Impian itu untuk aku. Bagaimana pula dengan…??? (ii)


-sambungan semalam-

Teman :

3) Impian aku untuk membahagiakan keluarga turut terlaksana. Aku mampu membantu emak dan ayah aku yang sudah tua. Lebih-lebih lagi, mereka sangat dekat di mata. Hubungan dengan adik-adik pun bertambah akrab. Aku cukup gembira. Dapat menjadi seorang anak dan kakak yang dapat menjadi contoh kepada semua.

Muthiah : Baguslah. Begitulah ciri-ciri anak yang solehah. Keluarga suami kau macam mana?

Teman : Hmmm… (Teman Muthiah terdiam lagi).

Teman : Aku dan suami sibuk. Susah hendak menjenguk. Mereka tinggal jauh. Lagipun… (Teman Muthiah berhenti berkata-kata).

Teman :

4) Impian aku yang terakhir, buat masa ini ialah untuk mengambil PHD.

Alhamdulillah. Aku sudah mendapat surat tawaran menyambung pengajian. Syukur yang tidak terhingga. Hmmm… Sebab itu susah hendak menziarahi keluarga suami. Mereka tinggal jauh dari kami. Aku pula hendak sambung belajar.Duit lagi. Hutang pun banyak. Jadi, terpaksalah berkorban sedikit.

(Muthiah terkedu. Cukup terkedu. Iya... siapa yang berkorban? Hmmm... tidak apa andai keduanya sudah meredhainya. Jadi, usah banyak merungut pula kerana telah memilih jalan itu).

Muthiah : Impian lain?

Teman : Hehe. Itu sahaja dan aku sudah hampir sampai ke puncaknya. Kau doakanlah aku.

Muthiah : Untuk suami?

Teman : Maksud kau?

Muthiah : Hehe. Abaikan. Insya-ALLAH, aku doakan yang TERBAIK untuk kau.

Hmmm… entahlah. Muthiah tiba-tiba berasa sebak. Sebab apa? Entahlah. Sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Lain orang, lain pandangannya. Cuma, ada SATU perkara ingin Muthiah lontarkan di sini. Agar kita semua dapat renungkan bersama.

~ Setiap kita memiliki impian. Muthiah juga begitu. Muthiah punya cita-cita sendiri walau acap kali tidak pernah terluah di bibir. Tidak salah andai impian itu menjadikan kehidupan kita lebih baik dari sebelumnya. Bagus. Teruskan usaha dan cita-cita. Jangan berhenti melangkah! (Walau lambat).

Namun, bagi seorang isteri… adakah kita terfikir untuk meletakkan MATLAMAT (dalam impian yang kita senaraikan)… sesuatu untuk suami kita? Yang bisa mendekatkan suami kepada syurga ALLAH. Khuatir… dek kerana kita mengejar impian kita (seperti yang Muthiah katakan, tidak salah berimpian), menyebabkan ada yang terabai tanpa kita sedari.

Renung-renungkan, wahai teman yang Muthiah kasihi fillah.

Muthiah : Impi hendak masuk syurga :)
Labels: | edit post
0 Responses