafkan abang kerana terpaksa mengecewakan Hajar. Percayalah bahawa cinta abang buat Hajar dan Arisya tidak kan luntur selamanya,” tiba-tiba, air mata lelakinya yang begitu mahal jatuh ke bumi. Aku tahu, Ibrahim berada di persimpangan, bak membelah kepayang muda; dimakan mabuk, dicampak sayang.
Kali ini, air mataku tidak dapat ditahan-tahan lagi. Sejak bila puteri bongsuku bertukar nama?
“Abi sayang Sarah…”
“Abi cinta Sarah…”
“Abi kasih Sarah…”
Itulah yang diucap Ibrahim sehari-hari namun setelah bertemu dengan Sarah yang ‘sebenar’, Arisya Maisarah sudah mendapat panggilan baru. ‘Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim... hamba-Mu ini tidak cukup kuat menghadapi ujian,’ aku menangis sendiri. Hari ini, genap lima tahun kami menjadi pasangan suami isteri dan pada tarikh keramat ini juga segalanya terbongkar.
Hati sang isteri tersentuh. Khabar gembira yang ingin kusampaikan buat suami tercinta kupendam di dalam hati. Tidak sanggup untuk berbicara kerana pasti Ibrahim lebih teruja dengan kehadiran Eisya Maisarah, jantung hati yang sekian lama menghilang…
“Tahniah puan. Puan disahkan mengandung 13 minggu,” kata Dr. Iman sambil tersenyum.
“Nampaknya, Sarah akan ada teman baru,” tambahnya lagi.
Itu pagi tadi tetapi kini??? Segalanya hancur dan musnah dengan kehadiran orang ketiga. Sarah yang menjadi orang ketiga itu atau aku yang menjadi penghalang cinta Sarah dan Ibrahim sedang hubungan mereka sudah terpateri sekian lama? Jantungku berdegup kencang. Air mataku terasa mengalir laju bak tsunami yang membanjiri halaman jiwaku. Tiba-tiba…
Uwek uwek uwek…
“Umi…” cepat-cepat Arisya Maisarah menghampiriku. Ibrahim pula masih diam kaku di tempatnya. Sah! Aku terasa diri diabaikan, semakin pudar kasih dan cinta Ibrahim kepadaku dengan kehadiran orang baru. Tidak! Orang lama yang baru muncul kembali.
Uwek uwek uwek…
Kali ini, muntahku keluar tanpa henti. Mungkin disebabkan alahan mengandung dan mungkin juga dek tekanan yang kutanggung. Memang aku tidak kuat. Aku tidak cukup tega menerima kenyataan ini meskipun aku tahu aku tidak mampu mengubah apa-apa. Kata putus telah dibuat. Ibrahim memilih untuk menikahi Sarah demi cinta yang tidak pernah hilang. Katanya, ia simpati terhadap gadis yang sanggup menunggu cintanya sekian lama tetapi aku tahu, jauh di sudut hati Sarah itu adalah wanita idamannya.
“Hajar, mari abang hantarkan ke klinik,” kata Ibrahim perlahan. Nah! Tanggapanku tidak meleset. Suamiku ini terlalu memikirkan hati intan payungnya. Kalau tidak, mana mungkin ia memanggilku dengan nama Hajar sedang sebelumnya, panggilan ‘Sayang’ lebih kerap terungkap dari bibirnya. Sama seperti puteri sulungku yang diubah nama panggilannya, aku juga tidak terkecuali. Aku hanya menggelengkan kepala. Tidak sanggup memandang wajah insan yang telah melukai hatiku.
“Abang Ibrahim, Sarah pulang dulu,” kedengaran satu suara sayup-sayup. Diam… tiada jawapan yang diberi.
“Assalammualaikum,” katanya lagi sambil mencium tanganku yang kebasahan. Aku merenung Sarah sayu. Fahamilah hati seorang isteri yang tidak rela berkongsi kasih. Aku bukanlah seperti Siti Hajar yang sanggup berkongsi cinta dengan Siti Sarah. Aku juga bukan Saidatina Aisyah yang rela bermadu dengan isteri-isteri Rasulullah lainnya. Aku hanyalah seorang wanita yang banyak khilaf, banyak silap dan banyak salahnya. Aku aku…
“Maafkan abang Hajar…” sejurus selepas Sarah melangkah keluar rumah, Ibrahim pun turut sama menghilangkan diri. Aku sendiri tidak pasti ke mana hala tujunya. Boleh jadi sedang mengejar buah hati yang sedang berduka. Ya, Sarah beruntung kerana cinta Ibrahim tidak pernah luntur buatnya tetapi aku??? Seperti baru semalam aku mengenali Ibrahim dan masih banyak yang perlu kulakukan untuk menyelami hatinya.
“Umi…” Arisya menghulurkan sehelai kain tuala berwarna hijau kepadaku.
“Terima kasih sayang…” diam seketika.
“Sarah jangan tinggal umi ya,” aku mencium pipi puteriku bertalu-talu. Takut benar aku akan kehilangannya sepertimana aku kehilangan Ibrahim.
*****
“Malam ni, abang kena balik rumah Sarah. Alahannya teruk dan abang perlu temaninya,” kata Ibrahim suatu malam. Aku hanya diam.
“Insya-Allah, malam lusa abang balik rumah ya,” ia mencium pipiku sebelum keluar dari rumah.
“Abi!!!” Jerit Arisya Maisarah memanggil ayahnya.
“Abi nak pergi mana?” Ia bertanya sungguh-sungguh.
“Arisya sayang, abi kena pergi tengok Mama Sarah. Mama Sarah tak sihat. Dia muntah-muntah. Nanti, Arisya nak dapat adik baru,” pujuk Ibrahim.
“Oooo… Arisya nak ikut,” tersentak mendengar kata-kata Arisya tetapi aku tetap diam tanpa suara. ‘Ya Allah, izinkan Arisya Maisarah menemaniku,’ bisik hatiku.
“Alaa… Arisya nak ikut abi juga. Arisya nak ikut abi juga!” Arisya menghentak-hentakkan kakinya ke lantai.
“Arisya!!” Ibrahim berkata tegas sambil membulatkan matanya yang sedia bulat.
“Siapa nak teman umi kalau Arisya ikut abi?” Ibrahim merenung Arisya. Kali ini, suaranya dikendurkan sedikit.
“Alaaa… Allah kan ada? Kan umi dan abi cakap Allah selalu dekat dengan kita,” Arisya Maisarah berkata sejujurnya. Ibrahim terdiam, mungkin terkejut dengan kata-kata yang terpantul dari mulut puterinya.
“Abang bawalah Arisya bersama. Insya-Allah, ada yang menemani Sayang eh…” diam seketika.
“Ada yang menemani Hajar malam ni,” masih terkenang peristiwa lima bulan sudah, tatkala Ibrahim berterus-terang denganku perihal kehadiran Sarah dan kesediaan mereka untuk membina masjid bersama. Tiada lagi panggilan ‘Sayang’ yang terpacul dari bibir suamiku.
“Mari sayang…” Ibrahim kemudiannya memimpin tangan puteriku yang halus. Dari kejauhan, aku memandang kereta Honda City milik suamiku keluar dari perkarangan rumah. Air mataku mengalir lagi…
“Nampaknya, puan telah keguguran,” kata Dr. Iman tatkala aku menemuinya malam peristiwa aku bertemu dengan bakal maduku. Aku kira, petang itu aku sekadar muntah-muntah tetapi tidak, tiba-tiba darah pekat mengalir laju menuruni kakiku.
“Kenapa Dr. sedang saya tidak sakit apa-apa?” Aku masih tidak berpuas hati meskipun aku sudah sedia maklum puncanya.
“Puan terlalu stress dan…”belum sempat Dr. Iman menyudahkan bait katanya, aku menangis teresak-esak di bahunya.
“Pagi tadi, saya menerima berita gembira kehadiran orang baru. Sarah akan dapat kawan baru…” diam seketika.
“Tetapi petangnya, saya dikejutkan dengan kemunculan orang baru yang bakal mengubah kehidupan saya… Ibrahim akan bernikah lagi,” tangisanku semakin kuat kedengaran.
“Dan malam ini, saya diuji Tuhan dengan khabar yang entah boleh entahkan tidak saya depaninya,” aku berkata sayu.
“Sabar puan. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya dan sesungguhnya Allah lebih tahu,” doktor muda itu cuba menenangkanku...
‘Ya Allah, berilah aku ketabahan hati sebagaimana tabahnya hati Siti Hajar,’ aku berkata sendiri. Wajah Arisya, Ibrahim dan Sarah berlegar-legar di dalam kotak pemikiranku. Runsing mengenangkan keakraban mereka. Khuatir jika ‘harta’ yang paling kukasihi dirampas pergi. Ibrahim tentu risaukan Sarah. Maklumlah, cinta yang terpateri menumbuhkan benih yang bisa sekali membuatkan cinta semakin mendalam tetapi aku? Biarlah aku sendiri dan biarlah Ibrahim tidak tahu penderitaanku.
Malam itu, aku tekad untuk bercinta lagi. Bezanya, cintaku kali ini pasti tidak akan menghampakan dan aku yakin bahawasanya diriku tidak kan dipersia. Di atas sejadah hijau pemberian Ibrahim tatkala majlis perkahwinan kami aku sujud dengan penuh khusyuk. Kepada Dia aku berharap dan kepada-Nya jua aku memohon pertolongan. Kepada Dia aku mengadu dan kepada-Nya jua aku merintih sayu.
Allah tidak akan melakukan sesuatu sia-sia. Mungkin sahaja Dia mahu menyedarkanku daripada lena yang panjang. Aku terlalu menyintai Ibrahim sehingga melupakan cinta kepada selainnya. Cintaku utuh dan teguh terhadap lelaki itu. Aku lupa, ada yang lebih berhak mendapat cintaku. Siapa????
Ya, Allah-lah yang lebih layak memperoleh cinta dan kasih sayangku. Ah, bukan Dia yang memerlukan cinta tetapi aku yang sepatutnya berkejar-kejar mendapatkan kasih-Nya. Tanpa Ilah, siapalah aku. Tanpa Rab, aku tidak punya siapa-siapa di atas muka bumi ini kerana segalanya milik Dia.
Terima kasih Tuhan kerana tidak membiarkan aku terus alpa dan leka dalam dunia ciptaanku. Insya-Allah, aku kan lebih gagah dengan kehadiran cinta tulus-Mu.
Labels: 4 comments | | edit post

