^__________^

Assalammualaikum...

Muthiah tersenyum sedikit ^^

Alhamdulillah, hari ini genap usia perkahwinan Muthiah yang ke-x dengan En. Suami.

Senyum Muthiah semakin melebar ^______^


Terasa begitu pantas masa berlalu. Pejam celik pejam celik... usia kami bertambah. Usia perkahwinan pun meningkat. Jangan tidak tahu... masih banyak perkara yang perlu ditaaruf dengan En. Suami. Hmm.. Sukar, bukan mudah hendak kenal (sebenar-benar kenal) dengan pasangan kita.

Hahahaha... <- Senyum sambil menutup mulut. Sopan, bukan?

Justeru, meski sudah terasa lama bersama dengan si dia... sentiasalah bertaaruf dan bermuhasabah bersama.

Moga-moga, perkahwinan ini akan bahagia selamanya. Hukhuk... Batuk ada makna. Hendak makan ...

Bagi pasangan suami isteri ...

  • Ayuh, lakukan solat fardhu secara berjemaah bersama pasangan kita.
  • Ayuh, jadikan rumah tangga kita sentiasa segar dan baru :> Walau sudah berpuluh tahun menikah.
  • Ayuh, saling mempercayai dan usah pula mengkhianati kepercayaan itu. Huh!
  • Ayuh, makan sama-sama. Jangan kau makan pukul 1, aku makan pukul 2. Aku tidak laparlah.
  • Ayuh, ehe... buat kerja rumah sama-sama. Oh, tidak!!!
  • Ayuh dan ayuh...

Peringatan buat diri yang selalu lalai dan lupa ^^

Muthiah : Selamat hari ulang tahun perkahwinan, En. Suami ^^
Labels: | edit post
4 Responses
  1. Happy Anniversary utk Muthiah & suami..semoga berkekalan hendaknya. Amin!


  2. Siti Muthiah Says:

    Terima kasih, Kak :) Lama tak nampak Akak di Facebook. Moga dirahmati ALLAH selalu.


  3. tahniah kak..selamat ulangtahun perkahwinan