Udang campur

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja. Hidup sentiasa positif dan optimis. Ya. Dalam apa jua kondisi, katakan pada diri yang...

AKU POSITIF...

Meski hati menidakkannya ^^

Ehe. Terasa bagai hendak berkongsi resipi dengan rakan-rakan semua. Hmm... sebenarnya, Muthiah ada blog khas untuk perkongsian resipi tetapi.. semakin hari, semakin tidak aktif pula. Bukan apa, masa agak mencemburui serta tidak mengizinkan Muthiah untuk memberi komitmen di situ.

Jom...

Udang masak cinta


Kenapa, cinta?

Kerana... masaklah dengan ikhlas dan kasih sayang. Chewah. Aik. Bolehkah menilai keikhlasan hati sendiri? Entahlah. ALLAH lebih tahu namun, buatlah sebaiknya ^^

Bahan-bahan

15 ekor udang - dibersihkan. Tidak perlu buang kepala tetapi buanglah otaknya.
2 biji kentang - dihiris halus
4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 2 biji cili api dan sedikit halia - ditumbuk (hendak kisar pun boleh)
1 biji bawang kuning - dimayang
Cili kering yang telah dikisar
Kunyit debu/ kunyit hidup yang ditumbuk - Setelah bersihkan udang dan ubi kentang, campurkan dengan kunyit dan garam
Garam dan gula secukup rasa
Sos cili serta sos tomato (tidak letak pun tidak apa)

Cara membuatnya

  • Goreng udang dan ubi kentang yang telah digaul dengan kunyit.

  • Setelah masak, angkat udang dan ubi kentang. Letakkan ke tepi dahulu.

  • Selepas itu, tumis bahan ditumbuk dan bawang kuning sampai naik bau.

  • Kemudian, masukkan cili kering yang sudah dikisar, sos cili serta sos tomato. Masukkan sekali sedikit air. Dalam masa yang sama, masukkankanlah gula atau garam. Kalau Muthiah, Muthiah tidak letakkan garam sebab sos sudah boleh memasinkan.

  • Apabila sudah mendidih, masukkan udang dan ubi kentang yang siap digoreng tadi. Tunggu sampai kuah pekat.

  • Kemudian... siap. Jika hendak nampak cantik, tambahkan lada benggala yang siap dihiris ^^
Sekian, terima kasih :>

Muthiah : Hendak makan nasi kerabu...
Labels: | edit post
0 Responses