Lajunya bas... Huhu...


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Mengantuk tetapi cuba menggagahkan diri untuk tidak tidur. Huhu... sayang sih tidur pada siang hari.

Hmmm... baru-baru ini, Muthiah telah menemani suami ke Baling, Kedah. Ehe... Suami menyertai perlawanan futsal di sana. Namun, bukan perihal futsal yang ingin Muthiah bicarakan. Cerita lain...

Dalam perjalanan pulang dari Baling ke Taiping, Muthiah telah menggantikan tempat suami selaku driver terhormat. Iyalah. Suami sudah sepagi bermain futsal. Mesti letih. Muthiah pun menawarkan diri untuk memandu.

Dalam perjalanan, Muthiah telah bertembung dengan dua buah bas yang dipandu laju. Satu adalah BAS EKSPRES SP BUMI (datang dari arah Gerik ke Kedah) dan satu lagu BAS KOLEJ KOMUNITI (tidak pasti kolej komuniti mana tetapi, warnanya... biru). Huhu...

Mengucap panjang juga Muthiah. Bas ekspres SP BUMI, mak ai. Selekoh pun laju sampai masuk ke lorong Muthiah. Mujur Muthiah tidak laju mana (memang tidak laju pun). Sempatlah memandu ke tepi jalan. Bas kolej komuniti pula. Had laju 70 km/jam. Lajunya macam hendak kejar sesuatu. Jadi... melihatkan pemandu-pemandu bas ini, tidak hairanlah jika banyak kes kemalangan melibatkan bas ekspres. Yang Menjadi mangsa, mereka yang tidak bersalah.

SEREMBAN, 10 Okt. 2010 – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

KOTA KINABALU, 19 Mei 2010 - Polis hari ini mengambil keterangan pemandu bas ekspres dan kenderaan pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan sehingga mencederakan tiga penumpang di Kilometer 19.5, Jalan Ranau-Tamparuli semalam.

KAMPAR 7 Okt. 2009 — Seorang pemandu bas ekspres maut, lapan penumpang cedera termasuk seorang parah apabila bas berkenaan merempuh belakang sebuah treler membawa muatan besi di Kilometer 305, Lebuhraya Utara-Selatan, awal hari ini.

PASIR PUTEH, 6 Sept. 2009 — Tiga maut manakala tujuh sekeluarga cedera termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 50, Jalan Kota Baharu-Kuala Terengganu di sini malam tadi.

RAWANG, 13 April 2009 - "Saya nampak bas itu dipandu laju dan terhuyung- hayang, malah saya beberapa kali memberi amaran dengan menyalakan isyarat lampu.

KUALA LUMPUR, 5 Julai 2009 - Empat termasuk dua penumpang bas persiaran cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 28.9 Lebuh Raya Karak menghala ibu negara dekat sini malam ini.

SLIM RIVER, 11 Jun 2008 – Seorang penumpang terbunuh manakala 22 yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 383.9 Lebuhraya Utara-Selatan di sini hari ini.

MUAR, 18 Ogos 2007 - Kejadian nahas bas ekspres paling buruk dalam sejarah negara Isnin lalu hampir berulang awal pagi ini apabila 23 penumpang nyaris maut selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas dan terbalik ke dalam gaung sedalam tiga meter di Kilometer 171.9, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Tangkak di sini.

TAIPING, 17 Ogos 2007 – Setelah lima hari bertarung nyawa, akhirnya kanak-kanak berusia tiga tahun, Abdul Karim H. Abu Bakar yang terlibat dalam kemalangan bas ekspres di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bukit Gantang di sini, Isnin lalu, meninggal dunia hari ini.

IPOH, 15 Ogos 2004 - Empat maut, enam parah manakala 19 lagi turut cedera apabila bas ekspres yang dinaiki terbabas sebelum terbalik ke dalam longkang di laluan cerun di Kilometer 256.9 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, hari ini.

Hmmm...

Akhbar hari ini : Pakai skirt di Itali - Denda RM2,000. Di Malaysia??? Hmmm....

Muthiah : Berserah pada ALLAH tetapi usaha dahulu..
2 Responses
  1. ainhany Says:

    Salam dik Muthiah,

    Syukurla selamat sampai destinasi jua. Sabar dan doa bnyak2laa..inilah reality bila kita org kebyakan berada di hgway tu...kata bas2 tu..salah kita....depa lebih pakar tentang lentuk jlnraya tu..

    Masalah tak kan belaku jika sikap dan tatacara pemanduan berhemah diamalkan.Namun sejauhmana kempen mmpengaruhi???? fikir2.:)


  2. Alhamdulillah ;) Ehe... Muthiah pun, baru adukan hal ini di FB offical SP BUMI. Iyalah. Kalau cakap sahaja, takut tidak ke mana. Moga-moga kan diambil tindakan selanjutnya.

    Moga-moga, ALLAH melindungi kita semua...

    Amin..

    Jazakillah, kak ...