Balik kampung...
Friday, August 26, 2011
Assalammualaikum. Hello, makan apa sahur tadi?
Baiklah. Oleh sebab masa mencemburui Muthiah... Muthiah terus kepada perkongsian entri untuk hari ini. Hmm... hendak tulis apa? Oh, tidak!!!
Namun sebelum itu, dengan besar hati Muthiah khabarkan (Eleh! Bajet orang hendak tahulah tu...). Bukan... bukan begitu. Sekadar memberitahu teman-teman yang sudi menjengah ke sini.
Kita kan kawan ^_____^
Insya-ALLAH... Muthiah akan bertolak balik kampung hari ini.
Insya-ALLAH... Muthiah dan suami akan bercuti sampai 7hb September. Bermakna, jika tidak ada banyak benda yang perlu dibuat sekembalinya di Ipoh... Muthiah akan kembali online pada 8hb. Maklumlah. Di kampung, entahkan dapat online ... entahkan tidak.
Apapun... percayalah. Doa Muthiah buat rakan-rakan sentiasa dekat dengan diri Muthiah. Bak kata sang murabbi. "Adik, walaupun awak jauh. Doa akak sentiasa mengiringi hidup Adik." Sob sob <- Mode : Terharu.
Sebelum berperjalanan :
Jangan lupa service kenderaan terlebih dahulu.
Tayar pun.. tengok-tengoklah ya <- Muthiah tidak berapa pandai. Serah pada suami. Hisy! Berdikarilah sedikit.
Pastikan minyak diisi penuh! <- Ehe. Muthiah isi NGV :P
Memandu dengan penuh hemah. Ingatlah insan tersayang <- Jangan bimbang. Muthiah pandu 60km/jam sahaja. Tidak sampai setengah jam memandu. Suami ambil alih. Seronoknya!!!
Satu lagi Muthiah hendak tambah... jika tidak sayang diri sendiri (bagi yang mahu jadikan jalan raya sebagai trek perlumbaan), kasihanilah insan lain yang masih sayangkan diri mereka sendiri. Ingat! Ada yang sedang menanti kepulangan mereka.
Jika mampu berpuasa, berpuasalah. Jika tidak, anda punya rukhsah/ keringanan untuk berbuka.
OK. Selamat beramal. Jangan main mercun, ya :)
salam kak adik!
selamat pulang ke kampung:)
selamat menyambut hari raya kak..
maaf zahir batin ya
^^,
with love,
syairah
salam dik,
salam 27 Ramadan,- mudahan kita terpilih untuk menerima lailatul qadar. InsyaALLAH
Muthiah da balik kg ...cepatnya..cmgini takde peluang la nak singgah ipoh..tak aci laaa...lain kali yer..jumpa lagi
salam buat family dan raikan kemeriahan bersama dan terimalah ucap:
selamat hari raya
maaf dzahir batin
Terima kasih