Gastrik tidak halang puasa
Tuesday, July 24, 2012
Assalammualaikum. Moga hari kita dimulai dengan ...
ketenangan... ingat ALLAH, hati kan tenang, insya-ALLAH.
senyuman... senyum itu sedekah, bisa memberi kesenangan pada mata yang memandang.
lapang dada... serah segalanya pada penghitungan TUHAN yang Maha Teliti.
Baik. Hari ini Muthiah ingin berkongsi satu artikel yang Muthiah petik dari page Kementerian Kesihatan Malaysia. Alhamdulillah, Muthiah sudah sumari agar mudah dibaca. Moga kan memberi manfaat buat semua, insya-ALLAH :)
Apa itu gastrik (gastritis)?
Sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.
Tanda-tanda gastrik :
Fakta gastrik pada bulan Ramadhan :
Selamat berpuasa. Jom kejar redha ALLAH :)
ketenangan... ingat ALLAH, hati kan tenang, insya-ALLAH.
senyuman... senyum itu sedekah, bisa memberi kesenangan pada mata yang memandang.
lapang dada... serah segalanya pada penghitungan TUHAN yang Maha Teliti.
Baik. Hari ini Muthiah ingin berkongsi satu artikel yang Muthiah petik dari page Kementerian Kesihatan Malaysia. Alhamdulillah, Muthiah sudah sumari agar mudah dibaca. Moga kan memberi manfaat buat semua, insya-ALLAH :)
Gastrik tidak halang puasa
Apa itu gastrik (gastritis)?
Sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.
Tanda-tanda gastrik :
- Sakit perut pada bahagian atas abdomen atau ulu hati,
- perut senak,
- berangin atau pedih,
- kembung,
- sendawa,
- loya,
- hilang selera makan,
- turun berat badan.
- Sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH1 hingga 2 yang mencerna makanan.
- Asid yang kuat boleh menghakis besi dan sel perut yang menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi.
Fakta sakit perut :
- Apabila lapar - menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut.
- Selepas makan - menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah.
- Salah anggapan - gastrik kerap berlaku semasa bulan Ramadan kerana tidak makan dan tahap asid dalam badan meningkat.
- Sebenarnya - semasa berpuasa, seluruh sistem penghadaman berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut menurun dan masalah sakit atau senak akibat asid perut yang tinggi tidak timbul.
Pakar Gastroenterologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari;
- Sakit perut semasa berpuasa bukan disebabkan gastrik tetapi tabiat pemakanan semasa berbuka.
- Semasa berbuka - mulakan dengan makanan ringan seperti kurma, sedikit kuih atau buah-buahan, tunaikan solat Maghrib dan selepas itu barulah ambil makanan lebih berat. (Makanan kompleks seperti berempah, lemak dan pedas menjejaskan kelancaran sistem pencernaan menyebabkan sakit perut)
- Semasa bersahur - ambil makanan seperti roti, susu, kurma atau oat. (Perut belum bersedia menerima makanan)
Kelebihan kurma dan makanan kering :
- Dapat merangsang asid untuk menerima lebih banyak makanan.
- Kurma kaya dengan garam galian seperti potasium, selain lambat membebaskan tenaga.
Tentang gastrik :
- Sebanyak 80 peratus penderita gastrik disebabkan oleh bakteria di dalam perut (Helicobacter pylori@H.pylori). Selebihnya disebabkan oleh makanan, ubatan seperti ubat tahan sakit dan stres.
- Gastrik bukan disebabkan oleh tidak mengambil makanan tetapi mengambil makanan yang tidak teratur dan seimbang.
- Mereka yang mempunyai simptom gastrik disyorkan menjalani ujian darah, ujian pernafasan dan endoskopi bagi mendapatkan sampel bakteria di dalam perut. (Gastrik yang disebabkan oleh bakteria - diubati dengan mengambil ubat antibiotik)
Tips puasa bagi penghidap gastrik :
- Melambatkan bersahur,
- menyegerakan berbuka,
- makan secara sederhana.
Nota : Untuk artikel penuh, sila rujuk web seperti dinyatakan di atas.