Lari...
Saturday, October 02, 2010
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah.
Hmmm... lama sudah tidak berbicara tentang isu semasa di siti-muthiah.blogspot. Ayuh...
Titipan buat sang anak,
Selamilah hati ibu dan ayahmu.
Marah mereka, bukan bermakna mereka benci.
Mereka sayang sebenarnya.
Sayang terhadap dirimu yang telah dibesarkan sejak sekian lama.
Jom selusuri...
KOTA BHARU 28 Jan. - Seorang ibu, Masitah Ibrahim, 50, hari ini merayu kepada pelbagai pihak agar membantu mencari anak perempuannya yang dilaporkan hilang, enam bulan lalu.
KUALA LUMPUR, 7 Feb. - Tiada apa yang diinginkan oleh ibu bapa Noor Fazilinah Mohamad Ali, 15, ketika ini selain merayu anak gadis mereka itu kembali ke pangkuan keluarga dengan segera.
KUALA LUMPUR, 23 Feb. - Seorang ibu merayu anak gadisnya berusia 17 tahun yang melarikan diri sejak sebulan lalu bersama pemuda menyamar sebagai anak seorang pengarah filem terkenal, supaya pulang ke pangkuan keluarga segera.
KUALA TERENGGANU, 14 April - Ibu kepada seorang gadis yang cedera terkena tembakan dalam sekatan jalan raya oleh polis di Setiu, kelmarin, sedih dengan tindakan anaknya yang sanggup meninggalkan rumah kerana mengikut teman lelaki.
KULIM, 17 April - Akibat perselisihan faham dua beranak, seorang gadis bertindak melarikan diri dari rumah. Namun setelah enam bulan berlalu, dia akhirnya pulang ke pangkuan keluarganya semula dalam suasana sayu di Kampung Perpaduan Tandop Pisang, Baling dekat sini malam tadi.
PULAU PINANG, 23 April - Seorang ibu merayu anak perempuannya berusia 16 tahun pulang selepas menghilangkan diri dari rumah mereka di Relau di sini sejak 12 April lalu.
KOTA TINGGI, 25 April - Seorang ibu, Esah Kamin, 58, dari Felda Adela dekat sini, merayu orang ramai yang mengenali anak perempuannya, Norhadijah Md. Jamil, 24, supaya memujuknya pulang ke pangkuan keluarga.
SHAH ALAM, 28 April – Seorang remaja perempuan, Nurbahar Mohd. Hashim, 17, yang melarikan diri dari rumah sejak lapan hari lalu dirayu pulang ke pangkuan keluarganya yang bimbang dengan keselamatannya.
ALOR SETAR, 25 Jun - "Tiap-tiap malam saya mimpi Marini pulang. Hanya itu harapan untuk meyakinkan diri bahawa anak saya masih hidup," rintih seorang ibu, Sham Chin, 61.
MARAN, 26 Julai - "Mak jangan cari Yana. Yana bahagia di sini. Yana nak aman. Yana nak ubah diri. Jangan risau. Yana sayang mak. Okey." Demikian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan seorang pelajar tingkatan empat kepada ibunya selepas tidak pulang ke rumah sejak lebih sebulan lalu di Felda Jengka 5 dekat sini.
JASIN, 26 Ogos - "Pulanglah, Adik. Tidak lama lagi, nak raya. Keluarga semua rindukan adik."Demikian rayuan seorang ibu, Alimahjan Abd Aziz, 50, yang terlalu rindu menatap wajah anaknya, Nurzafirah Mohd. Yusof, 17, setelah gadis itu menghilangkan diri dari rumahnya selepas keluar ke Pekan Selandar pada Jumaat lalu.
KAMPAR, 14 Sept. - Dua beradik kembar perempuan dan seorang rakan mereka dilaporkan hilang selepas beraya di rumah kawan mereka di sini, pada hari raya kedua Sabtu lalu.
JASIN, 25 Sept. - Sambutan Aidilfitri pada tahun ini menjadi pengalaman pahit kepada seorang ibu apabila anaknya, Nurul Dinah Jamal, 23, menghilangkan diri pada hari raya kedua baru-baru ini.
Harapan Muthiah agar kita semua akan mendapat iktibar daripadanya.
Bagi si anak gadis :
1- Berhati-hati dalam memilih teman.
2- Elakkan keluar dari rumah bersendirian - Keluarlah dengan mereka yang kita percaya. Teman lelaki?? Boleh percaya???
3- Sebelum ke mana-mana, maklumlah kepada ibu atau ayah dahulu - Hendak ke mana... dengan siapa...
4- Elakkan keluar pada waktu malam.
5- Hindari keluar dengan orang yang tidak dikenali - Iyalah. Rambut sama hitam (ada juga yang kuning dan perang) tetapi hati lain-lain.
6- Letaklah ALLAH di hadapanmu sebelum mahu melakukan apa-apa - Takut... takut dengan sesuatu yang dimurkai ALLAH.
Salam sayang fillah - Siti Muthiah @ Nazihatul Hanan.
Muthiah : Pernah lari dari rumah pengasuh (tetapi setakat sampai simpang sahaja). Ehe..
Salam Kak SitiMuthiah,
tegarkah si anak
derhaka pada yg memula
mereka cuma mencuba
akhirnya menyiksa
mereka sengsara
kerana kita
.........
segalanya bermula dari rumah.
1.Ibubapa harus muhasabah, sejauhmana mereka menjarakkan kemungkaaan ALLAH dlm rumahtangga yg dipinjamkan.
2. Doa dari ibubapa amat didambakan oleh seorg anak
3. Duhai anak, akal yg waras,terfikiqlah anda..kejadian yg sama akan berulang lagi..bersediakah anda??
4. Jgn seKALI2 mngecilkan hati mahkota kita..Redza ibubapa redza ALLAH.
Semuga anak2 genarasiku lebih mnghargai ibu ayah.Amin
terima kasih
Moga-moga, kita kan menjadi anak solehah yang sentiasa mendoakan ibu bapa....
Moga-moga, satu ketika... bila sampai waktu... kita bisa menjadi ibu bapa yang dapat membawa si putera puteri kepada TUHAN.
Bilamana seorang manusia kenal TUHAN, bukan setakat kenal... tetapi mahu menjadi hamba yang taat dan patuh, insya-ALLAH... hidup ini akan selamat...
berdoalah sentiasa ;)
Jzkk ainhany... perkongsian ilmu amat-amatlah dialukan ;)