Entah mengapa
Friday, July 06, 2012
Assalammualaikum. Pejam celik, pejam celik... hari Jumaat menjelma. Pasti ramai yang tersenyum suka. Esok cuti, yeay!
Bagi yang cutinya pada hari Jumaat dan Sabtu, hari ini sudah boleh merehatkan diri di rumah.
Bagi suami isteri yang duduk berjauhan, yahu... boleh ketemu malam nanti. Bertabahlah, ya. Syurga ALLAH menanti mereka yang reda dan sabar. <- Cakap senang, dia dulu pun PJJ tiga bulan sahaja. Kemudian, jadi surirumah!

Okey. Jom layan...
Entah kenapa
hati ini tidak keruan
adakah dek kerana dosa menggunung
atau bintik hitam yang menyelubungi jiwa.
Entah kenapa
hati terasa jauh dari TUHAN
adakah dek kerana berterusan membuat noda
sampai terkatup sudah ketenangan.
Entah kenapa, entah kenapa
di manakah solusinya
apakah tindakannya
sampai kini tidak ketemu jalan
Kembalilah, kembali
pada TUHAN yang Maha ESA
mengharap keampunan dari sudut hati
moga diterima taubat mensuci diri.
Hati, ingatlah hati
hindari larangan, patuhi perintah
melangkahlah di jalanan dengan penuh hati-hati
moga tidak berulang menerpa murka ILAHI.
Pesanan buat diri yang sentiasa lupa.
Yuk... kita perbanyakkan berfikir tentang kesalahan diri sendiri. Menghisab jasad dan jiwa di hadapan ILAHI. Moga dengan itu menjadikan diri ini lebih akrab dengan DIA. Persetankan sesiapa yang tidak disenangi. Biar jiwa tegar dari gurisan dan kelukaan. Sebab kita tahu... hidup ini tidak sendiri. Kita punya ALLAH yang Maha Kuasa, lagi Maha Teliti Penghitungan-NYA.