Panggil aku 'Mek'
Wednesday, July 11, 2012
Assalammualaikum. Moga kita semua diredhai ALLAH sentiasa, insya-ALLAH... amin.
Tanpa redha-NYA... nauzubillah, entah macam mana langkah hidup kita. Pasti serba-serbi tidak kena. Malang sekali sekiranya kita pun tidak menyedari kejauhan yang menerpa.Kita bahagia dengan kemaksiatan. Kita senang dengan kemungkaran tanpa berasa apa-apa. Ah! Kita sebenarnya telah tersilap memilih kebahagiaan.
Hari ini sebelum masuk pejabat, Muthiah ingin berkongsi satu cerita. Jeng jeng jeng...
Baru-baru ini, Muthiah ke Kuala Lumpur (bersendirian) atas satu urusan penting. Jam 8.30 pagi, Muthiah menaiki ETS dari Ipoh sampai ke KL Sentral. Muthiah bertanya En. Suami, "Boleh tak nak pergi sana? Boleh tak nak pergi sini?" Iyalah. Bukan selalu boleh jalan-jalan macam ini. Zaman muda-muda dahulu, hampir seluruh pelusuk KL Muthiah jelajahi sampai diri terasa mahir dengan laluan bas RapidKL@Metro. Hahaha.
Jawab suami, "Tak payah. Naik LRT sahaja. Sampai tempat dituju, jangan singgah mana-mana. Naik teksi. Kalau nak jalan-jalan, dalam KL Sentral sahaja." Dalam hati...
Alhamdulillah, akhirnya kerja Muthiah pun beres. ALLAH permudah segala urusan. Mungkin kerana mendengar cakap tok laki. Kemudian, terlintas pula di benak Muthiah untuk ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Maka dalam ragu-ragu, Muthiah bertanya kepada En. Suami, "Boleh tak nak ke DBP. Blablabla..."
Suami balas, "Boleh tetapi..."
Oh, tetapinya tetapi ada ^__^
Kelazimannya setiap kali menjengah ke DBP, Muthiah pasti akan mencari ruang menziarahi kawan-kawan arwah mama. Dari satu tingkat, ke satu tingkat Muthiah jelajahi. Iyalah. Bukannya selalu turun KL :)
Hendak dijadikan cerita...
Sewaktu menziarah salah seorang teman mama, ada seorang staf DBP berkata, "Bila cakap anak Mek, baru nampak macam muka Mek."
Dahi Muthiah berkerut lagi. Mek? Siapakah Mek?
"Aunty, siapa Mek?" soal Muthiah pendek.
Teman arwah mama pun menjawab, "Mek adalah panggilan bagi arwah mama Liza."
Muthiah mengangguk-angguk. Oh, baru kutahu...
Selesai urusan di Kuala Lumpur, Muthiah terus balik ke Ipoh. Naik EST jam 5.35 petang. Alhamdulillah, sampai Ipoh pada pukul 8.00 malam.
Dalam perjalanan balik ke rumah, Muthiah memberitahu suami, "Kawan-kawan mama panggil mama Mek..." Kata-kata Muthiah terhenti di situ. "Apa kata kalau Abe panggil Muthiah Mek untuk meneruskan legasi mama," tambah Muthiah lagi bersahaja.
Suami tercengang. Mujur tidak pitam. Tetiba????
Al-Fatihah untuk arwah mama, Zaharah Ibrahim <3
Ada pengajaran atau tidak daripada penceritaan ini? Jom kita cari.
Tanpa redha-NYA... nauzubillah, entah macam mana langkah hidup kita. Pasti serba-serbi tidak kena. Malang sekali sekiranya kita pun tidak menyedari kejauhan yang menerpa.
Moga ALLAH pelihara dan melindungi, insya-ALLAH... amin.
Hari ini sebelum masuk pejabat, Muthiah ingin berkongsi satu cerita. Jeng jeng jeng...
Baru-baru ini, Muthiah ke Kuala Lumpur (bersendirian) atas satu urusan penting. Jam 8.30 pagi, Muthiah menaiki ETS dari Ipoh sampai ke KL Sentral. Muthiah bertanya En. Suami, "Boleh tak nak pergi sana? Boleh tak nak pergi sini?" Iyalah. Bukan selalu boleh jalan-jalan macam ini. Zaman muda-muda dahulu, hampir seluruh pelusuk KL Muthiah jelajahi sampai diri terasa mahir dengan laluan bas RapidKL@Metro. Hahaha.
Jawab suami, "Tak payah. Naik LRT sahaja. Sampai tempat dituju, jangan singgah mana-mana. Naik teksi. Kalau nak jalan-jalan, dalam KL Sentral sahaja." Dalam hati...
Alhamdulillah, akhirnya kerja Muthiah pun beres. ALLAH permudah segala urusan. Mungkin kerana mendengar cakap tok laki. Kemudian, terlintas pula di benak Muthiah untuk ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Maka dalam ragu-ragu, Muthiah bertanya kepada En. Suami, "Boleh tak nak ke DBP. Blablabla..."
Suami balas, "Boleh tetapi..."
Oh, tetapinya tetapi ada ^__^
Kelazimannya setiap kali menjengah ke DBP, Muthiah pasti akan mencari ruang menziarahi kawan-kawan arwah mama. Dari satu tingkat, ke satu tingkat Muthiah jelajahi. Iyalah. Bukannya selalu turun KL :)
Hendak dijadikan cerita...
Sewaktu menziarah salah seorang teman mama, ada seorang staf DBP berkata, "Bila cakap anak Mek, baru nampak macam muka Mek."
Dahi Muthiah berkerut lagi. Mek? Siapakah Mek?
"Aunty, siapa Mek?" soal Muthiah pendek.
Teman arwah mama pun menjawab, "Mek adalah panggilan bagi arwah mama Liza."
Muthiah mengangguk-angguk. Oh, baru kutahu...
Selesai urusan di Kuala Lumpur, Muthiah terus balik ke Ipoh. Naik EST jam 5.35 petang. Alhamdulillah, sampai Ipoh pada pukul 8.00 malam.
Dalam perjalanan balik ke rumah, Muthiah memberitahu suami, "Kawan-kawan mama panggil mama Mek..." Kata-kata Muthiah terhenti di situ. "Apa kata kalau Abe panggil Muthiah Mek untuk meneruskan legasi mama," tambah Muthiah lagi bersahaja.
Suami tercengang. Mujur tidak pitam. Tetiba????
Al-Fatihah untuk arwah mama, Zaharah Ibrahim <3
Ada pengajaran atau tidak daripada penceritaan ini? Jom kita cari.
- Bagi yang telah kematian ibu atau ayah, teruslah bersilaturahmi dengan sahabat-sahabat mereka.
- Doakan ibu ayah kita senantiasa.
- Bersantunlah dengan kawan-kawan ibu ayah kita.
- Hargai ibu ayah kita selagi mereka masih ada.
- Seorang isteri wajib taati suami selagimana arahannya tidak melanggar syarak.
Okey. Lewat sudah memulakan kerja. Moga mendapat manfaat daripadanya.