L @ XL @ XXL @ XXXL (i)


Assalammualaikum.

Bagi mereka yang mempunyai saiz badan L @ XL @ XXL @ XXXL...

1- Pernah atau tidak melalui saat-saat dihina / dikeji / dimalukan oleh mereka yang mempunyai badan yang langsing menawan?

2- Apakah perasaan kita waktu itu?
a) Malu/ segan
b) Tidak rasa apa-apa. Lantaklah, badan aku...
c) Macam hendak bagi penampar sahaja budak yang tidak punya insuran mulut ini
d) Sedih... rendah diri bangat...

3- Apakah tindakan kita selanjutnya?
a) Berusaha keras untuk melangsingkan badan
b) Bolayan. Yang penting, aku bahagia!
c) Cuba menjauhkan diri daripada masyarakat - akibat dari rasa rendah diri
d) Aku punya keistimewaan lain yang bisa membeliakkan mata orang lain. Persetankan dengan kata-kata orang.

Apapun... fitrah kita pasti mahu yang paling baik...

Paling baik yang macam mana???

Biarlah paling baik pada pandangan Allah....

Hmmm... menjadi yang paling baik/ taqwa pada sisi Allah adalah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan.

Namun, kali ini, Muthiah ingin berkongsi cerita dengan teman-teman berkenaan XXXL ini....

Tidak mahu bercerita tentang orang lain tetapi titipan pengalaman Muthiah sendiri... Hmmm... XXXL kah aku? Hehe...

** Sambungan 1/2/10

Muthiah : Usaha tangga kejayaan.

Jumpa tetapi tidak menepati citarasa (i)


Assalammualaikum.

Apa khabar, semua? Muthiah sebenarnya sedang mencari info tentang sesuatu. Jumpa tetapi tidak menepati citarasa.

1- Cari
2- Berjumpa.
3- Tidak menepati citarasa.

