Adakah benar cinta?
Air Mata Siti Hajar

Gusar???

- Ingatlah, wahai diri. Hakikatnya, kita bukanlah siapa-siapa di atas muka bumi ini. Segalanya adalah hak serta milik ALLAH.
- Sentiasalah positif dalam kehidupan. Usah sekali-kali berputus asa dalam berusaha dan cubalah untuk meningkatkan potensi dalam dri.
- Isteri... Kerja.. kerja juga. Impian... impian namun jangan sampai kamu lupa pada tanggungjawab kamu. Huhu... Peringatan buat diri dan kita semua ^^
Kahwin itu tidak mudah...
Mode : Cinta dalam diam...

AMSH dibintangi oleh....




Sumber inspirasi di sebalik AMSH

Di sebalik Air Mata Siti Hajar ...

- Adakah manuskrip ini akan ditolak?
- Adakah terlalu banyak kesalahan yang Muthiah buat?
- Adakah, apakah? Segalanya mungkin... Oh, tidak!
Sekalung penghargaan

- Suami tercinta, yang tidak putus-putus menyokong Muthiah. Saya sayang sama kamu selamanya, insya-ALLAH.
- Ahli keluarga yang sentiasa mendoakan Muthiah dari jauh. Saya sayang sama kalian juga. Mwah ;)
- Sahabat-sahabat SK (2) Kelana Jaya, SK Sungai Tong, SM Sungai Tong, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Pusat Matrikulasi Kolej Negeri serta Universiti Malaya. Uhibbukum fillah, insya-ALLAH. Tidak terkecuali cikgu-cikgu serta pensyarah yang Muthiah sanjungi (Al-Fatihah buat Teacher Norsilah yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini).
- Rakan-rakan penulis... teman-teman sekerja di JPK, CEMEX, CIMB Bank Berhad serta team Wasilah dan Majalah Konsep. Ikatan ukhwah yang terjalin, moga kan lestari selamanya.
- Tidak lupa juga, titipan penghargaan ini Muthiah kalungkan buat sahabat-sahabat maya yang sudi berteman dengan Muthiah di blog mahupun di Facebook... Menyokong Muthiah secara langsung dan juga tidak :)
- ^^ Hehe... Ada lagi. Terima kasih daun keladi Muthiah ucapkan kepada para penggemar novel di luar sana. Saya budak baru belajar. Doakan Muthiah (juga kita semua) agar terus maju dalam apa jua lapangan yang kita lakukan.
- Eh... satu lagi. Last but not least (Huhu... Muthiah guna bahasa rojak sikit T__T), editor-editor, unit grafik, model, serta semua yang terlibat dalam penghasilan novel Air Mata Siti Hajar ini. Terima kasih Alaf21... Syukran Grup Buku Karangkraf ^^
Salam Ramadhan buat semua :>

Jom refresh kembali ...
Hiburan pada bulan Ramadhan - MB tidak akan berundur.
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Ehe. Sebenarnya, sudah bertemu kembali manuskip Mencari Naurah yang hilang dek komputer riba yang rosak. Terasa ingin menyambung kisah Natasha yang terhenti tetapi...

