Marahkan TUHAN??? (ii)


TIDAK!!! Tidak sama sekali. Kenapa?


~ Cuba lihat dari sisi sesuatu yang sudah kita miliki ~

Impian kita untuk mempunyai duit yang banyak… atau berumah tangga dalam keadaan yang gilang-gemilang… atau 24 jam disayangi dan dibelai… mungkin belum lagi kita kecapi.

Namun, terfikirkah kita dengan pancaindera yang telah ALLAH kurniakan buat diri kita? Ada mata.. ada hidung… ada telinga… dan seberapa banyak nikmat yang telah ALLAH berikan kepada kita...

Renung-renungkan…

Tiada kata-kata lain yang mampu Muthiah ungkapkan… HANYA ^

~ Kembali dan terus minta kepada DIA.
~ Bersabarlah.


Setelah berusaha… bertawakal; berserahlah kepada DIA yang Maha Tahu. ALLAH sayang. ALLAH mahu menghapuskan dosa-dosa lampau kita. ALLAH mahu meningkatkan darjat kita di sisi DIA. Bukankah ALLAH sentiasa bersama orang yang sabar? ALLAH mahu kita yang sudah dekat semakin mendekat. ALLAH sama sekali tidak menzaliminya. Insya-ALLAH, segala sesuatu itu pasti ada hikmahnya.

-bersambung-

~Marahkan TUHAN??? (iii)~
Labels: | edit post
3 Responses
  1. Ckin Kembaq Says:

    seolah2 bicara dari hati ke hati...
    jemput singgah ke blog naa..


  2. jzkk, ckin sbb sudi berziarah..udah kunjung ziarah...sedap lagu yang dimainkan.. ;)


  3. Ckin Kembaq Says:

    hehe..suka lagu tu akak..