Jadi bagaimana?

Berusahalah untuk mencari lagi agar bertemu dengan sesuatu yang lebih cocok/ baik/ sesuai dengan kita. Atau... carilah sampai kita berasa puas. Kalau sudah capek dan kemalasan... terimalah seadanya segala sesuatu yang telah kita usahakan. Usah merungut pula. Adoi... Apa yang Muthiah tulis? Hahaha...

Kata pokok :

1- Cari...

Cari ilmu...
~ Biarlah ilmu yang bermanfaat pada diri dan memberi manfaat pada orang lain. Dari mana? Guru... halakah... majlis ilmu... teman-teman... pengalaman... Jangan segan untuk mendapatkan ilmu. Banyakkan bertanya kerana mungkin, banyak lagi yang kita tidak tahu. Rendahkan diri kita di hadapan orang lain tetapi jangan sampai diperlekehkan...

Cari calon suami/ isteri...
~ Biarlah yang bisa membawa kita kepada Allah. Kerana sesungguhnya, hidup kita tidak lama. Boleh jadi sejam selepas akad nikah, kita dipanggil pulang. Atau mungkin setelah lima tahun bergelar suami/ isteri, panggilan ajal menjemput. Jadi, biarlah pilihan kita itu adalah pilihan yang benar. Benar dalam erti kata... boleh mendekatkan kita kepada Pencipta dan bukan yang membuatkan kita semakin jauh daripada-Nya/ semakin leka. Banyakkan berdoa kerana pasti... DOA ITU ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN.

Cari duit/ rezeki...
~ Berusahalah bersungguh-sungguh dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan. Jika kita seorang pekerja, jadilah pekerja yang terbaik. Begitu juga halnya andai kita masih bergelar pelajar. Jadilah yang paling baik. Kemudian, berdoalah agar setiap apa yang kita lakukan itu kelak kan mendatangkan kebaikan kepada diri kita serta orang di sekeliling kita. Dakwah tidak langsung, gitu. Orang akan fikir/ kata... 'Umat Islam ini bersungguh-sungguh...'

Cari teman...
~ Teman kala senang... berlambak. Teman tika menangis... entahlah. Carilah teman yang boleh menegur kesalahan kita andai kita berbuat silap. Bukan teman yang hanya pandai meraikan setiap perlakuan kita. Ya! Pasti kan bahagia kerana sering diraikan tetapi tanpa sedar... keraian itu bisa sahaja memusnahkan hidup kita. Teman yang baik ialah teman yang selalu mengingatkan kita kepada Pencipta. Marahnya... tegurnya adalah kerana SAYANG. Bukan untuk kepentingan siapa-siapa. Jadi, lihatlah... Siapakah teman pilihan kita.

Namun ingat!!! Di sebalik memilih teman...

Seorang yang tahu... faham ... dan mengerti itu sewajarnya menyedari tanggungjawab yang terpikul di atas pundaknya. Sebagai seorang insan yang mengakui bahawa, 'Tidak ada Tuhan yang diabdikan diri melainkan Allah,' sama sekali tidak boleh mengabaikan mereka yang berada di sekelilingnya. Akibat terlalu memilih.. kita lupa untuk berteman dengan seseorang yang mungkin memerlukan kita untuk menyedarkan dan mengingatkannya. Kalau tidak cukup kuat untuk itu... carilah kekuatan dengan memohon pertolongan daripada Allah. Carilah teman lain yang boleh sama-sama mendorong teman yang tidak tahu itu kepada Pencipta... Bukankah manusia itu merupakan khalifah dan sebagai khalifah... kita perlu :

a) Memakmurkan alam.
b) Mengabdikan diri kepada Allah.
c) Mengajak manusia kepada Allah dan kebaikan.

Cari kebahagiaan...
~ Setiap kita, pasti ingin mengecap bahagia. Pilihlah untuk sentiasa bahagia. Bagaimana? Redha dengan ketentuan-Nya. Berlapang dada dan memaafkan mereka yang telah menyakiti hati kita. Bilamana hati kita tenang... hati kita lapang... hati kita tidak terpalit dengan bintik hitam... insya-Allah, kebahagiaan itu akan mudah meresap dalam jiwa kita.

Terlalu mengenangkan kesusahan diri pun tidak elok.
Terlalu mengejar kesenangan pun tidak baik.

Kenapa? Perlu diingat!! Ada awalan TERLALU di situ.

Kita tidak perolehi apa yang kita hendak miliki. Kita sedih dan kecewa. Kita terlalu memikirkan kesedihan dan kekecewaan itu. Akibatnya, kita sendiri sebenarnya yang merana. Ya! Kita sendiri. Bukan orang lain...

Kita ada MyVi. Orang ada BMW. Kita pun hendak BMW. Tidak salah untuk mencari yang lebih baik tetapi ikutlah kemampuan diri. Kalau masih belum mampu, berusahalah sampai mampu (kalau kita betul-betul berhajatkannya). Jangan biarkan diri kita terlalu berdukacita sekiranya kita tidak dapat apa yang kita inginkan itu.

Wasatiahlah dalam kehidupan. Insya-Allah, kita pasti akan bahagia. Kita redha dengan apa-apa yang kita telah miliki. Dalam masa yang sama, kita tidak berputus asa untuk memajukan diri.

Cari redha Ilahi...
~ Merupakan asas pencarian seorang manusia. Namun, sejauh mana kita meletakkan prioriti ini? Tepuk dada, tanya iman....

** Sambungan 31/1/10

Muthiah : Mencari redha Ilahi dengan mendapatkan redha suami dan ibu bapa...
Labels: 0 comments | | edit post

Sabar


Sabar oh sabar...

Alaaa... senanglah cakap suruh sabar. Cuba rasa dan kena sendiri?
Mak ai.....

OK... jom kita hayati...

1- "Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." Al-Baqarah: 153.

2- "Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang Muslim, laki-laki dan perempuan yang Mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar." Al-Ahzab : 35.

3- "Dan sesungguhnya Tuhanmu (Pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cubaan. Kemudian mereka berjihad dan sabar; Sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." An-Nahl :110.

4- "Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; Orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).." Ar-Ra'd :22.

5- "Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik." Al-Ma'arij :5.

6- "...Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." Al-Anfal : 48.

