Kena kick daaaa


Assalammualaikum. Apa khabar? Ada baik??? Satu jawapan favourite Muthiah,'ala kullihal... ALHAMDULILLAH. Apapun keadaannya, syukur ke hadrat ILAHI... masih dikurniakan nikmat IMAN dan ISLAM....

Hendak tulis apa, ya? Hmmm... baru-baru ini, Muthiah telah menerima satu sistem pesanan ringkas daripada seorang teman (akrab). Katanya...

"Ada ibu bapa students marah-marah... rayu-rayu... Anak kena tendang universiti, dapat below 1.50 tetapi memang tidak boleh tolong. Kalau dapat atas 1.50, boleh buat rayuan..."

"Ada pelajar foreigner kena tendang bla bla bla..."

~ Kawan Muthiah ini bekerja sebagai pensyarah merangkap ketua di jabatannya ~

Salah siapa???

Boleh jadi salah diri sendiri ~ yang tidak bersungguh-sungguh.

Boleh jadi juga salah mereka ~ yang tidak tahu mengajar (kita seorang sahaja)... orang lain, 'no problem'.

Boleh jadi bukan salah siapa-siapa. Allah mahu menguji kita... Allah mahu memberikan yang lebih baik kepada diri kita.
Bersangka baiklah kepada-Nya..

Apapun....

Sedikit titipan buat adik-adik yang masih belajar ....

1- Ikhlaskan hati dan betulkan niat dalam menuntut ilmu.

Semat dalam jiwa... 'Aku belajar semata-mata kerana Allah'. Ya! Kita mahu menjadi pelajar yang CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG. Kita mahu menjadi yang TERBAIK daripada yang PALING BAIK. Insya-Allah, kejayaan kita ini kelak dapat menggemilangkan (lagi) ISLAM yang sudah sedia TERBILANG. Siapakah yang CEMERLANG?? Dia... Si Polan yang agama anutannya ~ ISLAM. Ia cemerlang dalam segenap bidang yang diceburinya... akademik, ko-kurikulum, hubungan sosial dan lain-lain.

Setelah mengetahui hala-tuju dan matlamat... teruskan langkah menuju jaya. Ya! Kita mahu menjadi insan yang berjaya. Jadi :

a) Kita perlu berusaha keras.
b) Kita tidak boleh sambil lewa.
c) Kita mesti bersungguh-sungguh.


Dan paling utama, kita tidak lupa untuk bermunajat dan bermohon kepada Allah agar dikurniakan kejayaan buat diri kita.

Kita mahu menjadi seorang pelajar Muslim yang berjaya... namun sama sekali tidak mengenepikan Allah dan agama-Nya.

2- Bersungguh-sungguh untuk menjadi yang terbaik

Cayok cayok... Gambatte (seperti yang sering diungkap oleh adik-adik Medic Muthiah)..

Insya-Allah, bilamana kita sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh, kejayaan pasti akan menjadi milik kita. Namun, seandainya masih tidak memperoleh apa-apa yang diidamkan (mahu dapat 4.0 tetapi ...)...bersabarlah... pasti ada hikmahnya...

a) Jangan copy paste jawapan tutorial. Tidak amanah namanya...

b) Jangan tuang kelas tanpa sebab yang munasabah... meski kita tidak suka dengan pensyarah yang mengajar/ tidak minat subjek yang dipelajari... Sebaik-baiknya, tepati masa. Secara tidak langsung, menonjolkan imej pelajar Muslim yang baik.

c) Berperancangan dan berstrategi.... Atur jadual dengan baik. Letakkan prioriti dalam aktiviti harian kita :

i) Hadiri kuliah/ tepati masa/ duduk di barisan hadapan.
ii) Siapkan tutorial/ ikuti sesi perbincangan.
iii) Berjumpa dengan pensyarah - tanyakan soalan yang tidak difahami.
iv) Solat di awal waktu/ tadarus sekurang-kurangnya.../ baca tafsir.
v) Bersukan/ jogging dengan sahabat sebilik.
vi) PENTING!!! Ada sasaran mad'u yang harus didekati... hendak buat macam mana?

Apapun keadaannya... aturlah masa dengan baik...

3- Sentiasa menjaga hubungan dengan semua orang

Sejauh mana kita memelihara hubungan kita dengan :

a) Ibu... bapa... abang... kakak...

b) Sahabat-sahabat yang selalu bertemu mata dengan kita...

c) Orang di sekeliling kita...

d) Mad'u kita???

Khuatir... kalau ada yang tidak settle, hendak belajar pun susah. Asyik terfikir dan terus terfikir. Banyak perkara yang menghantui. Banyak benda yang merungsingkan. Jadi :

a) Minta maaf andai ada tersilap kata/ laku.

b) Maafkan mereka yang mengguris dan menyakitkan. Doakan mereka juga.

Bilamana sudah 'bersih', insya-Allah, ilmu pun mudah masuk. Kalau tidak masuk juga... banyakkan berzikir dan beristighfar... mungkin... ada lagi sisi hitam dalam hati kita...yang menyebabkan cahaya sukar menembusinya. Masih ARGH!!!! Hmmmm.... pohon kepada Allah agar ditunjuk jalan dan cara.

Still cannot go??? Huhu... 'Tak dapat den nak nulung'...

Adoi... apa yang Muthiah tulis??? Hmmmm... yang baik, jadikan panduan... yang tidak kena dengan naluri... fikir-fikirkan...

Muthiah : Terkenangkan harapan ayahanda bonda... mengharapkan anakanda berjaya...
Labels: | edit post
0 Responses