Saling mengingatkan ... (ii)
Tuesday, August 03, 2010
-sambungan semalam-
Tanggapan awal yang negatif, dikhuatiri memberi kesan tatkala hendak membuat rumusan/ penilaian/ keputusan.
Huhu.. macam tidak kena sahaja pernyataan di atas. Macam mana hendak Muthiah jelaskan, ya. Begini… Dari satu sisi, Muthiah tidak suka kepada satu sosok peribadi ini ~ isinya tidak suka. Oleh sebab tidak suka, keputusan Muthiah selepas itu sedikit sebanyak terkesan daripada perasaan Muthiah sebelum ini. Dengan kata lain, Muthiah hanya nampak yang negatif tanpa melihat pro dan kontranya. (Faktor kenapa, mengapa dan apa Muthiah ketepikan terus).
Sedangkan lazimnya, sebelum membuat sebarang penilaian, Muthiah sering kali cuba melihat dari sisi positif dahulu… kemudian, keluarkan kelemahan yang nyata. Namun yang berlaku ini adalah sebaliknya. Individu itu sendiri yang menjadi mangsa. Sebab apa terjadi begini? Jawabnya… kerana ada perasaan tidak suka kepada orang itu. Jadi, bagaimana???
Hehe… berlapang dadalah ke atas sesuatu. Benar. Sukar untuk mengubat hati yang sudah disakiti tetapi percayalah, apabila kita cuba dan belajar untuk menerima kelemahan orang lain, kita akan berasa lebih tenang dan tenteram. Kelemahan dan ketidakelokan itu adalah perkara biasa. Namun, sebagai manusia yang bergelar khalifah ALLAH, mempunyai peranan pula untuk mengingatkan dan menyedarkan. Boleh jadi kelemahan yang ada itu hadir daripada ketidaktahuan diri. Boleh jadi juga dia terlupa. Kita sendiri acap kali terlupa, bukan?
Maaf atas keterlanjuran perasaan. Alhamdulillah. Setelah berbicara dengan suami, Muthiah sudah kembali ke alam nyata. Haha… Tadi, ke mana?
Solusi :
1) Saling mengingatkan sesama teman. Itulah tugas khalifah ALLAH di atas muka bumi ini.
2) Bencilah pada perbuatan dan bukan pada sosok individu. Kita pun ada melakukan kesalahan, bukan?
3) Berlapang dadalah atas kelemahan orang lain. Kita juga lemah, bukan?
4) Bersedia untuk menerima teguran dan berusahalah membaiki kelemahan.
5) Hidup mesti ~ Hehe… Apa, ya? Sayang ALLAH, sayang Muhammad, sayang suami/ isteri, sayang keluarga, sayang semuanya…
Muthiah : Masih ingat saat itu ~