7- "...Allah menyukai orang-orang yang sabar." Ali-Imran :146.

8- "Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar." Al-Fussilat : 35.

9- "Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." Al-Baqarah :45.

Muthiah :Sabar dengan ... demi......

Sabar + Syukur...


Assalammualaikum. Apa khabar? Hehe... setelah bertungkus-lumus berusaha keras menyudahkan P-FC, Muthiah akhirnya dapat bernafas lega. Alhamdulillah...

Terima kasih...

Ya, Allah atas kekuatan yang diberikan. Tanpa nusrah-Mu, Muthiah pasti Muthiah bukanlah siapa-siapa yang mampu melakukannya.

'Dia' yang Muthiah kasih lagi sayang. Terima kasih atas dorongan dan motivasi yang diberikan selama ini. Membuatkan Muthiah yang acap kali mahu jatuh, bisa bangkit kembali.

Hendak kongsi cerita apa, ya? Hmmm... otak masih lagi tepu sebenarnya. Hmmm...

Satu hari, suami berbicara...

Ada temannya bercerita...

Waktu dulu, ia hidup susah. Umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang... Pernah satu ketika, ia pernah dijanjikan dibayar upah RM25 untuk memotong kayu. Tup tup... apabila siap urusannya, tuan rumah beri RM5 sahaja. Air mata lelaki itu gugur..Betapa peritnya hidup ini. Fuh... tersentuh juga Muthiah dibuatnya.Hmmm...

Banyak kerja yang dilakukan untuk menampung kehidupan berkeluarga... Kemudian, Allah uji pula dengan penceraian dengan isteri tercinta. Dari mata kasar yang diketahui, disebabkan oleh kemiskinan.

Berkat kesabaran... ia kini sudah mendapat pekerjaan tetap yang lebih baik..Juga seorang isteri yang tidak kurang hebatnya dalam kerjaya... Siapa sangka? Kuasa Tuhan, tidak ada siapa yang mampu menghalangnya..

Bilamana Muthiah merenung kembali...

1- Kita merungut dengan kekurangan diri. Kita melatah dengan segala apa yang tidak kita miliki sedang tanpa sedar... kita mungkin jauh lebih baik daripada mereka yang berada di luar sana.

Kenapa kita melatah??? Iyalah... kita tidak macam si Polan bin Polan. Ada Merc... ada BMW. Ada rumah dan tanah berhektar-hektar.

Mungkin kita lupa... semua itu adalah harta duniawi yang tidak boleh dibawa sehingga ke mati. Silap hari bulan, harta-harta tersebut dalam tidak sedar menjadikan kita seorang yang riyak dan bangga diri sedang hakikatnya.. apa-apa yang kita miliki itu bukanlah milik kita yang mutlak.

Juga... sama sekali tidak dapat membantu kita pada hari akhirat kelak melainkan harta-harta tersebut diinfakkan ke jalan Allah. Sanggupkah kita berbuat sedemikian? Mampukah kita menjadi seperti Sayidatina Khadijah serta Uthman Al-Affan R.A yang sanggup mengorbankan harta mereka demi Allah dan ISLAM?

Tepuk dada, tanya iman. Harta yang dimiliki :

a) Untuk kesenangan diri pada hari mendatang? 'Sediakan payung sebelum hujan.'
b) Untuk kesenangan orang yang bakal kita tinggalkan? Iyalah.. kita pasti akan mati.
c) Untuk kepuasan diri setelah melalui pahit manis kehidupan?
d) Untuk menunjuk-nunjuk?
e) Tanda syukur...

Apapun yang kita fikirkan... Jangan sampai kelebihan milik orang lain itu membuatkan kita berasa down... rendah diri... kecewa dan putus asa. Seperti kisah di atas... ada orang yang hidupnya mungkin lagi susah daripada kita sedang kita sebenarnya bukannya susah pun. Tidak cukup kaya sahaja ;)

Bilamana kita sudah berusaha keras, bersyukurlah dengan segala apa yang kita miliki. Banyakkan berdoa kepada Allah agar dihindari :

a) Hutang keliling pinggang.
b) Mati dalam kekufuran.
c) Hidup meminta-minta.

2- Insya-Allah, bilamana kita sabar, pasti akan ada 'buah'nya...

Yakin dengan Allah.
Yakin dengan janji Allah.
Yakin sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Saksama.
Yakin bahawa segala apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kita, adalah yang paling baik untuk kita.

Bersangka baiklah dengan Dia yang mencipta. Andai kita belum mendapat apa-apa yang kita hajati kini, usahlah sekali-kali berputus asa...

Teruskan usaha.
Teruskan berdoa.
Teruskan bertawakal.

Sepertimana kata suami setiap kali Muthiah rasa down, 1x tidak berjaya 10x Muthiah akan berusaha. Apa yang penting, tidak sekali-kali give up.

Kalau mahu menangis, menangislah tetapi jangan biarkan tangisan itu menjadikan kita lupa denga ketentuan Allah.

Allah ada.
Allah dekat.
Allah Maha Melihat lagi Maha Mendengar.

Merintih dan merayulah selalu kepada-Nya.

3- Bersyukurlah...

Bersyukurlah kerana telah dikurniakan nikmat ISLAM dan IMAN sedang masih banyak lagi manusia yang kufur dan ingkar terhadap Allah.

Bersyukurlah kerana dikurniai Allah kebahagiaan hidup bersama insan tercinta. Kehidupan kita tidak perlu disertai dengan rasa takut dan gentar dengan bom dan senapang. Kita sudah cukup senang sebenarnya. (Bersyukur kepada Allah... bukan...)

Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud, 'Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.".'

Jadi, renung-renungkan wahai teman. Sejauh mana kita mensyukuri segala apa yang telah kita miliki.

Muthiah : Tidak suka pada penganiayaan :( Dan tidak suka pada....

Pilihlah untuk berubah (i)


Assalamualaikum, sahabat-sahabat yang Muthiah kasihi fillah. Apa khabar? Imannya pula bagaimana? Apapun, Muthiah berharap agar jasad dan jiwa kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usah sekali-kali biarkan ia sakit … kerana sakit itu kelak membawa kepada mati. Apabila hati sudah mati… dikhuatiri sukar bagi cahaya untuk masuk dan tembus ke dalamnya.

