Argh... aku perlukan motivasi!!!! (i)
Saturday, January 30, 2010
Assalammualaikum...
MOTIVASI...
Siapakah yang memerlukan motivasi?
Kita semua...
Mengapakah kita memerlukan motivasi?
Kerana kita hanyalah hamba... Betul?
Kita tahu bahawa syurga Allah itu indah... Jadi, kita termotivasi untuk berlari-lari ke arahnya.
Kita tahu bahawa kita tidak sendiri... kita punya Allah yang dekat bangat dengan diri kita... Jadi, kita akan menjadi seorang yang kuat. Kuat semangat... kuat usaha kerana kita tahu Allah sentiasa melihat dan menghitung setiap perbuatan kita. Dengan kata lain, kita tidak sendiri.
Hmmm...
Kita hendak belajar masak. Namun, tidak ada siapa yang hendak menjamah masakan kita. Kesannya???
Kita hendak menulis. Namun, tidak ada siapa yang mahu membaca tulisan kita... seterusnya, memberi komen membina buat kita. Kesannya???
Mula-mula... kita abaikan kewujudan orang lain. Kalau hendak harapkan orang... tidak jalanlah kerja.
Jadi, kita lakukan semuanya untuk kepuasan diri. Kita puas merasa hasil masakan kita walau hanya kita yang merasainya. Boleh jadi sedap... boleh jadi sebaliknya. Hanya kita yang membaca hasil tulisan kita. Boleh jadi menarik... boleh jadi membosankan.
Akan tetapi, sebagai manusia yang lemah... kadang-kadang dan acap kali kita memerlukan seseorang untuk berada di samping kita. Sekurang-kurangnya, yang memberi sokongan/ semangat. Biarlah tidak ada orang yang mahu merasa masakan/ membaca tulisan kita tetapi jika orang yang dikasihi itu menunjukkan keprihatinnya terhadap apa yang kita lakukan, semangat untuk melakukan sesuatu perkara itu akan menjadi semakin berkobar-kobar.
Hmmm...Bukankah Allah ada? Ya... Allah ada. Andai kita boleh kuatkan semangat... menyelami dan menghayati kewujudan Allah yang begitu hampir dengan kita, insya-Allah, kita akan mampu memotivasikan diri.
Yakin... bahawasanya kerja yang bermanfaat kerana Allah itu pasti kan dihitung oleh-Nya.
Yakin... bahawasanya matlamat kita adalah untuk mencari redha Allah semata-mata. Kita hendak menulis. Namun, kita tidak tahu berapa banyakkah orang yang mahu membaca tulisan kita. Jika banyak yang berminat... Alhamdulillah. Kalau hanya seorang atau tidak ada??? Adakah kita mahu berputus asa dalam menyebarkan kebaikan melalui penulisan?? Tepuk dada, tanya iman.
Hmmmm... ingatlah wahai teman... Niat yang baik untuk menyampaikan kebenaran itu pasti kan mendapat 'habuan'nya di sisi Allah. Apapun keadaannya, letakkan matlamat utama kita... ADALAH KERANA ALLAH. Insya-Allah, kita pasti bisa termotivasi...
-bersambung-
~Argh... aku perlukan motivasi!!!! (ii)~
Muthiah : Insya-Allah, selepas ini... kita kongsi sama-sama tentang motivasi yang melibatkan persekitaran.
jazakillah ukhti utk peringatan yg sangat bermakna ini. ana sangat memerlukan nya. agar ana beringat, Allah adalah destinasi, dan juga permulaan...
terima kasih kerana mengingatkan ana..
kerana sering terlupa bahwa hidup ini tidak lain tidak bukan, adalah report utk di 'submit' kpd Allah utk di evaluasi oleh Nya.
ana sering lupa hakikat ini, jazakillah sekali lagi....
SYukran jazilan atas perkongsian yang sangat baik:)
Ukhtie Najwa ;) Hadiah ukhwah kita....
Ukhtie Nurul ~ Jzkk kerana sudi berziarah ... Sama-samalah kita renunginya.