Kembali...
- Manisnya sebuah perhubungan persahabatan? Suka duka bersama sahabat dirasai bersama. Sama-sama saling mengingatkan diri kepada PENCIPTA. Sama-sama mempunyai matlamat dan hala tuju yang satu, yakni mahu menjadi hamba ALLAH yang terbaik. Bertingkah, berbaik semula. Sang murabbi menjadi pemudah bicara.
- Manisnya sebuah perhubungan dengan TUHAN? Sesungguhnya, hidup dan mati ini hanyalah untuk-NYA. Qiammullai. Tadarus. Infak ~ Mutabaah ibadah - SETEL! (Tang ikhlas tidak ikhlas, biar ALLAH sahaja yang menentukannya. Namun, usahakanlah untuk menyucikan hati kita). Apa yang penting, dalam hati... kita mahu menjadi hamba ALLAH yang sangat hampir dengan-NYA. Kita benar-benar mahu! Bukan hanya pada kata-kata. Iyalah. Hidup ini. Mati ini, hanya untuk-NYA.
- Manisnya sebuah perjuangan demi menegakkan agama-NYA? Waktu di kampus... kitalah yang berdiri di barisan hadapan. Sesudah itu, kita masih lagi berada di lorong/ jalan mereka yang bermati-matian menganggungkan agama ALLAH. Harta? Tenaga? Apa sahaja digunakan ke jalan-NYA kerana kita punya RASA... ALLAH Maha Hampir dan sentiasa bersama kita. Bersama 'roh' yang dimiliki oleh mereka yang dipilih oleh-NYA...
- Tidak ada! Jadi, bagaimana hendak mengembalikannya? Sudah dicuba tetapi tetap tidak berdaya. Kita sudah melakukan segalanya untuk kembali tetapi... kenapa masih tidak merasai roh kemanisan iman itu? Di manakah silapnya? Tiadakah keikhlasan dalam hati kita? Nauzubillah.
- Entahlah... tidak pasti pula? Ayuh, kita koreksi diri. Kenapa pula tidak tahu? Atau tidak mahu ambil tahu tentangnya? Sedarlah, wahai hati yang sering leka. ISLAM pasti akan menang juga akhirnya. Bezanya... adakah kita tergolong dalam golongan yang memperjuangkan ISLAM, atau sebaliknya?
- Ya (Dengan penuh yakin). Tahniah Muthiah ucapkan. Moga kan terus istiqamah, sampai ke hujung nyawa. Moga-moga, kita menghembus nafas selaku seorang pejuang (jadilah pejuang di sisi ALLAH, bukan pada kaca manusia)...
Bintik hitam
Ayuh kita...- Istighfar...
- Banyakkan membaca al-Quran.
- Bermuhasabah...
- Usah membuka ruang kepada kemaksiatan.
- Memberi maaf dan minta maaf.
Mode : Merapu lagi… dan lagi
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Mula-mula… jom senyum sampai ke telinga.
^_________________________^
Peringatan : Perkataan ‘lor’ pada tajuk entri di atas adalah perhiasan semata-mata. Tidak ada kaitan antara yang hidup, mahupun dengan yang telah meninggal dunia. Namun! Yang masih hidup hendaklah selalu mengingati mati agar tidak lupa diri…
Sudah tahu akan mati. Janganlah…
- Menyimpan perasaan hasad/ dengki pada orang lain. Rezeki dan kelebihan masing-masing. Ada lebih dan kurangnya. No worry. ALLAH Maha Adil lagi Saksama ;>
- Menyakiti hati orang dengan … Kata-kata? Perbuatan? Gerak mata?
- Suka mencari kelompangan orang. Mengutuk, mengata tanpa mahu menasihati. Nasihat pun, bukan datang dari dalam hati. Apabila tidak telus dari sanubari, jangan marah andai tidak diterima pula dari hati ke hati.
Bagaimana pula halnya jika hati itu sudah terkatup daripada hidayah ILAHI? Doakanlah. Doakanlah agar satu hari ia akan kembali. Siapalah kita hendak menghukum? Boleh jadi satu hari nanti, ia akan menjadi hamba ALLAH yang paling dekat dengan-NYA. Justeru… sendiri mahu ingat lor ^______^ Mode : Berhati-hati.
Blablabla..
Sekian, untuk pagi ini.
Muthiah : Merapu lagi lagi…
Mengantuk daaaa..
Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah… M.E.N.G.A.N.T.U.K.
Alah. Mengantuk pun, hendak heboh ke? Ehe. Bukan heboh. Bukan juga mahu kepoh. Sekadar hendak berkongsi rasa. Jangan marah, ya (sambil kenyit mata macam Shin Chan yang hendak mengurat cikgu cun). Siapa mengantuk, sila angkat tangan!