:) Hmmm.. mulakan harimu dengan senyuman. Maafkanlah segala salah dan silap orang terhadap diri kita. Lapangkan dada dan titipkan pengharapan pada Allah yang satu.

‘Ya, Allah… aku tidak cukup kuat untuk mengharunginya…’
‘Ya Allah… aku tidak cukup tabah untuk mendepaninya…’


Mengadulah kepada-Nya kerana sesungguhnya Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha mengetahui setiap sesuatu yang tersembunyi mahupun terlahir dari hati setiap hamba ciptaan-Nya.

‘… Sesungguhnya Allah Mendengar lagi Maha Melihat,’ Al-Mujadilah ayat 1.
‘… Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui,’ Al-Baqarah ayat 115.


Wahai teman…

Pernahkah kita berasa buntu dan dukacita?

Buntu kerana dihadapkan dengan 1001 permasalahan yang kita kira… tidak mampu untuk mendepaninya.

Buntu kerana tidak ketemu jalan keluar di sebalik musibah dan kecelaruan dalam kehidupan kita…

Buntu dalam membuat pilihan… kita sukar membezakan… mana yang baik dan mana pula yang bertentangan dengan syariat Tuhan.

Usah gusar wahai teman kerana kita sama sekali tidak sendiri. Allah dekat… sungguh-sungguh dekat dan lebih dekat daripada urat merih kita sendiri. Pernahkah kita mencari-Nya saat kita berasa memerlukan seseorang untuk mendengar segala isi hati kita? Ya! Benar… Allah sedia maklum atas sesuatu namun sebagai hamba yang tidak sombong… seharusnya kita merendahkan diri mencari Dia dan merintih merayu kepada-Nya.

‘Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya..’ Qaaf ayat 16.

Pilihlah untuk mengejar cinta Ilahi.

Pilihlah untuk menjadikan Dia sebagai teman paling akrab dalam hidup kita.

Pilihlah untuk tidak berputus asa tatkala dihambat dengan permasalahan yang tidak terpikul oleh bahu kita. Ketahuilah, sesungguhnya Dia yang Maha Tahu itu tidak akan menzalimi kita dengan sesuatu yang tidak dapat kita harungi…


‘Tidak Aku bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya…’ Al-Baqarah ayat 286.

Jadi… ayuh bangkit wahai teman. Usah biarkan diri terus terkapai-kapai dalam dosa dan noda. Usah biarkan luka dalam diri itu menjadi nanah yang tidak mahu didekati oleh siapa-siapa.

Allah ada…
Allah dekat…
Allah bersama mereka yang sabar….


Muthiah : Hmmmm…. teringatkan seorang teman. Moga-moga ia kan bahagia dengan pilihan hidupnya.

Titipan buat mama


Ma…
Mama itu satu dalam seribu…
Bukan! Bukan…
Mama itu satu dalam sejuta…
Salah! Tidak tepat…
Mama itu hanyalah satu-satunya…

Mana mungkin menemukan mama lain yang bisa melahirkan…
Kerna…
Mama itu hanya satu…
Mama itu hanya satu-satunya…
Keluarnya seorang anak dari rahim yang satu…
Bertarung nyawa demi seorang kasih yang lebih dikasihi daripada sang kekasih…

Namun…
Di sebalik mama itu…
Punya mama yang turut sama memiliki hati seorang mama…
Ia tidak melahirkan tetapi ia tetap mahu mencurahkan kasih…
Itulah mama…
Yang tetap kan bergelar mama buat selama-lamanya…

Terima kasih atas segalanya…

Muthiah : Huhu… apa punya titipan daaaa.. Muthiah sebenarnya hendak menulis draf untuk –P-SI namun tidak dapat fokus. Kenapa? Huhu… berdebar-debar untuk memulakan ‘kerjaya’ pada hari pertama. Kerja apa? Hehe… ‘driver’ buat insan tercinta.
Labels: 0 comments | | edit post

Obesiti (ii)


Cara memastikan tidak mengalami permasalahan obesiti

1- Mempraktikkan cara hidup sihat :
o Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan
rendah lemak.
o Makan secara sederhana.
o Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan
berjalan lebih kerap.
o Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam
sehari.


2- Kiralah BMI mengikut kesesuaian umur setiap tahun.

3- Segera dapatkan nasihat doktor/ pakar pemakanan/ pegawai dietetik jika mengalami masalah berat badan berlebihan.

Cara mengira BMI

BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]



Rawatan yang boleh diambil

1. Pemakanan :

o Beri perhatian kepada apa yang dimakan.

o Untuk mengurangkan berat badan :
i) Kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.
ii) Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik makan makanan yang dikukus/ dibakar.
iii) Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (seperti nasi dan mee).
iv) Kawal pengambilan makanan pada musim perayaan dan ketika makan di luar.
v) Kurangkan minum minuman bergas dan minuman manis.
vi) Baca label makanan yang hendak dibeli terutama kandungan kalori.


2. Aktiviti fizikal :

o Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, letakkan kereta ("parking")
jauh dan bersenam semasa menonton TV.

o Lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih daripada apa yang sering diamalkan setiap hari dan tingkatkan secara beransur-ansur.

o Sekiranya tidak boleh melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit atau kecederaan, dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.

3. Ubah tabiat hidup :

o Kenalpasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).

o Letakkan matlamat untuk mengurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal.

o Timbang berat badan sekali seminggu.

o Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil serta aktiviti fizikal
yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.

o Dapatkan sokongan daripada mereka yang berada dekat dengan kita.

4. Ubat-ubatan :
o Lazimnya, ubat-ubatan tidak dapat membantu dalam menurunkan berat badan (untuk jangka masa panjang).

o Jumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.

5. Pembedahan :

o Rawatan pembedahan akan dipertimbangkan pada kes-kes tertentu.

o Rawatan khas adalah perlu jika mengalami komplikasi daripada penyakit
seperti diabetes dan hipertensi/darah tinggi.

Muthiah : Jom pakat jaga kesihatan...

Obesiti (i)


Obesiti???

Hmmm... berat badan akan bertambah apabila kita makan melebihi dari apa yang dibakar oleh badan kita. Kalori yang berlebihan ini disimpan sebagai lemak. Sesungguhnya, obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan ini tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Lazimnya, ia akan terkumpul dan tersimpan di dalam badan selama beberapa bulan mahupun tahun.

