Hikmah kahwin - Memperbanyak keturunan


-sambungan semalam-

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Ayuh... kita teruskan kepada HIKMAH PERKAHWINAN yang seterusnya ~

2- Memperbanyak keturunan dengan maksud mendekatkan diri kepada ALLAH serta mengharapkan redha-NYA.

Fitrah semua pasangan suami isteri. Pasti mahukan cahaya mata sebagai penyeri hidup. Setidak-tidaknya, bisa mengeratkan lagi hubungan yang sedia erat. Namun, dalam masa yang sama tetap perlu berwaspada. Kenapa?

Jangan sampai anak itu membuatkan sang ibu ayah semakin lalai dan jauh daripada ALLAH. Bukankah ALLAH ada berfirman dalam surah at-Taubah ayat 24 yang bermaksud, "Katakanlah, 'Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada ALLAH dan Rasul-NYA; dan daripada berjihad di jalan-NYA; maka tunggulah sampai ALLAH mendatangkan keputusan-NYA.' Dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."

Kalau masih belum memiliki lagi? Bersabarlah. Teruskan berusaha dan berdoa. ALLAH lebih tahu mana-mana yang terbaik untuk diri kita, hamba-NYA yang terbatas akal dan pemikirannya.

Menurut Imam Al-Ghazali, hikmah di sebalik pernikahan (dari aspek keturunan):

i) Memperbanyak keturunan - Sekiranya keturunan yang terhasil ini adalah keturunan yang bertakwa kepada ALLAH, nescaya hidup akan aman dan bahagia. Mereka akan sentiasa redha dengan segala ketetapan TUHAN-nya tanpa sekali-kali berputus asa dalam ujian yang datang. Usaha yang gigih juga tidak diketepikan. Di samping itu, ALLAH juga sentiasa diletakkan di hadapan sebelum hendak melakukan sesuatu perkara/ keputusan. Khuatir bisa mengundang murka-NYA.

ii) Memperbanyak ummat - Ummat ini jugalah yang akan menyebarluas dakwah di atas muka bumi. Berbalik kepada keturunan yang dibentuk. Adakah mengikut acuan yang telah digariskan oleh ISLAM? Bilamana suruhan ALLAH dituruti, insya-ALLAH... manusia ini akan tahu AMANAH dan TANGGUNGJAWABNYA di atas muka bumi ini.

iii) Doa anak-anak, amatlah didambakan sang ibu ayah. Ya. Apabila mati seorang anak Adam, dia akan meninggalkan segalanya di atas muka bumi ini melainkan 3 perkara yakni; ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah serta ANAK YANG SOLEH. Anak yang bisa mendoakan kesejahteraannya. Mendoakan mereka agar dijauhkan diri daripada azab api neraka.

iv) Mengharapkan syafaat Nabi SAW - tikamana sang anak yang dilahirkan meninggal dunia.

Jadi, apa tunggu lagi???

Banyakkan berdoa kepada ALLAH agar dikurniakan seorang lelaki/ wanita yang bisa membimbing diri mendekatkan diri kepada ALLAH. ALALH lebih tahu sebenarnya...

Kuliah hari ini : Pakai kebaya? Boleh atau tidak...?

Akhbar hari ini : Pelajar UKM bakal dikenakan...

Muthiah : Sayang dia dan mereka kerana ALLAH ;)
Labels: | edit post
6 Responses
  1. salam perkenalan,
    sgt menarik info ni... feel free to visit my blog & do follow ya! TQ


  2. ;) salam perkenalan... insya-ALLAsH... sama-samalah kita bertukar-tukar informasi ...


  3. CT Says:

    good information...jom masuk blog kitak....


  4. ainhany Says:

    salam SM,

    Subhanallah hikmahnya perkahwinan bagi org yang tahu mnghargainya.
    Melaksanakan amanah adalah satu tuntutan.

    selamat melaksanakan tgungjwb dan hargailah kehadiran org yg bergelar isteri, suami dan anak...:)


  5. kak ct ~ sudah masuk... jom bertukar-tukar informasi ;)


  6. salam ainhany ~ moga-moga kita kan dipilih TUHAN untuk menjadi salah seorang isteri solehah yang bisa menjadi bidadari di syurga nanti..