Sebelum Muthiah mencoret lebih panjang, ingin Muthiah ingatkan. Penggunaan ‘daaa’ pada tajuk entri di atas tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Baik mereka yang masih hidup, mahupun yang telah meninggal dunia. Bukan berniat hendak mengacau-bilaukan bahasa ibunda. Sekadar menjadikannya sebagai penyedap rasa. Walhal, tidak sedap pun. Syok sendiri sahaja ^___^ Ambil kau, Siti Muthiah.
Berbalik kepada topik mengantuk. Hmm… hendak buat macam mana?
Bangun… buat senaman ringkas. Kalau mampu buat tai-chi, buatlah. Biar apa orang hendak kata. Amanah besar sedang menanti kita. Jika mengantuk, macam mana hendak buat kerja? – ps : Pastikan aurat terjaga agar tidak ada mata yang terbuka luas, tidak boleh tutup memerhati aksi aneh kita. Mulut pun ternganga sama.
Ambillah wuduk. Alang-alang sudah ambil wuduk, tunaikanlah solat sunat dhuha 2 rakaat. Mengantuk pun hilang, pahala juga dapat. Siapa untung? Kita? Bukan. Jadi, siapa? Mereka yang meringankan diri menunaikan solat dhuha kerana ALLAH – ps : Buat segala sesuatu yang menepati syariat kerana ALLAH pun, dapat pahala juga. Hore…
Minum air. Ada orang, minum Nescaffe Mocha untuk menghilangkan rasa mengantuk. Hasilnya, berkesan tetapi kalau sudah terlalu mengantuk, tidak jalan juga – ps : Minum air suam baik untuk kesihatan. Tips lain. Jika kena demam denggi, minumlah sup ketam dan air 100Plus.
Lelapkan diri seketika. Perlu diingat! Seketika sahaja. Jika gusar terlebih lelap, minta tolong kawan-kawan untuk kejutkan. Jika tiada… Ambillah telefon bimbit. Pergi ke alarm dan tetapkan masa selama 5 minit untuk tidur sekejap. Kemudian, pergi ke profile dan cari ringing volume. Tetapkan nada maksimum. Agak-agak satu pejabat boleh dengar, OK-lah tu – ps : Hanya saranan. Tidak ikut pun tidak apa.
Pergilah borak-borak sekejap tetapi jangan sampai jadi gosip pula. Tidak pasal-pasal, kenyang tanpa makan apa-apa. Sebab perut sudah penuh dengan daging manusia – ps: Pastika teman yang diajak berborak tidaklah terganggu kerjanya.
Ada lagi? Macam ada tetapi cukuplah sampai di sini, untuk hari ini. Muthiah mahu memberi ruang kepada rakan-rakan untuk berfikir sendiri. Huh! Alasan. Padahal, malas berfikir ^^ Selamat menjalankan tanggungjawab di mana-mana…
Muthiah : Tidak jadi mengantuk.
Sendiri mahu ingat lor… (iii)
Assalammualaikum. Bagaimana kondisi fizikal dan mental, hari ini? Moga kita semua sentiasa dirahmati. Moga kita semua… pada saat nafas yang terakhir, menjadi hamba ALLAH yang dipilih untuk mati dalam keimanan dan ketakwaan.
Iyalah. Kita gusar… kita khuatir… Hari ini, kitalah yang paling ke hadapan. Namun, apabila hampir sampai ke garisan penamat, kita tersungkur dan tidak berdaya untuk bangkit kembali. Tidak ada siapa pula yang mahu menghulurkan tangan, memimpin kita ke jalan yang diredhai. Nauzubillah.
Moga ALLAH memelihara Muthiah… suami… keluarga serta sahabat-sahabat yang Muthiah kasihi fillah. Insya-ALLAH. Kita mungkin tidak pernah bersua namun doa itu akan sentiasa dekat buat kita semua.
Setelah berceloteh entah apa-apa entah, Muthiah berbalik kepada perkongsian asal. Full stop!
“Tadi, bila jumpa Polan binti Polan… dia cakap muka saya hodoh. Teruk sangat ke? Saya alergik sebenarnya…” <- Perbualan dengan seorang wanita satu ketika dahulu.
Wahai, diri. Wahai, teman-teman.
Pekalah. Prihatinlah kepada perasaan orang lain. Jika hati tetap bergelodak hendak meluahkan kata-kata yang menyakitkan itu…
Ambil kertas. Kemudian, tulislah. “Polan bin Polan nampak hodohlah…” Selepas itu, masukkan kertas tersebut di dalam air panas. Lagi sedap jika ditambah gula dan Milo. Agak-agak sudah hancur, hiruplah dengan penuh nikmat. Mode : Merapu lagi tetapi berguna bagi mereka yang mahu mengambilnya dari sisi positif.
Jika tetap tidak dapat mengurangkan gelodak hati itu… Kita bukan hendak meluahkan kepada diri sendiri tetapi mahu orang lain mengetahuinya juga. Gosip, beb! Gosip yang bisa menambah dosa.. Jadi, bagaimana? Yang buruk… carilah jawapan sendiri, ya.
Cuma satu yang boleh kita renungkan bersama…
Ya! Kita suka menyakitkan hati (untuk entri ini, bagi mereka yang suka bercakap lepas depan-depan… terus kepada si Polan bin Polan)…
Tetapi…
Sampai bila mahu menjadi manusia yang sebegitu? Bayangkan. Ada 100 nyawa yang tersinggung dengan kata-kata kita. Maka, 100 nyawa itulah akan berasa tidak senang dengan diri kita. Lagi parah, jika 100 nyawa itu tidak mahu memaafkan kita. Sudahlah dosa kita sudah bertimbun. Bersediakah kita untuk bertemu dengan-NYA nanti???
Sekian, sendiri mahu ingat lor…
Muthiah : Pabila melihat ia menangis, teringat kata-kata waktu cantiknya.
Sendiri mahu ingat lor… (ii)
Assalammualaikum dan apa khabar, semua? Jom kita senyum lagi…
Sambungan entri semalam. Namun sebelum itu, bacakanlah satu titipan Muthiah, ‘Kitalah yang membuat pilihan…’ sama ada mahu mengambil entri ini sebagai satu sisi yang positif untuk memperbaiki diri mahupun sebaliknya.

