Puasa (i)


Assalammualaikum. Di kesempatan ini, Muthiah dan suami ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua. Hehe…

PUASA

PENGERTIAN


Apa itu puasa?

Dari segi bahasa, puasa membawa maksud menahan diri.

Dari sudut syarak pula, puasa bermakna menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Di samping itu, kita juga perlu menghindari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Dan pasti! Sebagai seorang Muslim, kita perlu sentiasa memelihara diri daripada sesuatu yang mendatangkan kemurkaan ALLAH seperti menipu, mencuri, mengumpat dan banyak lagi perkara-perkara mazmumah.

Ada apa dengan bulan puasa, yakni bulan Ramadhan al-mubarak? Tanpa kita sedari, puasa itu sendiri sebenarnya merupakan satu medan latihan memupuk sifat sabar, jujur dan toleransi dalam diri. Bukan itu sahaja bahkan, amalan puasa juga dapat menyuburkan nilai-nilai murni dalam diri mereka yang melakukannya. Moga-moga, pendidikan yang diperoleh pada bulan puasa akan dapat dimanfaatkan pada masa akan datang, selagi nyawa di kandung badan…

DALIL

Firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu. Semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya, telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. ALLAH telah menfardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan...”

-bersambung-

Muthiah : Maaf atas keterlanjuran kata sepanjang Muthiah bercoret di sini ;)

ps : 'Kad puasa' istimewa yang sememangnya istimewa + pelik + lain daripada yang lain...
Labels: | edit post
0 Responses