Faktor Risiko Obesiti

1- Sejarah keluarga.
2- Masalah perubatan.
3- Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
4- Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (merangkumi tabiat pemakanan).
5- Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.

Punca obesiti

1- Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang
mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi.
2- Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam.

Kesan Obesiti

1- Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang
tinggi.
2- Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
3- Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
4- Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
5- Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
6- Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Muthiah : Pernah dan pernah....

Al-Humazah (Tafsir Al-Quran)


Assalammualaikum. Hmmm... tanyakan pada diri... ADAKAH AKU SUKA MENGUMPAT??? Berbicara tentang orang sedang sudah jelas lagi nyata bahawasanya perbuatan itu hanyalah sia-sia. Jom koreksi diri ;)

(1) Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,

(2) ... yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung

(3) Dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengkekalkannya,

(4) Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.

(5) Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?

(6) (Iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan

(7) ... yang (membakar) sampai ke hati

(8) Sesungguhnya api itu ditutup rapat ke atas mereka

(9) (Sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang...

Muthiah : Bisa lidah...

3T


“Umi!!!” Puteri comelku menjerit. Umurnya baru sembilan tahun tetapi kepetahannya mengalahkan aku yang baru sebentar tadi mendapat gelaran ‘Mama Shin Chan’. Siapa lagi kalau bukan suamiku yang sanggup memanggilku dengan nama sedemikian. Entahlah, aku sendiri kurang pasti di manakah relevannya panggilan tersebut ditujukan buatku.
“Ya sayang umi,” aku berkata lembut.
“3T tu apa?” Bersungguh-sungguh benar ia bertanya. Mataku ditenung tajam, kaki dan tangannya pula tidak dapat duduk diam. Sekejap sekejap ia melangkah ke hadapan, sekejap sekejap ia duduk bertinggung.
“3T?” Mataku yang sedia sepet kubulatkan. Aku berpura-pura menggaru kepala yang tidak gatal. Sebenarnya, kadang-kadang rasa terhibur melihat karenah puteriku yang begitu bersemangat tatkala mendapat informasi baru. Pasti istilah ‘3T’ ini ia baca dari muka depan buku yang baru kubeli.
“Toy’r us, taman permainan, teddy bear?” Cepat benar ia menjawab sedang aku masih lagi tercari-cari kaedah yang paling mudah dan sesuai untuk menerangkan kepadanya. Inilah puteri kesayanganku, begitu tulus memberikan pandangan tanpa perlu berfikir panjang. Aku hanya tersenyum…
‘T’ yang pertama... taubat.
Bilamana makhluk itu bergelar manusia, pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Bukankah ‘nasiya’ itu bererti lupa dan tatkala ia tidak ingat, membuatkannya alpa terhadap ketetapan Tuhan. Meskipun yang halal itu jelas, yang haram itu nyata, tidak mustahil seorang manusia itu melangkauinya. Pemikiran dan tindakannya terbatas…
Justeru, pulanglah… kembalilah kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya, hanya Rab yang berhak mengampuni dosa-dosa makhluk-Nya yang bergelar manusia. Usah memandang enteng kepada kecil dan besarnya dosa yang dilakukan tetapi bersedialah untuk menyucikan diri daripada segala sesuatu yang dimurkai Allah. Bertaubatlah agar hisab kelak tidak menempuhi jalan sulit.
“Bila kita buat salah, kita kena bertaubat,” aku berkata perlahan sambil mengusap rambutnya yang lurus.
“Taubat?” Seperti yang kuduga, soalan ini pasti muncul dari bibir mungilnya.
“Minta maaf pada Allah sebab kita buat salah. Allah marah kita mencuri tapi kita tetap mahu mencuri,” satu-satu kuterangkan kepadanya.
“Betul betul betul…” Nah! Muncul pula Upin dan Ipin. Aku tersenyum lagi.
Ya, seorang manusia yang berdosa perlu memohon ampun kepada Tuhan-nya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Ia benci, meluat dan menyampah dengan dosa tersebut lantas berlari jauh meninggalkannya. Ia pasti, satu hari ia kan kembali kepada Ilah yang mencipta lalu berusaha keras melakukan sebanyak mungkin amal untuk menebus segala salahnya. Bukankah kebaikan itu bisa sekali menghapus kejelikan yang pernah dilakukan?
Syukur kerana manusia itu tidak dibiarkan terlena panjang. Ia masih diberi peluang untuk bangkit kembali. Bangun dan terus berdiri melangkah ke hadapan mengikut jalan lurus. Aduh! Kakinya berdarah tetapi syukur ia masih mampu berjalan. Dibantu pula dengan insan lain yang menjadi wasilah daripada Tuhan untuk membawanya kembali.
“Umi, Itie nak taubat sebab buat salah,” takut-takut ia bersuara.
“Itie buat apa?” Tanyaku sambil merenung matanya yang bulat, betul-betul mewarisi bentuk mata abinya.
“Itie makan tak baca bismillah. Ustazah cakap, kalau makan tak baca doa nanti makan dengan syaitan. Abi cakap, syaitan tu musuh Allah…” diam sejenak.
“Bila Itie kawan dengan musuh Allah, mesti Allah tak suka,” sambungnya perlahan. Suaranya berubah seakan-akan mahu menangis.
“Sayang anak umi,” kali ini aku mencium pipinya yang gebu. Aku tersentuh dek keprihatinannya terhadap dosa sedang aku sendiri masih lagi alpa.
“Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta mengampuni kejahatan (yang mereka lakukan), dan Dia mengetahui apa-apa yang kamu semua kerjakan,” As-Syura ayat 25.
‘T’ yang kedua… tasbih.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang bertasbih selepas solatnya 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali dan semuanya 99 kali… kemudian ia menyebut ‘Laailahaillalah wahdahu la syarikalahu, lahu al-mulku walahu al-hamdu wahuwa ‘ala kulli syai’in qadir’, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan,’ HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud.
Benar, tidak rugi menyebut nama Allah. Bukankah dengan itu dapat menjadikan hati tenang? Bilamana hati tenang, kita pasti dapat fokus dengan apa-apa yang dilakukan sekaligus menghasilkan kerja yang terbaik. Bukankah Islam itu sendiri mengkehendaki umatnya membuat yang paling baik? Sepertimana ungkapan Syeikh Yusof Al-Qaradawi, “Amalan itu mendapat status ibadah bilamana ia tidak bercanggah dengan hukum Islam dan dilakukan kerana Allah SWT semata-mata. Selain itu, hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh dan terbaik mengikut kehendak syarak tanpa mencuaikan ibadah khusus lainnya.”