Hmm… berbalik kepada isu semalam. Macam mana pula halnya jika orang itu yang…
- Terlebih cepat terasa??
- Tidak boleh menerima teguran??
- Aik. Kita menulis di blog secara umum. Dia pula menganggap kita mengatanya? Kira sudah mengaibkan ni… Buktinya?
Itulah. Susah juga, ya? Hendak cakap, salah. Tidak cakap, pun salah. Baik berdiam diri sahaja. Akan tetapi, jika kita memilih untuk mengatup mulut… memandang dan mendengar sahaja, siapa pula yang mahu menasihati?
Jadi…
- Sendiri mahu ingat lor… Banyakkan beristighfar, memohon keampunan daripada-NYA. Iyalah. Khuatir… bicara kita yang tampak gah itu hakikatnya sia-sia belaka. Iyalah. Kita menasihati bukan kerana ALLAH. Kita mahu digelar orang sebagai pendakwah. Kitalah hebat. Kitalah pejuang agama ALLAH <- Ya, ALLAH. Peliharalah aku daripada azab-MU.
- Banyakkan berdoa kepada ALLAH agar sentiasa dipelihara hati. Moga ALLAH memilih kita menjadi salah seorang yang menyampaikan agama-NYA, mengajak manusia lain kepada-NYA. Hendak menyeru manusia lainnya kepada kebaikan, tidak terhad kepada ustaz dan ustazah sahaja… kita semua boleh melakukannya.
Hmm… teringat satu mesej yang pernah Muthiah terima daripada seorang rakan maya. Si Polan, menyatakan Muthiah tidak ikhlas dalam berkata-kata (menitip pesan di blog). Biarlah… biarlah. Muthiah serah sahaja kepada ALLAH. Sebagai manusia, Muthiah punya banyak kelemahan. Muthiah lakukan yang terbaik sahaja. Selainnya… biar ALLAH yang menentukan. Biar ALLAH yang menilai ^^
- Ingat dan sentiasalah mengingatkan diri. Kita hanyalah wasilah. Bukan diri kita yang hebat dalam berdakwah. Bukan kita juga yang mantap dalam perjuangan. Bukan kita yang gah dalam berkata-kata, menitip pesan. Serahkan segala kehebatan, gah dan kemantapan itu, hanya kepada ALLAH.
- Banyakkan bermuhasabah agar diri tidak tergelincir daripada jalan-NYA.
Banyak lagi sebenarnya tetapi cukuplah setakat ini yang Muthiah kongsikan. Esok, kita sambung point lain pula, ya :D
Muthiah : Hmm... En. Suami...nak ajak jalan, boleh?
Sendiri mahu ingat lor... (i)

