No shout anymore? ;)
Monday, December 27, 2010
Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah. Alhamdulillah, beres semuanya dan... GUMBIRA. Semalam, sambutan yang diterima untuk novel remaja Ayah, Amir nak masuk U amat menggalakkan. Terima kasih yang tidak terhingga Muthiah ucapkan kepada kaum keluarga, saudara-mara serta sahabat-sahabat yang banyak menyokong dan membeli novel remaja pertama Muthiah ini. Alhamdulillah.
;) Hmmm... pagi tadi, Muthiah dikejutkan dengan satu ungkapan yang dijeritkan di shout box Muthiah. Jeritan itu berbunyi :
- Bodoh ;)
- Blog SS
Ikutkan, Muthiah hendak membiarkan sahaja. Siapa-siapa berhak menulis apa sahaja di sini. Ada yang datang untuk benar-benar membaca entri di sini dan mungkin yang menjengah untuk... Apapun, Muthiah dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Namun, yang menjadi masalah. Kalau Asyraf, dia akan cakap, "Panggillah sang kancil" (apabila ada masalah). Pengirim ungkapan di atas namanya Mutiah. Hehe... Masih okey tetapi... yang menjadi kurang elok ialah link yang diberikan ialah link blog siti-muthiah sendiri. Wah... 'eloknya' bahasa yang Muthiah tuliskan.
Oleh sebab tidak mahu mengundang kemudaratan yang lebih besar, Muthiah memutuskan untuk meniadakan ruangan shout ini dahulu. Bukan apa... apabila yang berkata tidak elok itu adalah Muthiah sendiri... Muthiah pula di dalam blog ini berbicara tentang akhlak... jadi, shout daripada 'Mutiah' itu dilihat sebagai tidak selari dengan apa yang Muthiah tuliskan di entri.
Buat Ain ~ Kita chit chat di ruangan komen ya.
Buat Slave dan lain-lain ~ Jazakallah kerana sudi menjengah. May ALLAH bless us.
Buat Mori Mori ~ Terima kasih kerana sudi mendapatkan novel Ayah, Amir nak masuk U. Terima kasih juga atas pandangan yang diberikan. Insya-ALLAH, untuk masa akan datang... Muthiah akan cuba mempertingkat kualiti karya yang dihasilkan. I'll try my best, insya-ALLAH. Oh, ya. Untuk pengetahuan Mori Mori, Ayah, Amir nak masuk U sebenarnya adalah novel remaja. Muthiah menghantarnya ke Buku Prima dan dipilih untuk berada dalam kategori Teen Prima. Namun, Muthiah kira... orang dewasa dan kanak-kanak pun tidak salah membacanya. Ehe... jangan lupa untuk mengikuti sambungan novel Ayah, Amir nak masuk U ya. Sob sob... Muthiah terharu atas pandangan yang diberikan kerana ... ada yang prihatin. Lebih-lebih lagi kepada Muthiah yang baru bertapak di dalam dunia (penulisan) ini. Moga ALLAH memberkati Mori Mori dan keikhlasan Mori Mori mendapat ganjaran daripada-NYA.
Baiklah. Kita jumpa lagi, ya. Insya-ALLAH, blog akan terus dikemaskini setiap hari meskipun ruangan shout di-KIV buat sementara waktu.
Salam sayang buat semua ;)
****
Apabila Muthiah memaklumkan kepada suami tentang hal ini pagi tadi, suami berkata, "Jika 'dia' mahu ruangan shout ditiadakan, 'dia' nampaknya telah berjaya..." Muthiah hanya tersenyum.
Dalam hati, berkata-kata sendiri .... "Orang setekad ini, bagus jika dapat diasuh sebaiknya untuk berjuang ke jalan ALLAH. Kerana... tekadnya kuat. Nanti, dia akan menjadi orang yang tekad dalam mempertahankan agama ISLAM."
salam
tahniah diucapkan diatas novel pertama anda!
semoga terus berjaya.
Salam.
Terima kasih, Little Diary ;)
Oh, ya. Sebenarnya... Ayah, Amir nak masuk U adalah novel kedua Muthiah. Novel pertama Muthiah berjudul Mencari Naurah, berada dalam kategori Novel Islamik (NUR) terbitan Alaf 21.
Ayah, Amir nak masuk U pula merupakan novel pertama Muthiah jika dikategorikan dalam novel remaja (Teen Prima).
Apapun, terima kasih ;)
tahniah!!! moga Allah memelihara kita dari mudharat yang lebih besar... caiyok2, ambo suka entri ini...
salam.
pendekar kampung pinang sebatang..eh, silap. pendekar baru. insya-ALLAH... terima kasih atas doa...
Adik..Tahniah..keep it up ok...
Teep-PMKN
Salam.
cik teep, tanx alot... ;) gambatte ;)
Salam Muthiah..
Baru 3 hari x jengah sini dah ade perubahan pulak...Ain simpati dgn pe yg berlaku..takper la Muthiah, setiap anggota akan bertanggungjawab dan muga2 ALLAH memeafkan kita dan si dia kembali bertaubat.
InsyaALLAH dekatkan diri degn ALLAH dan sama2 kita meneruskan tradisi dakwah..:) ummah perlu diselamatkan.
Jaga diri dan teruskan berkarya..
slm.
jzkk, ya ukhtie;) ehe...muthiah sedang 'outstation' di langkawi nih...hihi..pdhal menyibuk ikut zauj outstation tp, iA.... blog akan dikemaskini seperti biasa...
selainnya... muthiah serahkan segala penghitungan kepada ALLAH yang Maha Teliti... Kita siapa untuk menilai dan menghukum, bukan?
ok, ain...mg ketemu lg....insya-ALLAH.
Assalamualaikum, kak siti Muthiah.
Salam kenal. Tahniah dengan kelahiran demi kelahiran novel-novel puan. Semoga ia boleh menjadi pencen kubur buar penulisnya di dunia Sana.
:D
Salam kenal.
~Ila Husna : saya belajar-belajar menulis.
Waalaikumussalam, ya ukhti Jamilah.
Jazakillah atas ucapan. Amin... moga-moga...
Salam ukhwah juga. Moga sukses dan tidak sekali-kali berputus asa dalam perjuangan pena itu. Tidak mudah tetapi ingatlah, ALLAH dekat melorong jalan.
:)