Jadi, usah malas untuk bertasbih menyebut nama Tuhan. Pabila nama-Nya acap kali diungkap, menjadikan hubungan yang semakin jauh mendekat dan tatkala merasakan diri begitu hampir dengan Tuhan yang menghisab, perbuatan mungkar itu sudah pasti kan dibuang jauh. Al-maklumlah, hati sentiasa merasakan pengawasan Tuhan yang tidak pernah mengizinkan walau sesaat seorang hamba itu berbuat dosa.
Bilamana, bintik hitam sudah luntur dari dalam hati, kejernihan pula mengambil tempat. Hati yang jernih memudahkan cahaya memasukinya membuatkan jiwa sentiasa damai dan bahagia. Siapa lagi yang berhak mengurniakan kegembiraan itu melainkan Allah?
“Itie kena selalu ingat Allah dengan bertasbih,” aku bersuara lembut.
“Ooo… macam tasbih yang abi guna tu,” penuh yakin ia berkata. Setiap kali sesudah solat, suamiku sering menggunakan tasbih kayu kokka yang dibelinya daripada seorang lelaki tua di pasar malam. Puteriku pula begitu gemar melihat abinya menggerak-gerakkan buah tasbihnya sambil terkumat-kamit menyebut nama Tuhan. Sekali-sekala, ia mengikut gerak bibir abinya namun ia lebih gemar menggerakkan kepalanya daripada mulutnya. Entah apa yang difikirkan, aku sendiri tidak pasti.
“Alaaa… yang abi selalu cakap Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar tu…” sambungnya lagi tetapi kemudian ia diam seketika. Cepat-cepat ia berlari anak menuju ke bilik solat lalu mencapai tasbih abinya yang terletak di atas rak buku.
“Tasbih ni kan mi?” Sungguh-sungguh ia bertanya sambil memuncungkan mulutnya.
“Ya sayang, pandai anak umi,” kataku dengan senyum manis terukir. Anak kecil memang mudah diajar. Hatinya suci tanpa banyak bintik kotor. Jiwanya telus tidak dipenuhi noda-noda hitam. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah SAW, “Anak kecil ini umpama kain putih. Ibu bapalah yang akan mencorakkan mereka sama ada menjadi Nasrani mahupu Majusi.”
“Buat apa nak tasbih mi?” Puteriku nampaknya masih belum berpuas hati dengan jawapan yang kuberi. Kali ini, ia berlagak seperti suamiku yang sedang berzikir.
“Allah Allah Allah,” sebutnya perlahan.
“Kita bertasbih untuk ingat Allah, untuk minta maaf pada Allah, untuk dekat dengan Allah,” harap-harap jawapan ini tidak memeningkan kepalanya. Aku bukanlah murabbiah yang bijak menjawab persoalan sang mutarabbi. Aku hanyalah seorang umi yang mahukan yang terbaik buat puteriku. Aku mahu kelak ia menjadi jundullah yang hidupnya, matinya untuk Allah yang satu.
“Ooo.. bila kita ingat Allah, Allah akan ingat kita. Bila Allah ingat kita, Allah tak akan marah kita sebab kita baik dengan Allah,” ia mengemukakan pandangannya.
“Allah selaluuuu dekat dengan kita dan selaluuu ingat kita,” tambahku. Sengaja kupanjangkan sebutan ‘selalu’. Aku mencium pipinya buat kesekian kalinya. ‘Umi bangga dengan Itie,’ bisik hatiku.
Sesungguhnya, bertasbih memberi ruang buat kita untuk memohon keampunan daripada-Nya. Sepertimana yang telah kukhabarkan buat puteriku, Allah itu sentiasa dekat dengan setiap hamba ciptaan-Nya bahkan jaminan keampunan Tuhan begitu luas buat setiap insan yang mahu kembali Dia.
Begitu pemurah Tuhan ini. Aku malu sendiri kerana sering kali mengabaikan-Nya. Mujur dijentik Tuhan melalui puteri bongsuku. Tidak semena-mena, soalan yang tidak pernah kuduga muncul daripada bibirnya. Taubat, tasbih dan….
‘T’ yang ketiga… tahajjud.
“Dan bangunlah pada sebahagian daripada malam serta kerjakanlah solat tahajjud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu kan membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji,” Al-Isra’ ayat 79.
Sedang Nabi SAW pecah tumit kakinya dek menunaikan solat malam tanpa henti, inikan pula aku manusia biasa yang terlalu banyak dosa dan bertimbun melakukan khilaf. Jadi, sebagai hamba yang berani mengakui silapnya, perlu juga berani menebus kesalahannya. Dengan apa? Allah sekali-kali tidak meminta uang berjuta, cukuplah dengan mengingati-Nya waktu lapang dan sukar.
Bertahajjud membolehkan kita berinteraksi dengan Allah. Waktu sepertiga malam adalah masa yang paling sesuai untuk mengadu, merintih dan merayu kepada-Nya. Kala itu, tiada siapa yang mengganggu dan hati ditenteramkan lagi dengan suasana malam yang sunyi sepi. Inilah masanya yang paling baik untuk koreksi, berfikir dan merenung kekurangan diri. Kemudian, mohonlah keampunan daripada Tuhan yang sentiasa membuka ruang kemaafan buat hamba-hamba-Nya.
“ ‘T’ yang terakhir ialah tahajjud,” aku berbisik di telinga puteriku.
“Yang ni Itie tahu…” ia menggigit jari manisnya yang kekuningan. ‘Itulah, siapa suruh main kunyit,’ kataku perlahan.
“Apa yang Itie tahu?” Tanyaku dengar tak dengar.
“Ustazah sekolah petang cakap, tahajjud ialah solat pada malam hari. Mula-mula kita tidur, kemudian bangun balik untuk sembahyang malam…” diam sebentar.
“Alaaa… yang macam umi dan abi selalu buat. Itie tahu,” sambungnya lagi.
“Bijak anak umi sayang,” pujiku sambil menepuk-nepuk belakang bahunya.
“Ustazah cakap, masa solat tahajjud boleh cakap dengan Allah, boleh beritahu semua benda pada Allah, boleh menangis kalau sedih depan Allah dan banyak lagi. Malam ni, umi gerak Itie ya. Itie pun nak bangun solat macam umi dan abi,” ia berkata jujur.
“Baik sayang,” tanpa sedar, air mataku mengalir. Suami yang sedari tadi memerhati gelagat kami turut mengalirkan air matanya yang begitu sukar untuk jatuh. Aku tahu ia terkesima dengan jawapan buah hati kami.
‘3T’… ‘3T’ telah mendekatkan aku dengan puteriku. Sepanjang sembilan tahun ia berada di sisiku, belum pernah aku berbual panjang dengannya. Belum pernah juga aku mengajaknya kepada Tuhan. ‘Masih kecil lagi,’ bisik hati kecilku. Namun, Tuhan menyedarkanku dengan teguran halus ini dan ia datang daripada puteriku sendiri.
Aku merenung Siti Fatimah dengan penuh kasih sayang. Syukur dikurniakan seorang puteri yang banyak mengingatkan aku bilamana aku lupa. Eh, silap. Bukan ia yang mengingatkan tetapi Allah yang menjadikan puteriku sebagai wasilah untuk menegur kesalahanku yang mungkin sudah semakin jauh dengan Tuhan. Sudah lama aku tidak bermuhasabah rupanya.
Bagaimana dengan taubatku… tasbihku… tahajuddku??? Aku merenung sendiri.
Labels: 0 comments | | edit post

