Kenapa matikan watak Asyraf? - MENCARI NAURAH (ii)


-sambungan semalam-

Pepatah ada menyebut…

CINTAKAN bunga, bunga akan layu.
CINTAKAN manusia, manusia akan mati.
CINTAKAN ALLAH, itulah cinta yang hakiki.

Sedang sahabat-sahabat berasa seronok dan terbuai dengan cinta Asha dan Asyraf, tiba-tiba… Muthiah matikan pula watak Asyraf. Ada yang berasa kasihan pada Asyraf. Kenapa wataknya dimatikan tiba-tiba?

Hmmm… inilah kehidupan sebenarnya.

Hidup ini tidak sentiasa berada di atas.

Hidup ini tidak selalu gembira dan ketawa.

Hidup ini tidak hanya bahagia tanpa rasa duka.

Hidup… kita mahu mati bersama insan yang dicinta namun siapa menduga andai ajalnya sudah menjengah?

Dari sisi negatif ~ Hmmm… alangkah kejamnya hidup ini. Kejam??? Tidak.. ALLAH maha tahu segalanya… yang paling baik buat diri kita.

Bagaimana pula halnya dari sisi positif? ~ Dugaan hidup tanpa sedar membuatkan kita kembali mengharapkan PENCIPTA. Selaku manusia, tidak mustahil kita terlupa dan teralpa. Kita terlalai daripada perintah-NYA. DIA sayang, lantas ALLAH mendatangkan ujian buat diri kita. Membolehkan kita bermuhasabah… lalu kembali kepada-NYA. Merintih merayu mengharapkan kekuatan daripada-NYA. Kita tahu… kita bukanlah siapa-siapa… Kita lemah bahkan terlalu lemah. Tidak ada apa yang mampu kita lakukan melainkan adanya nusrah ALLAH.

Fikir dan renung-renungkan..

Muthiah : Ya, ALLAH… berilah kekuatan kepadaku untuk mendepani segala sesuatu yang … aku tidak bersedia kepadanya. (Terkesan pula dengan MENCARI NAURAH).
0 Responses