Ziarah? TIDAK MAHU!!!!
Friday, October 23, 2009
Assalammualaikum. Apa khabar? Syawal berakhir sudah… cukup puasa enam? Bagi yang berjaya, Alhamdulillah… tahniah diucapkan. Bagi yang tidak cukup… insya-Allah, tahun hadapan boleh cuba lagi (moga-moga dipanjangkan usia). Atau… jom kita berpuasa sunat Isnin / Khamis pula. Tidak rugi :)
Hmmmm… Syawal tahun ini, Muthiah dan suami beraya sakan – menziarahi jiran serta sahabat-sahabat suami. Maklumlah, kalau bukan kami yang memulakan, siapa lagi? Kelebihannya, boleh merapatkan hubungan silaturrahim. Bukan itu sahaja…. dapat mengenali keluarga masing-masing dengan lebih dekat (sedih juga tatkala mengenangkan… tidak sempat berhari raya dengan ibu serta bapa saudara, juga sepupu – semua sudah beransur pulang sewaktu Muthiah sampai ke kampung halaman. Namun biasalah… masa dan keadaan berubah – Setiap orang ada komitmennya sendiri).
…..
Teringat sewaktu Muthiah muda-muda dahulu. Memang Muthiah kaki jalan – hmmmm… pergi rumah kawan-kawan. Lokasi utama Muthiah, Kampung Sungai Bari (Batu 29). Kemudian, dari sana Muthiah dan kawan baik Muthiah (Mar, Yah dan Ja) akan menaiki motor ke Langkap – Menyusut - Kasar. Kami akan beraya di rumah Su, Yani, Imie dan Bedah. Siapa lagi ya? Itu Team 1.
Lokasi kedua, di Kampung Sungai Tong. Masih teringat saat itu… huhu… saat nakal-nakal dahulu. “Ampun salah silap..” Hehe… keluarga Muthiah, tidak ada di rumah (biasanya bilamana papa dan mama ke KT, Muthiah tidak ikut). Jadi… tanpa memberitahu papa, Muthiah mengambil motor Yamaha miliknya. Akan tetapi, inilah akibatnya sekiranya tidak meminta izin daripada orang tua. Dalam perjalanan hendak beraya ke Muar – Pelong – Langkap…. motor yang Muthiah naiki mati di pertengahan jalan. Bilamana Muthiah periksa minyak masih FULL… rupa-rupanya, kena letak minyak tuti daaaa…. Sebelum terlupa… Muthiah namakan ‘kumpulan beraya’ ini sebagai Team 2 yang terdiri daripada Muthiah, Kak Noni dan Kak Zana. Paling jauh, kami beraya sehingga ke Felda Chalok.
Ketiga… bersama Team 3. Terdiri daripada Muthiah, Jida, Ah, Ahmad dan Tariq. Kami akan beraya ke rumah kawan-kawan setingkatan yang tinggal di Kampung Sungai Tong. Biasanya, Ahmad dan Tariq akan ambil Muthiah di rumah. Dari rumah Muthiah, kami akan ke rumah Jida dan Ah… Dari situlah pengembaraan akan bermula.
Keempat… (biasanya pada hari raya pertama dan kedua)…sesi pengembaraan bersama keluarga ke rumah Mek Minah, Mek Mak Cu, Mok Teh serta Mek Jertih (di sinilah biasanya ibu dan bapa saudara serta sepupu berkumpul)…. Kalau balik Kelantan, kami akan beraya di Sering, Tumpat, Machang dan Salor. Haha, sekadar mengimbau kenangan lalu…
Adoi… terpesong tajuk…
Perasan atau tidak??? Dewasa ini, tidak banyak anak muda yang gemar berziarah (tidak kira pada hari perayaan tertentu atau sebaliknya). Kalau ada majlis hari raya pun, hanya ibu dan ayah yang menghadirinya. Jadi, hanya ibu dan bapa yang akan mengenali dengan lebih dekat… sepupu sepapat… saudara-saudara sebelah ibu dan ayah. Anak-anak??? Sama ada diam di rumah, tengok rancangan yang menarik atau… keluar beraya di rumah kawan-kawannya. Bukankah lebih seronok?
Alamak, macam tidak tersampai maksud sahaja… Dipendekkan cerita, Muthiah ingin berpesan agar… usahlah dijadikan kebiasaan (duduk rumah, tengok tv sahaja atau main komputer)…. Khuatir, kelak kita tidak mengenali saudara sendiri. Juga, menyebabkan kita menjadi seorang yang lebih pentingkan diri sendiri (little bit?)….
Nanti, bilamana sudah dewasa… hidupnya nafsi-nafsi… tidak mahu dan tidak berminat untuk berziarah/ berfikir tentang orang lain atau AMBIL TAHU. Sihatkah? Bahagiakah?
Jadi…. sebagai panduan untuk hari muka (kepada anak dara/ teruna atau mereka yang sudah berumahtangga)… satu hari, insya-Allah akan memiliki anak-anak sendiri :
1- Bawalah anak-anak ikut serta dalam program berziarah. Jadikan amalan ini sebagai satu kebiasaan dalam diri anak-anak. Tonjolkan akhlak yang baik – bersalam dengan tuan rumah, beramah-mesra dengan tuan rumah dan bawa buah tangan. Kalau anak-anak, sedari kecil tidak diajar begini, nanti besar… makin liat jadinya. Lagi malang, jiran meninggal pun tidak tahu :(
2- Ajar anak-anak untuk menjaga masa. Bak kata seorang penceramah dalam kursus KPP, rancang perjalanan sebelum menaiki kenderaan. Setelah siap merancang, ikutilah perancangan tersebut. Contohnya, hendak keluar jam 9.00 pagi, pastikan anak-anak sudah bangun waktu itu. Jangan disebabkan anak-anak bangun lewat… si ibu dan ayah pula terpaksa menunggu si anak bangun dahulu… Tup-tup… LEWAT- akibatnya, perancangan lari… Berziarah tetapi tergesa-gesa… Jadi tidak selesa. Si ibu dan ayah pula… sudahlah berusia lanjut… terpaksa pula berjalan waktu panas terik. Tidak kasihankah? Jadi, sedari kecil…. didiklah anak agar menghormati orang tua dengan tidak membiarkan mereka tertunggu-tunggu.
Alah… perkara kecil sahaja… buat apa hendak diperbesar-besarkan… Hmmm… sebenarnya, kekuatan umat Islam ialah PERSAUDARAAN… UKHWAH ISLAMIYAH itu bisa sahaja menggugat mereka yang mahu menghancurkannya.
Bagaimana hendak memulakan persaudaraan itu? Dari sesuatu yang nampak kecil tetapi sebenarnya mendatangkan impak yang besar. Ibu bapalah yang mencorakkan… didik anak-anak sejak dari kecil… udah besar, susah bah. Hendak tegur (walaupun untuk kebaikan), sukar untuk diterima… merasakan diri sendiri sahaja yang betul dan benar. Hasilnya… lahirlah manusia yang….
Kita macam mana?
Muthiah : Selalu kelu namun… insya-Allah, akan belajar dan terus belajar…