Marahkan TUHAN??? (i)


Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah… Hmmm… ada sesuatu yang sedang bermain dalam fikiran. Namun, tidak dapat diluah dengan kata-kata. Chewah. Jadi, kepada ALLAH tempat bercerita ;) Alhamdulillah. DIA sentiasa dekat walau jauh dari pandangan mata (kasar).

Seorang teman menghubungi Muthiah… Dia meluahkan rasa hatinya yang sedang kecewa dan bersedihan. Terasa doanya tidak dimakbulkan TUHAN. Masalah datang bertimpa-timpa. Semacam ALLAH langsung tidak memandangnya.

Katanya;

“Muthiah suruh aku kembali (kepada ALLAH), aku kembali. Aku sembahyang… aku mengaji… aku solat dhuha… solat hajat… aku ikut apa yang Muthiah sarankan. Namun, DIA tidak pernah memakbulkan doa aku…”

“Aku sudah putus asa. Ikut hati, aku hendak memberontak. Tidak mahu sembahyang. Tidak mahu ikut perintah ALLAH. Sebab ALLAH tidak habis-habis menduga aku. Banyak sangatkah dosa aku sampai masalah datang tanpa henti???”

Huhu… Muthiah terkedu seketika. Hilang kata-kata. Muthiah salahkah (dalam memberi saranan) atau DIA yang menguji itu salah? Nauzubillah… Muthiah lebih banyak mendengar. Tidak pun, Muthiah hanya berkata, “Ya…” sebagai tanda Muthiah sedang mendengar setiap bait katanya. Iyalah… orang sedang marah. Biar dia meluah rasa hatinya dahulu…

Akhir sekali… Muthiah pun berkata, “Bersabarlah. Teruslah kembali kepada DIA dan usahlah menjauhkan diri kerana khuatir semakin menjauh…”

Muthiah sedar… Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Muthiah mungkin dapat memahami namun tidak cukup mampu menyelami. Hidupnya diselubungi dengan 1001 satu masalah yang tidak henti-henti menerjah. Macam Nas Ahmad pula. Semacam, lahirnya Polan binti Polan ini adalah untuk mendapat musibah.

TIDAK!!! Tidak sama sekali. Kenapa?

-bersambung-

~Marahkan TUHAN??? (ii)~
Labels: | edit post
0 Responses