Rendang ayam

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja. Dalam masa menjalani ibadah puasa, sedang bertungkus-lumus menyiapkan satu perkara. Doakan dipermudahkannya, ya ^___^

OK. Jom kongsi resipi. Lalalalalalitampon. Hmm... jika merujuk kepada Kamus Dewan, tampon membawa makna -----> ^^

Rendang suka sangat


Huh! Tidak ada nama lainkah? Sebenarnya, rendang adalah makanan kegemaran Muthiah. Oleh sebab blog ini pemiliknya bernama Siti Muthiah, maka...

Tanpa segan silu Muthiah membubuh nama ikut suka hati kepala otak sendiri.

Bahan-bahan

5 ketul ayam yang sudah dipotong kecil
2 biji ubi kentang yang dipotong 2 (untuk setiap sebiji)
4 helai daun kari
4 helai daun limau purut
1 kotak santan pekat (Di kedai harga RM2.20 sekotak)

Bahan dikisar

5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
1 batang serai (Jika tidak mahu kisar pun, tidak apa. Ketuk sahaja)
Sedikit kunyit hidup
Sedikit lada kering yang siap dikisar (Jika ada lada kering, masukkan 5 helai lada kering. Kes Muthiah... Sekali beli, kisar belaka <- Membuktikan yang diri tidak cukup rajin)
2 biji cili api
Anak beranak jintan yang dua + 1 = jintan putih, jintan manis dan satu lagi Muthiah tidak tahu hendak panggil apa.

Cara membuatnya

Masukkan semua bahan dikisar ke dalam kuali bersama dengan ayam.
Setelah menggelegak, masukkan pula santan bersama dengan ubi kentang. Kata orang, masukkan ubi setelah santan menggelegak tetapi... takut tidak sempat lembut pula.
Selepas itu, masukkan gula, garam, daun kari serta daun limau purut.
Akhirnya... siap ^^ Mudah, bukan?

Muthiah : Gaya Muthiah buat rendang lagi mudah. Masukkan semua bahan sekaligus dan tunggu menggelegak serta pekat kuahnya :)
Labels: | edit post
0 Responses