AWAS!!!
Sunday, January 03, 2010
Apakah ini?
Apabila mata (pandangan) tidak ditundukkan (melihat pula sesuatu yang tidak sepatutnya), dikhuatiri akan mengundang titik hitam dalam hati. Bilamana titik hitam itu semakin bermaharajalela, ditakuti kan membawa kepada lemahnya iman.
"Katakanlah kepada orang-orang yang beriman perempuan, supaya menundukkan pandangan mereka..." (24:31).
Bahaya tidak memelihara mata
1- Membentuk kemaksiatan serta perlanggaran terhadap perintah Allah.
2- Boleh menjauhkan hati daripada Allah ~ lalai daripada Allah dan akhirat.
3- Menyebabkan hati menjadi lemah dan sedih.
4- Menyebabkan hati menjadi gelap gelita.
5- Menyebabkan hati menjadi keras dan pintu ilmu tertutup baginya.
6- Memudahkan syaitan masuk ke dalam hati.
7- Menyebabkan seseorang jatuh ke dalam kelalaian kerana menurut hawa nafsu.
8- Memberi kesan ke dalam hati.
9- Boleh menghilangkan cahaya ketajaman jiwa.
10- Menyebabkan hati jatuh ke lembah kehinaan.
11. Menyebabkan hati jatuh ke dalam tahanan syahwat.
Bersambung...
Muthiah : Dari mata turun ke hati :)