Kahwin itu tidak mudah...


“Ya. Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Bukanlah satu benda yang boleh dibuat main. Kalau boleh, kita hendak sehidup semati dengan pasangan pilihan kita sampai hujung nyawa. Bahkan, sampai ke syurga, insya-ALLAH.

Cabaran dalam sebuah perkahwinan itu tetap ada. Itu pasti. ‘Jangan kamu kata kamu beriman, selagimana kamu tidak diuji.’ Itu janji TUHAN. Oleh sebab kita hanyalah seorang hamba, hendak tidak hendak kita perlu kembali kepada PENCIPTA apabila berhadapan dengan dugaan dan cubaan. Kita tidak boleh lari daripada-NYA.

Dalam perkahwinan, kita akan belajar dan terus belajar. Kita belajar mengenali pasangan. Belajar menerima kelemahan. Dalam masa yang sama, kita berusaha untuk memperbaiki diri dan rumah tangga. Pokok pangkalnya, adalah diri kita sendiri. Adakah kita benar-benar mahu mewujudkan kebahagiaan dalam rumah tangga yang kita bina? Jika ya, belajarlah. Bersabarlah. Bertolak ansurlah,” ~ Zulkarnain.

2 Responses
  1. Peringatan yang baik kak...takut pula fikir =)


  2. Untuk diri sendiri juga yang telah melayari alam rumah tangga :)