Marahkan TUHAN??? (iii)


-sambungan semalam-


Muthiah tahu… Muthiah bukanlah orang yang selayaknya untuk berkata-kata sebegini kerana Muthiah tidak berada di tempat dia yang sedang diuji hebat oleh TUHAN. Ujian yang Muthiah tempuh boleh jadi tidak sebesar dugaan yang perlu diharunginya. Namun percayalah… bilamana seseorang manusia itu bernama manusia… dia pasti akan diuji. ALLAH mahu menguji keimanan dan kebergantungan kita kepada PENCIPTA.

Justeru…

~ Kembalilah mengharapkan DIA. DIA Maha Mendengar dan Melihat. Usah sekali-kali berputus asa dengan rahmat-NYA. Hehe… ulangan ungkapan di atas ;)

~ Banyakkan istighfar. Syaitan banyak mencucuk apabila kita marah dan bersedih hati. Istighfar dan terus beristighfar sampai jiwa berasa tenang dan lapang. Mungkin… waktu marahkan TUHAN kita terlupa. Terlupa dengan keESAan dan kekuasaan-NYA. Namun, jangan jadikan alasan.. ‘AKU SUDAH BANYAK DOSA.’ Lantas, kita terus menambah dosa. Kalau mati satu saat sebelum sempat bertaubat, bagaimana?

~ Katakan pada diri … ‘ ‘Ala kullihal Alhamdulillah.’ Mungkin kita merasakan masih tidak cukup dengan apa-apa yang telah kita miliki. Namun, ungkapkan selalu… ‘Alhamdulillah..’ Redha dan syukur. Kerana kata-kata itu merupakan satu doa juga.

~ Bersabarlah. Ya… ungkapan yang sering Muthiah coretkan. Tidak ada lain, sabar dan terus sabar. Sabar dalam menempuh dugaan. Sabar dalam menjalankan perintah ALLAH. Sabar dalam menjauhi larangan-NYA. Dengan kata lain, kuatkan hati. Sememangnya, kita tidak kuat. Jadi, mintalah kepada DIA yang telah merencana segalanya.

Sudah berbuat silap??? ;) Tidak apa… tidak ada manusia yang sempurna. Kita semua acap kali melakukan kesilapan. Namun, jangan sampai kesilapan yang sudah kita sedari itu… atau yang sudah diperingatkan masih terus kita lakukan.

Muthiah : Persoalan;
~ Kerana apa kita menunaikan solat?
~ Kerana apa kita membaca Al-Quran?
Labels: | edit post
0 Responses