- Mengucapkan salam – Sunat memberi salam tetapi wajib menjawabnya. (Salam itu juga merupakan satu doa ^^). Nabi pun menyarankan agar kita menyebarluas salam kepada sesama Muslim.
- Bertanya khabar – Untuk merapatkan silaturrahim. Elakkan daripada memulakan bicara dengan sesuatu yang boleh menyakitkan hati. Contohnya : Gemuknya!!!
Cakap pasal sesuatu yang menyakitkan hati… Teringat dengan luahan hati seorang wanita berusia dalam lingkungan awal 40-an kepada Muthiah.
“Tadi, bila jumpa Polan binti Polan… dia cakap muka saya hodoh. Teruk sangat ke? Saya alergik sebenarnya…”
Hmm…
Kata kunci – PEKA, PRIHATIN… TERASA, TERSINGGUNG…
Satu soalan : Sejauh mana kita peka/ prihatin terhadap perasaan orang lain?
Perlu diingat, jika kita tidak mahu disakiti, cubalah untuk tidak menyakiti.
Sebab…
Penghitungan ALLAH ini Maha Teliti. Andai kita menyakiti orang hari ini, tidak mustahil satu hari diri kita pula kan disakiti. Usah terkejut. Bagi yang optimis, jadikan pengajaran buat diri. Selepas ini, sewajarnya lebih berhati-hati dalam mengungkap kata. Bermuhasabahlah. ALLAH sayang… sebab itu DIA menguji. Anggaplah timbal-balas ini sebagai kafarah dosa, agar kita sentiasa tunduk kepada PENCIPTA <- Merapukah aku saat ini??? Mode : Mengharapkan… ada input yang diterima daripada perenggan ini ^^
Namun!!! Tidak dapat dinafikan juga. Selaku manusia yang terlalu banyak khilaf, acap kali kita terlepas pandang.
- Tersalah cakap – Mungkin dek kebiasaan diri yang buat dahulu, baru mahu merenungi. Kena ubah ni… Fikir dulu baru buat! Setelah sedar, berwaspadalah dalam berkata-kata. Ingat… bila-bila masa ALLAH boleh ambil nyawa. Menyesal tidak sudah, beb!
- Tersalah tuduh – Minta maaf cepat. Khuatir… salah dengan manusia itu akan menghalang kita daripada masuk syurga. Sedekah… sudah buat. Amanah… sudah buat. BERSIH… sudah turun. Ops. Salah lorong. Tup-tup, menuduh pun ada. Aduh.
- Tersalah umpat – Hmm… banyakkan beristighfar dan bermuhasabah. Sesungguhnya, mengumpat itu bagai memakan daging saudara sendiri. Cuba bayangkan. Kita ratah paha kawan kita. Ada sanggup???
- Tersalah fikir – Bersihkan hatimu, wahai hati yang penuh dengan dosa dan noda. Huhu… Peringatan buat diri Muthiah yang selalu lalai dan alpa.
Hmm…Semuanya dilakukan tanpa sengaja. Jadi, bagaimana?
Panjang sudah. Kita sambung esok hari, insya-ALLAH ^______^
Muthiah : Nak... nak... nak ...
Kalau iya pun, biarlah logik…
