Kenapa matikan watak Asyraf? - MENCARI NAURAH(i)


Assalammualaikum, semua. Apa khabar?

Muthiah… Hmmm.. ‘Ala kullihal, Alhamdulillah. Cuma sibuk sedikit. Eh, sibuk banyak sedikit. Buat masa ini, apa yang sedang Muthiah buat, tidak berjalan seperti yang Muthiah rancang. Muthiah cuba bersungguh-sungguh tetapi tetap tidak berjaya. Mungkin, Muthiah merencana sesuatu yang melampaui kemampuan Muthiah. Bukankah daya manusia itu punya limitnya? Lagipun, bukan ‘itu’ (yakni kerja) sahaja yang perlu Muthiah fikirkan. Iyalah..hidup ini tidak lama. Satu hari, kita akan dipertanggungjawabkan oleh TUHAN. Justeru, perlu fikirkan tentang peranan diri selaku seorang hamba… isteri… khalifah ALLAH dan banyak lagi.

Hehe… Baru-baru ini, Muthiah telah ditegur seseorang di facebook. Si adik comel yang Muthiah kenali di alam maya.

Adik tersebut bertanya, “Kenapa Akak buat Asyraf meninggal? Kasihan, dia :(”

Muthiah tersenyum. Sebenarnya, ada lagi respons yang Muthiah terima berkenaan watak Asyraf yang Muthiah matikan di pertengahan cerita. “Kasihan Asyraf,” kata mereka…

Kenapa, ya?

Hmmm… di sebalik kisah ini…

Muthiah sebenarnya ingin sahabat-sahabat berfikir dan merenung kembali… HANYA ALLAH YANG KEKAL ABADI.

Ya.. kita mungkin sayangkan ~

** Suami/ isteri/ anak-anak kita…


** Ibu/ ayah/ adik-beradik kita…

** Teman akrab kita…

** Kekasih hati kita… (Peringatan buat semua ~ hubungan di antara lelaki dan wanita yang terlalu akrab, tanpa nikah, dikhuatiri mengundang fitnah dan sesuatu yang tidak baik andai tidak dijaga dan dipelihara dengan baik. Jadi… awas gerak langkahmu ooo [Lagu KRU]).

Dengan kata lain, kita menyayangi mereka yang dekat dengan kita atau… yang sayangkan diri kita atau… yang peka dan prihatin terhadap diri kita atau… yang menyenangkan hati kita atau… yang membuatkan kita tersenyum sepanjang masa.

Tidak salah. Lumrah dan fitrahnya, kita akan berasa bahagia dan gembira apabila berasa dekat dengan mereka yang kita sayang. Kalau jauh pun, doa banyak mengikat hati-hati kita. Namun, bersediakah kita mengalami saat kehilangan orang yang kita sayang??? Huhu…

Dari sisi Muthiah sendiri… Jawapan Muthiah ialah Muthiah belum cukup bersedia bahkan tidak bersedia langsung. Muthiah takut memikirkan perkara itu. Muthiah tidak mahu fikir! Muthiah resah… Muthiah gelisah. Muthiah takut bahkan terlalu takut.


Namun, siapa Muthiah yang boleh menidakkan ketentuan TUHAN? Hendak tidak hendak, Muthiah perlu mendepaninya walau jauh di sudut hati… Muthiah betul-betul gentar untuk mengharunginya…

Macam Asha. Asha menyintai Asyraf dengan setulus dan sepenuh hatinya. Ya. Cintanya pada lelaki itu tidak berbelah bahagi. Walau terpaksa berhadapan dengan banyak cabaran dan dugaan dalam alam rumah tangga, Asha tetap teguh berdiri di situ meski terpaksa mengalirkan air mata entah berapa kali.

Kerana apa? Kerana CINTA. Kerana rasa SAYANG yang tidak terhingga buat sang suami. Hanya mereka yang pernah melalui sahaja dapat menyelaminya ~ HATI SEORANG ISTERI ~ Begitu juga halnya dengan Asyraf. Dia sungguh-sungguh menyintai Asha. Dia mahu merasai susah senang bersama insana yang dia cinta. Insan itu adalah Asha, bidadarinya di dunia…

-bersambung-
0 Responses