Kahwin ~ Persoalan


Assalammualaikum. Ehe... Ikutkan hati, Muthiah ingin menyambung entri tentang Sayidina Umar Al-Khattab (ada satu episod sahaja lagi) tetapi... penyakit M tiba-tiba datang menjengah. M? MALAS-lah. Apa lagi? ;)

Jadi, hari ini Muthiah ingin menulis tentang pernikahan. Kahwin? Hmmm… sambungan entri terdahulu. Namun sebelum itu, izinkah Muthiah bertanya…

1- Bersediakah kita melangkah ke alam baru ~ alam rumah tangga?

2- Adakah kita betul-betul sudah mempersiapkan diri kita untuk menjadi seorang isteri/ suami ~ mental dan fizikal?

3- Tahukah kita tanggungjawab seorang isteri/ suami?

4- Bersediakah kita melalui saat susah dan senang bersama isteri/ suami yang telah kita nikahi?

5- Sudahkah kita minta maaf kepada manusia yang telah kita sakiti hatinya?


Aik… kenapa pula? Khuatir… dek sesuatu yang tidak beres (dengan manusia lainnya), hidup kita tidak aman. Kita tercari-cari apa sebabnya tetapi tidak ketemu. Alih-alih, baru kita teringat… Ada ‘hutang’ yang belum kita langsai.


6- Adakah kita yakin hak ibu dan ayah kita sudah kita penuhi?

Kita hendak membina mahligai bahagia tetapi sayang… kita mengabaikan kebahagiaan orang lain pula (yakni ibu dan ayah kita). ‘Mereka tidak bersetuju, terpaksalah melawan!!!’

Hmmm… Perbanyakkan berdoa.

Berusahalah untuk menambat hati mereka agar menerima pilihan kita.

Berkata-katalah dengan ungkapan yang menyenangkan hati mereka.

Insya-ALLAH, jika benar dia yang kita cinta itu telah ditetapkan TUHAN untuk kita, pasti tidak akan ke mana. Yang penting, tidak berputus asa mengharapkan nusrah ILAHI.

Ehe. Soalan cepu emas pun sudah berjela. Insya-ALLAH, esok Muthiah akan sambung tentang HIKMAH sebuah perkahwinan. Sabar, ya ;)

Kuliah hari ini : Kahwin cepat-cepat. Tidak cukup duit daaa....

Akhbar hari ini : Adakah gaji penjawat awam juga haram?

Muthiah : Ya, ALLAH. Pilihlah aku untuk menjadi isteri solehah yang hujung nyawaku di dalam redha sang suami.
Labels: | edit post
4 Responses
  1. Arfa Ardiya Says:

    Salam... post yg sgt menarik dn telah myedarkn diriku yg hampir alpa akn semua perkara di atas...


  2. Ayuh, Ardiya... berusahalah untuk menjadi lebih baik... bukan untuk orang lain tetapi untuk diri kita jua hendaknya. Salam mujahadah ;)


  3. ainhany Says:

    salam kak siti,

    bukan mudah melangkah ke alam baru rupanya....:(
    Mghargai kehadirannya adalah satu nikmat tetapi mmbuka lembaran kredit..berpada2lah dalam meniti alam baru..( katakan tidak pada hutang)


  4. salam ainhany,

    insya-ALLAH, setiap kesukaran pasti ada kemudahannya. Sebagaimana yang telah disebut di dalam al-quran (surah al-insyirah) ~ setiap kesukaran ada kemudahan. Apa yang penting, sebagai hamba yang sedia lemah, kita ...

    i) Tidak berhenti berusaha untuk menjadi lebih baik.

    ii) Tidak putus berdoa kepada ALLAH agar ditunjukkan jalan yang terbaik... diberi kekuatan dalam mengharungi kehidupan ini.

    iii) Sentiasa mengislah diri. Tidak ada seorang manusia pun yang sempurna. Jadi, banyakkan menghisab diri agar kita bisa bangkit daripada lena yang boleh jadi panjang.

    :)