Serba baru...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja, insya-ALLAH.

  • Bagaimana dengan ibadah pada bulan Ramadhan?
  • Sudah mula beriktikaf di masjid?
  • Ada yang telah khatam Al-Quran? Alhamdulillah. Tahniah Muthiah ucapkan ^^

Hari ini, terasa agak kurang rajin untuk menulis. Kenapa? Jam 9.00 nanti ada urusan di luar. Hmm... Kenapa, ya? Bulan Ramadhan ini, kita seolah-olah menjadi lemah (Bukan kita! Muthiah-lah :P). Rasa macam hendak berada di pembaringan. Menanti jam pada dinding rumah menunjukkan pukul 6.00 petang. Seterusnya, berjalan dengan lambat-lambat (macam Upin dan Ipin yang teragak-agak hendak membantu Kak Ros) ke dapur. Peti ais dibuka perlahan. Tidak semena-mena, mata terus membulat. Yeah. Berbuka puasa tidak lama lagi!!!

Muthiah teringat pesan seorang murabbi. Sewajarnya... bulan Ramadhan inilah kita menjadi semakin bersemangat dan kuat. Kenapa? Iyalah. Kelazimannya, waktu inilah kita lebih/ paling akrab dengan ALLAH (walhal, perlu akrab pada bila-bila masa). Tengok... perang Badar pun berlangsung pada bulan Ramadhan.

Jadi, Siti Muthiah...

Bangun... bangkit... bangun...

OK. Cukup bebelan itu. Muthiah masuk kepada entri sebenar untuk hari ini.

Tadaaaaaa.... ^__________________^



Muthiah ingin berkongsi pemandangan dalam pejabat baru Muthiah (mata berkedip mengada-ngada)...

Ayuh...

  • Kita bekerja/ belajar dengan penuh semangat.
  • Manfaatkan minggu-minggu akhir Ramadhan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.
  • Ceria dan senyum sokmo. Sabar... sabar. Kurangkan berkata-kata perkara yang sia-sia.
  • Beli makanan berbuka nanti, beringat-ingat juga. Khuatir terjerumus kepada pembaziran.
Muthiah : Kitalah yang membuat pilihan. Muthiah memilih untuk positif. Sahabat, bila lagi???

Labels: | edit post
2 Responses
  1. Assalamualaikum Puan....
    D_08 dan D.Shahril Hakime Azimi oghang yang same....
    awok baghu tau yang puan ni penulis.....maap la ye....awok tak gune Bahasa Melayu baku....
    awok selese menaip dan berckap gune loghat Perak...tapi tak bermaksud awok meminggirkan Bahasa Melayu Baku.... loghat tu pun salah satu cabang Bahasa Melayu juga kan???

    Teghuihkan menulis puan....


  2. Waalaikumussalam, Tuan D. Shahril Hakime Azimi.

    Terima kasih atas sokongan ^^

    Ehe. Tidak apa. Saya juga berbangga dengan kampung halaman saya (di Terengganu). Orang kata, kalau jumpa 'gu'... pekat mengalahkan Cikgu Stupa (lakonan Zizan).

    Namun, oleh sebab saya mahu mempraktis Bahasa Melayu Tinggi, saya cuba amalkan di blog dan muka buku.

    Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjengah blog saya yang tidak seberapa ini :)