Gusar???
Wednesday, August 10, 2011
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah. Baik-baik sahaja ^^
:>
Setelah hampir dua minggu tidak melayari internet, Muthiah kini kembali. Huhu. Mula-mula, terkeliru dan lupa dengan password sendiri. Lupa maaaa... Alhamdulillah, akhirnya... BERJAYA!
Hmm... Sebelum itu, Muthiah ingin meminta maaf jika ayat-ayat Muthiah di sini macam budak yang tidak pernah menulis blog. Agak lama bercuti. Mahu memulakan kembali, rasa blurseketika.
Ayuh, ayuh, ayuh... Muthiah... 'Selamat kembali ke dunia penulisan....'
^____^
Alhamdulillah. Novel terbaru Muthiah sudah Muthiah promosi di facebook dan blog. Terima kasih atas ucapan daripada rakan-rakan. Muthiah sangat hargainya. Doa dan sokongan kalian adalah penguat semangat Muthiah untuk terus berkarya dan memperbaiki mutu penulisan.
Namun entah kenapa... malam semalam, Muthiah berasa sedikit gentar. Kenapa? Hmm...
Muthiah lantas menghampiri suami yang sedang duduk di atas sejadah (Entahkan sudah menyudahkan doa yang dibaca entahkan tidak. Muthiah ganggu sekejap T__T).
"Abe, Muthiah dah promosi di blog dan juga facebook," Muthiah memberitahu suami.
Suami segera mendongak. "Alhamdulillah," jawabnya pendek.
"Abe, Muthiah rasa gembira tetapi gusar juga," tambah Muthiah dengar tidak dengar.
Dahi suami berkerut (bahagian berkerut ini, Muthiah tambah untuk menyedapkan cerita ^^). "Kenapa pula?"
Muthiah mendengkus kecil. "Takut terlalai. Khuatir juga tidak bersedia menerima dengan sesuatu yang negatif. Iyalah. Positif kan lawannya negatif..."
Maklumlah, banyak ucapan tahniah yang Muthiah terima daripada rakan-rakan semua. Muthiah terharu, dalam masa yang sama... Muthiah gusar, takut terlupa.
Suami tersenyum kecil lalu bersuara, "Jadikan semua itu sebagai satu cabaran bagi diri untuk mempertingkatkan kebolehan diri. Apa yang penting, Muthiah cuba lakukan yang terbaik. Buat yang terbaik. Cuba memperbaiki apa-apa yang kurang. Blabla..."
Muthiah terdiam agak lama. Dalam hati... payahnya untuk diaplikasi. Kemudian, Muthiah mengangguk laju.
"Jika Muthiah terlalai dari tanggungjawab Muthiah sebagai isteri, Abe ingatkan juga ya..." Muthiah menyambung.
Suami mengangguk laju. "Jika Muthiah lupa, Abe kok kepala (ketuk kepala) Muthiah. Tidak pun, akan lahir novel baru terbitan Alaf21 yang bertajuk, 'Isteri kerja sampai lupakan suami.'..."
Pengajaran yang boleh diambil :
- Ingatlah, wahai diri. Hakikatnya, kita bukanlah siapa-siapa di atas muka bumi ini. Segalanya adalah hak serta milik ALLAH.
- Sentiasalah positif dalam kehidupan. Usah sekali-kali berputus asa dalam berusaha dan cubalah untuk meningkatkan potensi dalam dri.
- Isteri... Kerja.. kerja juga. Impian... impian namun jangan sampai kamu lupa pada tanggungjawab kamu. Huhu... Peringatan buat diri dan kita semua ^^
Muthiah : Moga Ramadhan ini adalah yang terbaik.