Jika mahu menjadi penulis dengan Alaf21 (i)


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Sudah beli barang persiapan raya? Muthiah belum lagi. Insya-ALLAH coming soon. Tidak lorat eh ^^

Baiklah. Mulai hari ini, Muthiah ingin berkongsi beberapa tips menulis yang telah dikongsi oleh Ketua Editor Alaf 21, Puan Sa'adiah Mohamad.

Manuskrip-manuskrip terbaru daripada beberapa novelis juga menjadi santapan minda kami sepanjang Ramadan ini. Dua daripada mereka telah saya komen supaya diperbaiki. Kenyataannya di sini, walaupun novelis itu sudah ada dua novel atau lebih, namun keberangkalian manuskrip-manuskrip seterusnya disuruh baiki memang ada. Jadi, moralnya...

Setiap manuskrip baru yang sedang anda siapkan perlu lebih baik daripada yang sebelumnya. Sebuah lagi manuskrip iaitu manuskrip kedua daripada seorang novelis muda cukup menarik perhatian editor-editor. Tema dan jalan ceritanya cukup menarik. Susunan ayatnya juga kemas dan tidak banyak kesalahan tatabahasa. Saya masih ingat lagi, novelis ini menghantar manuskrip pertamanya pada penghujung 2009 tetapi diterbitkan pada awal 2011. Dia cukup sabar dan rajin mempromosi produknya. Dia juga terlibat dalam projek Jiwa Kacau. Kalau dia mengekalkan disiplin yang begini dan terus meningkatkan mutu penulisannya, saya percaya dia akan berjaya - Pn. Sa'adiah.

Info penting!

1- Boleh jadi kita sudah menghasilkan novel namun tidak bermakna manuskrip yang dihantar akan diterima editor. Maka, teruslah menulis karya yang baik serta bermutu.

2- Perkara yang menarik perhatian editor :

a) Tema dan jalan cerita cukup menarik.
b) Susunan ayat kemas.
c) Kurang masalah tatabahasa.

^______^

Jadi??? ___________ (sila isi tempat kosong ini).

Muthiah : Ayuh... menulis dan menulis.
4 Responses
  1. akak.. aima teringin sangat nak menuis tapi lack of idea..huhuhu


  2. MO,

    Insya-ALLAH, jika Aima betul-betul mahu, Aima akan dapat tetapi perlu berusaha dan tidak sekali-kali berputus asa.

    Untuk permulaan...

    1) Banyakkan membaca buku/ novel.

    2) Biasakan diri menulis dengan baik (jaga tatabahasa contohnya) di blog atau Facebook.

    3) Cuba tulis - Tulis sahaja dahulu. Sedap tidak sedap, lain cerita.

    4) Kalau boleh, sediakan buku kecil dan pen di tangan sentiasa. Setiap kali berberjalanan, catitlah pengalaman tu ^^

    5) Kemaskini blog sekerap mungkin. Iyalah. Menulis blog memerlukan kita berfikir, mempertajam minda. Jadi, ayuh :)

    Buat Aima...

    SELAMAT MAJU JAYA ^^


  3. Afni Says:

    Adik.....tumpang lalu....lama sungguh tidak menjengah ke kamar ini, huhuhu.....wah, suka2 ;) blog Adik sangat menarik, cantik, informatif, kaya dengan ilmu....sangat tertarik.....memang the bomb ;)

    (hm.....bolehkah saya????huhuhuhu....)


  4. Afni!!!

    Lama tidak dengar khabar berita. Sibuk, ya?

    Terima kasih sebab sudi menjengah di sini. Muah...

    Soalan :

    1) Bila balik raya?
    2) Bila agaknya kita boleh berjumpa?

    Ehe. Insya-ALLAH, Afni mahu. Afni mesti boleh! Caiyok ^^