Saling mengingatkan ... (i)


Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah… Emosi baik-baik sahaja, insya-ALLAH. Kalau ada sesuatu yang kurang menyenangkan sekalipun, jadikannya kembali okey. Usah biar luka terlalu lama. Takut bernanah pula. Tepuk dada, tanya iman. Iyalah. Kita sendiri yang membuat pilihan. Ambil masa untuk bertenang dan melapangkan fikiran. Huhaha…

Hmmm… Setiap manusia pasti ada membuat kesalahan mahupun kesilapan. Sama ada dia sedar atau sebaliknya. Nama lagi manusia. Dia tidak sempurna, alpa lagi leka. Dalam masa yang sama, manusia yang lalai ini memerlukan teman untuk mengingatkan dirinya. Ya! Teman yang baik adalah teman yang tidak teragak-agak untuk menghulurkan tangannya kepada teman yang dikasihi. Dia tidak mahu temannya itu jatuh tersungkur lantas tidak bisa bangkit kembali.

Muthiah… Entah kenapa Muthiah tiba-tiba berasa tidak suka kepada seseorang. Huhu…Hmmm… Serius. Hal ini Muthiah cuba elakkan sedari dahulu kerana Muthiah khuatir dengan timbal-balik daripada perasaan Muthiah ini. Maklumlah… ‘Kalau kita tidak suka orang, akan ada orang yang tidak akan suka kita…’ Muthiah tidak mahu orang membenci Muthiah lantas Muthiah cuba untuk tidak membenci orang lain. Kalau tidak suka sekalipun, bukan pada sosok individu tersebut tetapi pada sikap dan perilakunya yang mungkin tidak menyenangkan. Kalau sudah terekspresi?? Hehe…

Bagaimana pula dengan orang yang tidak menyukai kita walhal kita tidak berperasaan apa-apa terhadapnya? Ehe… Sememangnya kita tidak dapat menjangka atau mengetahui perasaan orang lain terhadap diri kita. Dengan kata lain, perkara tersebut berada di luar kawalan kita. Jadi, bagaimana? Kita tidak akan mampu berbuat apa-apa (Berusaha untuk membujuk dan mengambil hati, boleh agaknya). Mungkin ada salah kita pada sisi matanya. Iyalah… Perasaan itu abstrak. Mungkin dia terlupa bahawa kita juga manusia biasa. Justeru, SERAHKANLAH SEGALANYA PADA PENGHITUNGAN ALLAH. Insya-ALLAH, kita akan menjadi tenang dan lebih tenteram.

Adoi. Merapu pula Muthiah. Berbalik kepada ‘kes’ Muthiah tadi. Muthiah tiba-tiba berasa tidak suka kepada seseorang. Kenapa? Kerana sikapnya. Akan tetapi, mengapa memilih untuk tidak menyukainya? Entahlah. Khilaf Muthiah.

Kemudian, Muthiah pun meluahkan rasa ini kepada suami… Ada sesuatu yang membuatkan Muthiah berasa tidak puas hati (walhal tidak ada kena mengena dengan Muthiah pun). Namun, mungkin dek kerana Muthiah selalu melihat dan memerhati, membuatkan Muthiah hilang sabar. Jawapan suami mudah, ‘Boleh jadi ada sesuatu yang hanya dia tahu tetapi tidak kita tahu….’

Pendek tetapi cukup menyedarkan. Membuatkan Muthiah berasa betapa beruntungnya Muthiah. Iyalah. Apabila Muthiah lupa, ada yang mengingatkan dan yang mengingatkan itu bukanlah orang lain tetapi suami Muthiah sendiri. Sesudah solat, Muthiah koreksi kembali…

-bersambung-

~Saling mengingatkan... (ii)~
Labels: | edit post
2 Responses
  1. Unknown Says:

    Salam,Mereka merancang adakan hari membakar Al-Qur'an setiap 11 september bermula tahun ini.

    http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/paderi-rancang-bakar-al-quran-besar.html

    Sebarkan..


  2. puak kuffar ni...hy menanti waktu yg ditetapkn TUHAN untuk menjatuhkannya...