Hutang ~ Kawan... kawan juga tetapi...
Monday, August 22, 2011
Assalammualaikum.
Hello, apa khabar?
Sudah mula beriktikaf dan melakukan qiammullai di masjid?
Bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur... bolehlah ke Masjid As-Syakirin, KLCC untuk...
- Berbuka puasa beramai-ramai. Meriah tau ^^
- Menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah.
- Qiammullai untuk beribadah kepada ALLAH. Solat sunat tasbih pun ada dilakukan secara berjemaah :)
- Makanan untuk bersahur pun disediakan...
Jadi, ayuh... Usah lepaskan peluang ini ^____^
Go... go.... go...
Berbalik kepada perkongsian hari ini...
Satu hari, seorang teman telah mengadu kepada Muthiah. Ia telah dibebani dengan hutang yang banyak. Sampai... hendak makan pun tidak cukup. Setelah tolak itu dan ini, duit berbaki dalam tangannya hanyalah dalam RM60 (digunakan untuk tempoh sebulan). Adoi! Hendak makan macam mana? Gaji kasarnya yang berjumlah lebih RM5,000... habis dan hilang begitu sahaja.
Teman Muthiah menambah lagi. Dia telah membuat pinjaman sebanyak RM50,000 daripada pihak bank. Untuk apa? Teman karibnya membutuhkan bantuannya. Oleh sebab sang teman tidak layak untuk memohon pinjaman bank, dia telah meminta tolong teman Muthiah. Tidak ada perjanjian hitam putih. Semuanya dilakukan atas dasar kepercayaan dalam persahabatan. Dia juga telah berjanji untuk membayar lebih kepada teman Muthiah.
Namun, setelah 3 bulan... janji hanya tinggal janji. Jadi, tinggallah teman Muthiah ini terkapai-kapai sendiri.
Pengajaran yang boleh diambil :
- Elakkan berhutang pada sesuatu yang tidak perlu.
- Hmm... kawan... kawan juga. Namun, berwaspadalah sebelum hendak memberi hutang. Untuk apa dia berhutang? Adakah pada perkara yang benar-benar perlu atau sebaliknya? Jika sang teman sudah kita kenali kaki boros, adalah satu kesilapan besar jika kita tetap mahu memberi hutang kepadanya. Hutang di sini, bukanlah hutang yang bernilai seringgit dua tetapi... huhu... 'Lu pikirlah sendiri.'
- Tidak salah membantu kawan yang memerlukan. Dalam Islam, kita dituntut untuk menolong mereka yang berada di dalam kesusahan. Namun dalam kes seperti teman Muthiah ini, seboleh-bolehnya.... jangan sampai pula kita membuat hutang. Sampai berpuluh ribu ringgit. Bantulah semampu yang kita boleh. Jika sang teman sangat terdesak dan benar-benar memerlukan bantuan kita... kita pula berasa sungguh simpati dan seikhlas hati hendak membantu (atas nama kawan baik)... Boleh jadi, kita keluarkan semua simpanan yang kita ada di dalam bank. Huh! Muthiah ni... sakit jiwakah atau apa? Iyalah. Daripada kita tambah beban dengan hutang baru... lebih baik kita habiskan duit kita yang sedia ada. Sekurang-kurangnya, tidak perlu bayar duit bunga (riba).
- Kenalpasti... sebab apa sang teman itu mahu berhutang? Jika dia berhutang sebab hendak bayar duit kereta sport yang tidak mampu dibayar... fikirlah berkali-kali. Ada cara lain untuk melangsaikan hutang tersebut daripada meminta kita berhutang dengan bank, atas nama kita.
- Hisy! Sibuklah, Muthiah ni. Suka hatilah. Aku yang berhutang, bukan kamu. ^_____^ Jika begitu, redhalah dengan apa yang telah kita putuskan. Anggaplah yang bebanan itu bukan untuk orang lain, kawan karib kita juga. Usah berkeluh-kesah. Jika tersilap penghitungan dalam memberi hutang?
- Mintalah kembali duit kita sebaiknya. Namun sebelum itu, jangan lupa. Fikir semasaknya sebelum memberi hutang. Khuatir kita merungut... mengata... berlebih-lebih dalam segala hal pada kemudian hari. Dikhuatiri... teman yang dahulunya sungguh akrab bertukar menjadi musuh ketat kita pula!
- Satu lagi, cuba fikirkan cara lain untuk membantu sang rakan untuk melangsaikan hutangnya. Memberi hutang kepadanya adalah salah satu cara tetapi... tentu ada cara lain, bukan?
Huhuhu...
*** Perkongsian ini adalah berdasarkan kes kawan Muthiah. Ada sedikit perubahan fakta. Hmm... jika hendak diteliti, banyak soal jawab dan persoalan yang perlu dirungkai tetapi... sikit-sikit sahajalah, ya ...
Sahabat-sahabat, bagaimana pula? Pernah hadapi masalah yang sama??? ***
Ada hadis tentang memberi dan membayar hutang. Boleh carikan untuk Muthiah???
Muthiah : Marilah kita mendoakan agar teman Muthiah... diri kita sendiri dipelihara TUHAN daripada hutang. Hmm.. Ayuh baca Al-Mathurat ^^