Assalammualaikum, dan salam sejahtera. Moga kita semua dirahmati dan diberkati ALLAH hendaknya. Muthiah… Tidak sabar menghitung hari, setel perpindahan ke Ipoh. Bukan apa. Hendak kembali menghadap manuskrip yang sudah ditinggalkan agak lama. Terasa diri bagai penganggur sementara. Huhu. Encik Suami baca, silap hari bulan kena ‘kok kepala’. Walhal, tidak pernah kena pun. Hanya fitnah semata-mata. Muthiah bukannya penganggur. Muthiah bertanggungjawab menguruskan rumah dan tangga.
Waktu kecil dahulu, hobi Muthiah ialah menyanyi. Meskipun suara Muthiah tidaklah sedap, Muthiah tetap suka benar berangan-angan mendapat trofi ~ “Terima kasih kerana memilih saya.” Muthiah nyanyi lagu Bapaku pulang dari kota… Lalala…
Meningkat remaja, Muthiah tetap suka menyanyi. Lokasi utama Muthiah mendendangkan suara yang lemak merdu, disukai ramai adalah di dalam kereta. Lebih-lebih lagi apabila berperjalanan jauh. Ahli keluarga, sudah masak dengan hobi Muthiah yang satu ini. Lagu pilihan setelah meningkat remaja ialah Untukmu, ibu nyanyian kumpulan Exist.
Sekarang, pun sama. Satu hari…
Muthiah berkata kepada suami, “Rasanya, lagu ini pun kena dengan tema cerita Air Mata Siti Hajar.” Dengan penuh penghayatan, Muthiah pun mendendangkan lagu Perjalanan Duka, Min Malik.
Suami yang sedang memandu berkalih ke arah Muthiah seraya membalas, “OK juga tetapi cuba nyanyi lagi UM. Rasanya kena juga dengan jalan cerita.”
Apa lagi? Tanpa memproses maklumat yang diberikan suami, Muthiah pun mendendangkan pula lagu tersebut…
Universiti Malaya… kebanggaan kita semua… blablabla…
Mulut suami ternganga luas. Kebetulan, ada langau hijau di tepinya. Sikit lagi hendak masuk ke dalam kerongkongnya. Aduh. Ini pun fitnah semata-mata.
Suami lantas bersuara, “Kalau iya pun, biarlah logik. Tidak akan hendak jadikan lagu UM tu sebagai lagu tema. Bukankah lagu yang Muthiah biasa nyanyi ialah lagu Ukays…”
Muthiah yang tadinya penuh dengan semangat patriotik terpaku seketika. Mata Muthiah yang ‘sememangnya bulat’ membulat <- Ini syok sendiri.
“Iyalah…” ujar Muthiah selamba. Bukankah ada satu lagu yang Muthiah selalu dendangkan di dalam kereta? Lagu itu pula digunakan sebagai lagu rasmi sewaktu haluan siswa.
Pengajaran
1- Kadang-kadang (kalau boleh selalu… lagi baik), proseslah dahulu sebarang maklumat yang kita terima. Contoh : Orang kata Polan bin Polan ini teruk. Kita tidak boleh terima 100%. Tapislah dahulu. Siasat. Tukar profesion jadi detektif sekejap.
2- Isteri… dengarlah cakap suami selagi kata-katanya tidak melangkaui syariat TUHAN. Redha ALLAH pada kita adalah atas redhanya.
3- Buat lawak juga bagus untuk menceriakan rumahtangga. Jadi, jom buat lawak. Tidak ada orang hendak gelak, kita paksa pasangan kita gelak. Jika tidak.. jom mogok lapar <- ajaran sesat?
Muthia : Lokasi kini ialah Kuala Lumpur. Lalalala ^^
