Jom kenal Nabi kita ...


Muhammad bin Abdullah…

Nabi SAW kesayangan kita ini telah dilahirkan di Makkah al-Mukaramah, berhampiran dengan Bukit Safa yakni rumah Abu Talib (Kini, tempat tersebut telah dijadikan perpustakaan Mekah) pada hari Isnin, (sebelum matahari terbit) bersamaan 12 Rabiulawal tahun ke-53 sebelum Hijrah/ 570 Masihi. Bidan yang menyambut kelahiran Pesuruh ALLAH ini bernama Shifa’ binti Auf (Ummu Abdul Rahman). Tsuwaibah al-Aslamiyah dan Halimah binti Dzuaib as-Sa’diyah pula dipilih ALLAH sebagai ibu susuannya.

Ayah baginda bernama Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah. Manakala, ibunda Nabi bernama Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah. Nenek sebelah bapanya pula bernama Fatimah binti Umar al-Makhzumiyah. Di sebelah ibunda, neneknya bernama Burrah binti Abdul Uzza bin Usman bin Abdul Dar bin Qusay bin Murrah.

Nabi SAW yang sederhana tinggi dan berdada bidang ini memiliki wajah yang putih berseri bercahaya. Mata serta rambut baginda pula berwarna hitam. Baginda gemarkan warna putih dan hijau.

Bagaimana pula halnya dengan pekerjaan Nabi SAW? Ya. Nabi juga bekerja. Bermula daripada seorang pengembala kambing… seterusnya menjadi seorang peniaga yang berjaya. Siapa tidak kenal dengan Muhammad bin Abdullah yang tersohor dengan sikap amanahnya?

Sehinggalah… baginda diangkat menjadi Nabi pada 27 Ramadhan tahun ke-13 sebelum Hijrah/ 609 Masihi di Gua Hira’, Makkah al-Mukarramah. Dan… tanda keistimewaan baginda dapat dilihat pada cop kenabian di antara dua bahunya yang sentiasa dinaungi bayangan awan.

Nabi SAW wafat pada hari Isnin, (sebelum tengah hari) bersamaan 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah/ 632 Masihi di Madinah. Sesungguhnya, Nabi junjungan ini adalah RAHMAT sekalian alam. Adakah kita memikirkannya?

-Jom kenal isteri-isteri Nabi pula. Tungguuu….-

Muthiah : Moga-moga, perkongsian yang sedikit ini akan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Kalau ada penambahan atau pembetulan, amatlah Muthiah alu-alukan ;)
Labels: | edit post
0 Responses