Di sebalik Air Mata Siti Hajar ...

Assalammualaikum. Moga kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH selalu, insya-ALLAH.

Ayuh... Terus kepada sambungan semalam. Hmmm... Macam mana Muthiah hendak mulakan, ya?


Setelah menghantar manuskrip Air Mata Siti Hajar (asalnya bertajuk Kembali Bercinta) kepada kepada Alaf21, Lis (editor untuk novel NUR) telah menghubungi Muthiah. Huh! Apabila panggilan itu datangnya daripada Lis... dup dap dup dap... Jantung pastinya berdegup kencang.

  • Adakah manuskrip ini akan ditolak?
  • Adakah terlalu banyak kesalahan yang Muthiah buat?
  • Adakah, apakah? Segalanya mungkin... Oh, tidak!
Peringatan : Sewajarnya, positiflah dahulu. Katakan pada diri -> Yeah, manuskripku diterima ^^

Alhamdulillah. Lis memaklumkan yang manuskrip Muthiah diterima untuk diterbitkan. Namun sebelum itu, Muthiah perlu mengubah hujung cerita. Ubah? Ubah hujung, awalnya pasti terkena impak sama.

Ehe. Muthiah positif dan optimis. Jika penulis tersohor, Ramlee Awang Murshid boleh edit manuskripnya sampai beberapa kali, untuk berjaya... Muthiah yang masih baru ni... sewajarnya tidak cepat melatah :) Buat dan cuba memperbaiki apa-apa yang patut.

Persoalan : Ubah yang macam mana???

Sebenarnya, kisah Air Mata Siti Hajar adalah berdasarkan cerpen Muthiah yang bertajuk Kembali Bercinta. Jika merujuk kepada cerpen...

Pada akhir cerita... Siti Hajar menerima keputusan Ibrahim untuk bernikah satu lagi. Siti Hajar tidak mampu untuk menidakkan cinta Ibrahim kepada Siti Sarah, kekasih lamanya. Di sebalik khabar pilu itu, muncul 'sesuatu' yang lebih bermakna. Ya. Bermula dari situlah hubungan Hajar dengan PENCIPTA menjadi semakin akrab. Lebih rapat daripada dahulu. Kepada DIA Hajar meluahkan segalanya. Kepada DIA juga Siti Hajar merintih dan merayu. Rasa duka di hati, hanya ALLAH yang tahu. Cintakan manusia, hatinya bisa berubah hati. Cintakan ALLAH, insya-ALLAH akan berbahagia selamanya, di dunia dan akhirat.

Namun... dalam novel Air Mata Siti Hajar... klimaksnya berbeda.Penutupnya lain benar. Moga-moga, yang sedikit ini akan memberi iktibar kepada semua.

Perkara pokok/ persoalan utama yang ingin Muthiah sampaikan dalam cerita ini ialah...

Kerana apa kita lakukan sesuatu?

Awalnya, Siti Hajar mampu bertahan. Meski dibenci adik ipar sendiri... dituduh sang suami... hidup berendam air mata... Hajar tetap tabah. Dia cintakan Ibrahim dan dia sanggup menempuh segala cabaran. Lebih utama, dia mendambakan redha sang suami sementelah dengan redha lelaki itulah dia berdaya mengecap redha ALLAH. Dan... melalui redha ALLAH, insya-ALLAH... lorongnya untuk ke syurga ILAH akan dipermudahkan. Akan tetapi, kehadiran Siti Sarah telah mengubah segalanya...

Jeng jeng jeng...

^___^ Panjang sudah. Jom sambung esok. Sumber inspirasiku...

Muthiah : Yang baik, jadikan teladan. Yang tidakn elok, jadikanlah sempadan. Cerita tetaplah cerita namun buatlah pilihan yang bisa mendekatkan diri kepada PENCIPTA.
2 Responses
  1. wah..dahsyatnya kak...dah terbit novel =) nanti boleh la order.hehe