Jom solat sunat :)
Saturday, January 02, 2010
Assalammualaikum. Beberapa hari lepas, Muthiah berkongsi tentang puasa sunat, bukan? Apa kata kali ini Muthiah menulis pula informasi ringkas tentang solat sunat. Untuk mengetahui cara-cara melaksanakannya, bolehlah rujuk kepada sesiapa yang maklum. Bukan apa, Muthiah hanya mahu menulis intro sahaja di sini.
OK?... :)
1- Solat sunat dhuha
Sabda Nabi SAW, 'Setiap pagi ada kewajipan bersedekah bagi tiap-tiap persendian dan memadai dengan solat Dhuha 2 rakaat.'
2- Solat sunat tahajjud
Sabda Nabi SAW, 'Solat yang paling afdhal sesudah solat fardhu ialah solat tahajjud.'
3- Solat sunat tarawih
Dilakukan pada bulan Ramadhan.
4- Solat sunat rawatib
Sabda Nabi SAW, 'Di antara dua azan ada solat. Di antara dua azan ada solat. Di antara dua azan ada solat.'
5- Solat sunat wuduk
Rasulullah SAW berkata kepada Bilal, 'Apakah amal yang engkau harapkan dalam Islam, kerana aku telah mendengar bunyi sandalmu di syurga.'
Bilal RA menjawab, '... setiap kali aku berwuduk, baik siang mahupun malam, aku akan solat setelahnya sebanyak mana yang aku suka.'
6- Solat sunat tahiyatul masjid
Sabda Nabi SAW, 'Jika salah seorang daripada kalian memasuki masjid, maka janganlah duduk sehingga melaksanakan solat 2 rakaat.'
7- Solat sunat awwabin
Dilakukan setelah solat Maghrib sementara menanti masuk waktu Isyak.
Muthiah : Solat sunat tanpa mengabaikan solat fardhu... Didiklah diri untuk menghindari sesuatu yang dimurkai....