Berbuat baiklah
Tuesday, July 17, 2012
Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah, baik-baik sahaja. Bengkel di Grup Buku Karangkraf bersama Buku Prima berlangsung sudah. Sekarang, masih bercuti. Lalalala...
Hmm... hendak coret apa, ya?
Sabtu lepas, Muthiah dan suami ke rumah pak cik Muthiah yang terletak di Presint 5, Putrajaya. Kami sampai di rumahnya dalam lingkungan jam 10.00 malam.
Huh! Barang yang dibawa... penuh. Beg baju satu. Beg itu dua. Beg ini tiga. Bantal pun ada. Suami cakap, "Ni nak pergi KL ke, pergi umrah?" Amin... amin. Moga satu hari nanti dapatlah Muthiah menjejakkan kaki ke Mekah. Berhajat sangat.
Okey. Berbalik kepada cerita yang ingin Muthiah kongsikan...
Barang kami (sebenarnya, barang Muthiah) memang banyak. Sebaik sahaja hendak sampai ke lif, Muthiah nampak seorang lelaki berseluar pendek masuk ke dalam lif. Muthiah terus berjalan laju ke arah lif berkenaan. Lenguh hendak menunggu lif yang keseterusnya. Alhamdulillah, lelaki tersebut menunggu kami suami isteri.
Sebaik sahaja Muthiah dan suami masuk ke dalam lif, lelaki tersebut bertanya, "Tingkat berapa?"
Suami pun menjawab, "Empat." Beliau pun menekan butang tingkat empat buat kami.
Sungguh... sekiranya hanya kami berdua, payah juga hendak menekan butang dengan barang yang banyak bangat.
Muthiah doakan agar lelaki tersebut dirahmati ALLAH selalu... berbahagia di dunia dan akhirat.
....
Pengajaran yang boleh diambil:

- Apabila ALLAH hendak mempermudah urusan, DIA akan kirimkan sesiapa sahaja yang DIA kehendaki untuk membantu kita.
- Buat baiklah sentiasa. Sekiranya tidak ada orang yang hendak melakukan kebaikan pada kita, yakinlah ALLAH ada memberi kebaikan.