Untung

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Sudah mula masuk bekerja. Suasana di tempat baru? Alhamdulillah. Baik-baik sahaja. Lagipun, dapat peti ais baru. Hik hik... Alah, orang lain pun ada peti ais juga. Tidak apa. Muthiah sekadar mahu berkongsi rasa bahagia ^____^ Jom sama-sama bahagia.

Ramadhan, oh Ramadhan.

Pada hari pertama Ramadhan, Muthiah dan suami membeli lauk di luar. :> Rezeki mak cik gerai Ramadhan. Gas memasak habis... tidak tahu pula hendak mencari gas di mana. Ditambah dengan peti ais masih tiada. Jadi, tidak ada lauk basah di rumah.


Di Pasar Ramadhan (PARAM)...

Mak ai, banyak sungguh pengunjung PARAM. Sah-sah, keuntungan berganda penjual-penjual di sini. Iyalah. Seketul ayam kecil RM2.50. Seekor ikan keli halus RM2.50. Hampir semua gerai yang Muthiah kunjungi, licin. Itu pun, Muthiah tidak meronda-ronda satu PARAM. Huhu... terasa kurang rajin untuk mencari kuih-muih dek tidak mahu bersesak dengan orang ramai.

Siap membeli, Muthiah memberitahu suami, "Huh. Tak sabar nak masak sendiri. Blablabla..." Ehe... Cukuplah perkongsian bebelan setakat ini. Ringkas..padat :)

"Berganda-ganda untung yang diperolehi. Muthiah baca dalam akhbar, berniaga sebulan, untung setahun," tambah Muthiah lagi.

Suami yang sedari tadi hanya mendiamkan diri kemudian bersuara, "Agaknya, ibadah yang dilakukan berganda-ganda, tak?"

Muthiah hanya terdiam... berfikir-fikir sendiri. Bukan berfikir tentang mak cik pak cik yang berniaga di PARAM namun ... Muthiah terfikir tentang diri Muthiah sendiri.

Sejauh mana Muthiah memanfaatkan peluang yang diberi ALLAH ini? Iyalah. Sehingga ke hari ini, Muthiah masih lagi diberi ruang oleh ALLAH untuk menghirup udara-NYA. Berpeluang pula untuk menjalani ibadah puasa bersama rakan-rakan yang lain. Dapat bersahur, berpuasa, menunaikan solat tarawih...

Hmm...

Apa yang boleh direnungkan di sini?

Persoalan : Sejauh mana kita memanfaatkan ruang yang diberikan ALLAH ini?

Maka, ayuhlah diri... ayuhlah sahabat-sahabat semua. Usah dipersiakan peluang ini. Manalah kita tahu. Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terakhir bagi diri kita?

Ayuh... Sambung buat kerja. Lakukanlah kerana ALLAH. Insya-ALLAH, dikira sebagai ibadah juga ^^

Muthiah : Ya ALLAH...
Labels: | edit post
0 Responses