Hati oh hati


Al-kisah... Thoyyib...
Al-kisah... al-tesebutlah kisah... Thoyyib...

Apa daaaa....

Assalammualaikum. Ada sihat? 'Ala kullihal, alhamdulillah. Masih dikurniakan nikmat Islam dan iman dalam diri kita.

Hati... sihat?
Jiwa... sihat?

Hmmm....

Sakit? Kenapa pula?

1- Asyik bersangka yang bukan-bukan terhadap orang lain.

2- Asyik rasa tidak puas hati dan tidak berasa cukup dengan apa yang ada... Dengan kata lain, tidak cukup dengan apa yang telah dimiliki.

3- Asyik berasa tidak tenang...tidak senang...

4- Perasaan benci...tidak suka... meluat... sakit hati... menebal dalam diri.

Hmmmm...

Tanyakan pada diri... layakkah kita berperasaan sedemikian?

1- Andai kita gemar bersangka-sangka... jangan terkejut andai ada 1001 orang lain yang turut sama bersangka-sangka terhadap diri kita juga.

2- Andai kita sentiasa berasa tidak cukup... jangan terkejut sekiranya diuji dengan penarikan nikmat itu oleh Allah... untuk menyedarkan kita.

3- Andai kita berasa tidak tenang... tidak senang... Koreksi kembali...
i) Kenapa?
ii) Adakah berpunca daripada orang lain, atau diri kita sendiri yang sedang 'tidak sihat' hatinya.

4- Andai ada perasaan yang bukan-bukan terhadap orang lain... jangan terkejut kalau ada 1000001 orang yang turut berperasaan yang bukan-bukan terhadap diri kita.

Justeru...

Ayuh! Bersihkan hati daripada sesuatu yang tidak sepatutnya... Biarlah hati kita sentiasa disinari cahaya kasih sayang serta nur Ilahi.

Muthiah : Fikir-fikirkan... renung-renungkan...
Labels: 0 comments | | edit post

Hati yang mati


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Hmmm... Muthiah hari ini tidak berapa sihat. Rasa tidak sedap tekak. Sebab terminum air kat swimming pool pagi semalam agaknya. Namun apapun. 'ala kullihal alhamdulillah...

Hati...

Hmmm... apa yang kita tahu tentang hati yang mati?

Ya, betul! Boleh juga dikatakan bahawa hati yang mati merupakan hati yang hidup tetapi berkeadaan tidak sihat.

Jom semak...

1- Merasa sukar untuk mengenal Allah, mencintai-Nya, rindu serta kembali bertaubat kepada-Nya.

2- Apabila berbuat maksiat, ia tidak berasa sakit ~ Bukankah sesuatu yang telah 'mati' itu tidak berasa apa-apa?

3- Tidak berasa perit dengan ketidaktahuan atas kebenaran.

4- Beralih daripada 'makanan' yang bermanfaat kepada 'makanan' yang beracun dan merbahaya.

5- Merasa tenteram dengan kesenangan dunia sehingga berasa puas dengannya dan senang hidup di dalamnya ~ sampai terlupa akan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Muthiah : Hati oh hati...
Labels: 0 comments | | edit post

Sebab kematian hati


Ibrahim bin Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Basyrah yang melihatnya segera menghampirinya dan bertanya, "Ya, Ibrahim. Mengapa doa kami tidak dimakbulkan sedang Allah telah berfirman,'Apabila hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa Aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepada-Ku.... (Al-Baqarah : 186),'." Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, itu adalah kerana hati kalian telah mati dengan 10 perkara. Kalau begitu, bagaimana Allah akan memakbulkan doa kalian?"....

1- Kalian kenal Allah tetapi kalian tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2- Kalian membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.

3- Kalian mengakui cintai Rasulullah tetapi tidak mengamalkan sunnahnya.

4- Kalian berkata membenci syaitan tetapi menuruti ajakannya.

5- Kalian mengakui ingin masuk syurga tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.

6- Kalian mengakui ingin selamat daripada api neraka tetapi menjerumuskan diri ke dalamnya.

7- Kalian meyakini kepastian kematian tetapi tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

8- Kalian sibuk mencari keburukan orang tetapi mengabaikan keburukan sendiri.

9- Kalian menguburkan orang mati tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

10- Kalian mendapat nikmat Allah tetapi tidak pernah mensyukurinya.

Muthiah : Moga dipelihara daripada kematian hati...
Labels: 0 comments | | edit post