Kenapa harus begini?

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah....


Cakap pasal kerja... buat masa ini, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Jemari masih dapat menekan papan kekunci komputer dengan lancar meski tidaklah selaju mana. Minda pun tidak dapat fokus sebaiknya. Banyak perkara menerjah fikiran.  Itu  ini, begitu begini. Dia dan dia... mereka jua mereka. NAMUN! Walaupun idea tidak datang mencurah, kerja dapat disiapkan juga. Alhamdulillah, segalanya dengan izin ALLAH, bukan?


Cakap pasal hati... it's not good. Entah. Susah hendak diungkap dengan kata-kata. Boleh jadi jiwa tidak cukup dekat dengan PENCIPTA. Istighfar terasa kosong. Zikir pun tidak berasa apa-apa. Mungkin jasad tidak berapa bersih. Banyak kemungkinan yang Muthiah fikirkan sendiri. Cuba untuk kembali tetapi tidak ketemu jalan... jawapan yang dicari pun jauh sekali. Entah di mana silapnya. Kesimpulannya, usah berputus asa dalam mengharapkan keampunan-NYA.


Pernah lalui kondisi sebegini? 
Kerja diberesi -> Alhamdulillah -> ALLAH izin -> suka hati.


NAMUN...


Hati 'sakit' -> Tenang? -> Gembira? (sebab kerja  sudah siap. Yeay!) -> hati di dalam?


Kita mahu...


Kerja beres hati tenang...

NAMUN YANG JADI...

Kerja beres, hati tidak tenang...


Salah siapa?


Perihal salah siapa bukanlah persoalan. Kita manusia, tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Apabila kita dekat dengan ALLAH, bertambahlah iman. Namun apabila kita terlupa...


Lupa yang sedikit, bertambah pula secara beransur-ansur.
Jiwa dan jasad pula dibiarkan mengikut rasa hati itu.
ALLAH dibiarkan tanpa mahu kita dekati.
ALLAH perlukan kita, atau kita SEBENARNYA yang membutuhkan DIA?
Akhirnya, memakan diri sendiri.


Yuk..


Kita kembali. Kita sama-sama berusaha menyucikan hati. Berkata, 'Yuk, menyucikan hati,' tidaklah semudah melaksanakannya. Banyak dugaan. Banyak cabaran. Banyak halangan. Syaitan tidak akan melepaskan peluang memainkan peranan. Ditambah dengan nafsu yang lebih mendorong kepada kejahatan. Namun, apa lagi yang boleh kita lakukan kecuali berusaha... dan terus gigih mendekati. 


Moga ALLAH memilih...


Menjadi hamba-NYA yang dekat dengan-NYA. Percayalah... kita tidak akan bahagia tanpa DIA. Senyum kita adalah dusta semata-mata. Kita bahagia dengan dosa? Hakikatnya jiwa kita sedang melara. Percayalah, wahai hati.


Okey. Cukup untuk hari ini. Terlewat mengemaskini blog sebab hendak menyelesaikan kerja tadi. Jom kita saling mendoakan...


SAYANG SEMUA KERANA ALLAH, insya-ALLAH.
Labels: | edit post
0 Responses