Marah tetapi sayang...
Thursday, January 07, 2010
Assalammualaikum.
Akhirnya, Muthiah dapat menulis... Pagi tadi, tidak punya 'mood' dan emosi untuk corat-coret di sini. Maklumlah, berdebar-debar sebelum menduduki ujian memandu JPJ.
Sebenarnya, dua tiga hari ini... Muthiah teringatkan seorang teman akrab (insya-Allah ~ dahulu, kini dan selamanya). Sebelum ini, hampir setiap hari Muthiah mengirimkan sms kepadanya. Tanya khabar... tanya emosi... tanya masalah tetapi entahlah... dua tiga hari ini, rasa berat tangan sahaja untuk menekan punat telefon.
Tidak ingat?? TIDAK!!! ~ Insya-Allah, Muthiah sentiasa mengingati dan mendoakan kebahagiaannya. Kami kenal bukan setahun dua tetapi sudah lebih 10 tahun.
Tidak sayang?? TIDAK !!! ~ Insya-Allah, Muthiah menyayanginya kerana Allah. Muthiah mahu hanya yang terbaik untuknya walaupun mungkin ia tidak menyedarinya.
Kenapa???? Entahlah... susah hendak diluahkan di sini.
Kecewa??? MUNGKIN... namun setelah dikoreksi kembali... Muthiah tidak ada hak untuk berasa kecewa. Biarlah ia yang memilih hala tuju hidupnya untuk hari mendatang. Yang penting, sebagai sahabat... Muthiah akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaannya.
Apapun...
Muthiah hendak 'dia' tahu bahawasanya...
1- Muthiah menyayanginya kerana Allah. Jika Muthiah bahagia... Muthiah juga mahu dia berasa bahagia. Kalau boleh... Muthiah tidak mahu lagi melihat ia menangis dan berdukacita. Namun, Muthiah sedar... sebagai manusia biasa, kita pasti akan diuji. Muthiah berharap... dia akan kuat menghadapi segala sesuatu yang mendatang kerana sesungguhnya, ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah buat hamba ciptaan-Nya. Moga, kita sama-sama dapat menjadi hamba yang begitu akrab dengan Allah...
2- Jauh di sudut hati... Muthiah sebenarnya masih tidak bersetuju dengan keputusannya. Namun... setelah Muthiah berfikir secara rasional, juga kembali kepada Allah... Muthiah sebenarnya bukan siapa-siapa yang berhak menghukum orang lain sedang Muthiah sendiri banyak melakukan kesalahan dan kesilapan. Setiap manusia, berhak mendapat kemaafan daripada kesalahan yang dilakukan dan Muthiah sewajarnya berlapang dada dengan apa yang berlaku (lebih-lebih lagi, kisah duka itu bukan berlaku kepada diri Muthiah)...
3- Moga-moga, ia akan sentiasa kembali kepada Pencipta..dahulu, kini dan selamanya, tidak kira pada saat senang dan susah. Kerana... sebagai manusia, tidak ada yang lebih menyayangi diri kita melainkan Allah sendiri. Ibu dan bapa menyayangi diri kita tetapi Allah lebih-lebihlah lagi. Sebelum melakukan sesuatu... ingatlah Allah. Tanyakan pada diri,'Adakah perbuatan itu diredhai-Nya atau sebaliknya?'
4- Apa jua yang ia putuskan... ketahuilah bahawa Muthiah akan tetap berada di belakangnya walaupun kadang-kadag Muthiah tidak dapat menunjukkan rasa peka dan prihatin itu. Dia tidak seorang dan ia juga tidak sendiri. Insya-Allah, teman ini adalah teman Muthiah di dunia... juga pada hari akhirat.
5- Selamat maju jaya ~ dunia dan akhirat.
Salam sayang daripada ~ Muthiah @ Suazmalini yang jauh di mata tetapi dekat dalam doa, insya-Allah.
Muthiah : Sahabat sejati ialah sahabat yang membetulkan kesilapan temannya (dengan hikmah)... bukanlah sahabat yang sekadar membenarkan setiap sesuatu yang dilakukan temannya (walaupun sudah jelas lagi bersuluh ~ perbuatan itu batil)