At driving school (ii)


Sambungan….

Cerita lain? Hmmm… ada satu cerita yang mahu Muthiah kongsikan dengan sahabat-sahabat semua. Perkara yang biasa Muthiah sentuh. Agaknya, tentang apa?

Ya…. sikap manusia. Hmmm… dipendekkan cerita, sewaktu beratur (untuk mendapatkan makanan)….

Barisannya panjang. Bukan itu sahaja, barisan yang sepatutnya dua baris menjadi lima baris. Bayangkan macam mana keadaan manusia waktu itu. Berebut-rebut… kelaparan agaknya. Entahlah… salah siapa? Dan siapakah yang harus menanggung malu? Huhu… mereka dan keluarga mereka… kita pun ada di situ! Jadi???

Muthiah…. tidak tahu hendak ikut barisan mana tetapi Muthiah memilih untuk berbaris di barisan yang paling lurus. Tiba-tiba, datang seorang gadis yang baru sampai ke kantin berkenaan dan terus memotong barisan Muthiah.

Muthiah? Tidak berkata apa-apa. Sekadar memandang… hendak tegur, takut memalukan empunya diri (hakikatnya tindakannya yang tidak beratur itu sebenarnya sudah memalukan diri sendiri). Al-maklumlah… banyak anak dara dan teruna. Masing-masing control ayu.

Muthiah hanya melihat dan terus melihat. Gadis ini pula? Bereaksi seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Jadi…. Terimalah… hendak buat macam mana? Cuma satu perkara terdetik dalam hati Muthiah… “Muka cantik, buat macam itu… jadi buruk benar.”Hehe…

Selain itu…. ada satu lagi kejadian memotong barisan. Kali ini, di sinki. Muthiah beratur… tiba-tiba, seorang budak lelaki datang, memotong barisan dan terus membasuh tangannya. Macam kes budak perempuan tadi, Muthiah hanya berkata di dalam hati, “Inilah calon ketua keluarga…” Hehe…

Jadi, Muthiah ingin berpesan kepada semua (termasuk diri Muthiah sendiri) :

1-Didiklah diri untuk berdisiplin. Lebih-lebih lagi bilamana kita membawa imej Islam. Ini, baru isu ‘berbaris’, tidak masuk isu mengambil hak orang lain, menjaga kebersihan dan banyak lagi.

2-Sila beratur apabila keadaan memerlukan kita untuk berbuat demikian.

3-Kalau urgent, maklumkan kepada orang yang berada di hadapan kita bahawa kita perlu memotong barisan. Insya-Allah, orang akan faham. Muthiah ada satu pengalaman. Muthiah ‘urgent’ hendak masuk tandas… kemudian, Muthiah minta izin dengan orang yang beratur di hadapan Muthiah. Kebetulan, dia juga ‘urgent’. Tiba-tiba, seseorang (di tandas bersebelahan) telah mengizinkan Muthiah masuk dahulu.

4-Bagi orang yang diuji (sudahlah beratur berjam-jam, kena potong pula)… kalau boleh tegur, tegurlah. Macam sewaktu Muthiah bekerja di Kuala Lumpur. Kami, sudahlah beratur panjang sejak jam 6.30 pagi (bas biasanya bertolak jam 7.00 pagi- di stesen LRT Bangsar). Tiba-tiba, datang seorang gadis yang nampak ayu dan seksi memotong barisan. Malang buat gadis tersebut, yang menegurnya bukanlah dari kalangan makcik-makcik atau gadis atau pakcik tua tetapi… JEJAKA… tidakkah memalukan? Terus dia ambil teksi…

5-Bagi yang mempunyai adik, anak buah, anak…. Didiklah mereka untuk berdisiplin. Tunjukkan teladan yang baik. Kalau bukan kita yang MENTARBIYAH mereka yang berada dekat dengan diri kita, siapa lagi???

6-Bersabarlah.... “Bersabarlah dan bertawakallah dalam kehidupan ini… Sesuatu, yang terjadi itu, tentu ada hikmahnya…” – Sabar; Warisan.

Muthiah : Karektor orang sudah memeningkan kepala... karektor kita??? Dush dush... :)
Labels: | edit post
0 Responses