Persetankan kata-kata mereka..

Assalammualaikum…

Hmmm… pertama sekali… Muthiah ingin mengingatkan sahabat-sahabat semua… juga diri Muthiah sendiri…

“Sesungguhnya, kita tidak akan dapat :

1-Memuaskan hati semua orang.
2-Membuatkan semua orang menyukai / menyayangi kita.
3-Menghentikan tanggapan orang terhadap diri kita.
4-Menutup mulut orang daripada memperkata perihal diri kita.


Bersabarlah… bahawasanya Allah sentiasa bersama insan-insan yangs sabar. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 249 yang bermaksud, “ … dan Allah bersama (berserta) orang yang sabar,””

Kenapa Muthiah menulis isu ini? Sebenarnya, rentetan daripada luahan hati seorang teman. Ia berasa kecil hati… sedih… rendah diri. Mengapa??? “Engkau macam budak kampung yang selekeh,” kata seseorang kepadanya. Teruk sangatkah aku???

Bukan itu sahaja, sahabat kepada teman Muthiah ini turut menerima nasib yang sama. Hendak dijadikan cerita, temannya datang berziarah. Sudahlah menziarahi rumah orang, mengungkapkan pula sesuatu yang bisa menjatuhkan..

“Rumah engkau macam tadikalah… berwarna-warni….”
“Suami aku cakap, muka engkau macam orang tua.”
Adush… pedihnya jiwa…

Inilah manusia… mudah sekali nampak kelemahan orang lain. Maklumlah, matanya memandang ke hadapan/ tepi… Bukan pada tuan punya badan. Tidak sanggup pula mencermin diri sendiri. Bukan itu sahaja bahkan memperlekeh mereka yang nampak ‘hodoh/ tidak cantik’ pada kaca matanya.

Hmmm… adakah kita sudah cukup cantik? Ya… kita baby face… cantiklah. Kita diam rumah banglo, dibeli dengan harga RM200K, mustahil tidak cantik. Namun diri sendiri??? Akhlak diri… bagi kita… cantikkah akhlak yang kita miliki?

Manakah pilihan kita?

Memiliki wajah yang rupawan tetapi perangai… buruk dan hodoh…
atau…
Rupa kita… biasa-biasa tetapi penuh dengan kesantunan dan berbudi pekerti mulia.


Sesungguhnya, manusia yang paling ‘cantik’ di sisi Allah adalah mereka yang ‘cantik’ akhlak dan budinya.

Ia tidak mengata orang/ meremehkan orang lain…“Kau hendak tahu, dia dikongkong bini.”
Ia tidak memandang serong terhadap orang lain…“Dia tidak balik, mesti bini dia yang halang.”
Ia tidak sewenang-wenangnya membuat tanggapan…“Bini dia mementingkan diri sendiri.”

Sedang ia tidak pernah tahu hujung pangkal cerita. Namun, disebabkan hatinya sudah busuk…merasakan diri sempurna… penuh dengan perasaan hasad dan dengki… membuatkan jiwanya dilitupi bintik-bintik hitam… menyebabkan mata kasarnya hanya nampak sesuatu yang hodoh atau jelik pada insan yang ia tidak berasa senang dengannya.

Hmmm…

Apapun… bagi mereka yang menghadapi situasi seperti yang Muthiah gambarkan (sekadar contoh rekaan)…

1- Bersabarlah... Muthiah ulang kembali…“Sesungguhnya, kita tidak akan dapat :

a)Memuaskan hati semua orangLebih-lebih lagi bilamana ada perasaan tidak senang dalam hati orang itu terhadap diri kita. Jadi, kebaikan kita diletakkan ke tepi. Hanya kesalahan yang terserlah pada matanya. Tatkala kita gembira, ia berasa gelisah tetapi sewaktu kita berdukacita, ia ketawa riang. Ia nampak turut sama merasai kesedihan kita namun hatinya… Hanya Tuhan Tahu..

b)Membuatkan semua orang menyukai / menyayangi kita – Tidak! Sama sekali kita tidak dapat membeli kasih-sayang seorang manusia lainnya. Kita taburkan duit buatnya? Ia sayangkan kita bukan kerana diri kita tetapi disebabkan kemewahan yang kita taburkan kepadanya. Yang penting… kita sayang semua orang kerana Allah. Pasti!!! Akan ada yang menyayangi kita. Allah sayang… seluruh makhluk yang taat kepada-Nya turut menyintai kita.

c)Menghentikan tanggapan orang terhadap kitaInilah manusia… sekali pandang, suka membuat penilaian dan kesimpulan sendiri. Walhal, ia tidak pernah tahu/ ambil tahu cerita yang tersurat dan tersirat. Yang ia tahu… mahu membuat anggapan… kalau anggapan baik… baguslah. Kalau anggapan buruk??? Lama-kelamaan, disebabkan anggapan yang entah apa-apa entah itu… membuatkan hatinya membuak-buak dengan rasa benci (tanpa sebab). Iblis laknatullah pula bijak memainkan peranan.

d)Menutup mulut orang daripada memperkata perihal kita…. – Persetankan kata-kata mereka. Abaikan tanggapan mereka. Asal mana kita BENAR… teruskan kehidupan kita. Kita sudah menutup aurat… kita tidak makan gaji buta… kita telah menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sebaiknya. Biarlah mereka dengan dosa umpat dan fitnah yang ditanggung. Serahkan segalanya kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Teliti… Maha Adil dan Maha Segalanya. Usah kita menjerumuskan diri menjadi seperti mereka!

2-Cuba jadi yang terbaik daripada yang paling baik.

Kita cuba untuk menjadi seorang yang berketrampilan. Orang masih tidak puas hati? Biarlah… asal mana kita sudah cuba menjadi yang terbaik… demi menggapai redha Ilahi.

Kita cuba menjadi seorang pekerja yang terbilang daripada yang cemilang. Orang mempertikai? Hmmm… itulah…. Inilah realiti kehidupan. Kita harus sentiasa menguatkan hati dan diri. Bagaimana hendak mendapatkan kekuatan??? Tidak lain, daripada Allah yang Esa. Kita lemah… mereka juga lemah. Tidak ada yang kuat melainkan Allah.

3-Mendoakan mereka yang buruk akhlaknya…

Doakan agar orang itu kembali ke pangkal jalan. Boleh jadi ia terlupa…mungkin juga ia teralpa…. Sesungguhnya, setiap kita ada titik lemah… ada kelemahan. Dan titik lemah ini tidak akan dapat kita ketahui/ ubah… tanpa bimbingan mereka yang tahu dan menyayangi kita. Mereka tahu tetapi cakap belakang… bukan teman namanya. Mereka tahu tetapi menghina… bukan sahabat namanya. Sahabat sejati adalah teman yang tidak mahu kita terus berada di awang-awangan…

Buat teman Muthiah… juga sahabatnya… sabar… Allah bersamamu, sayang.

Muthiah : Memilih untuk tidak berdukacita atas kata-kata atau tanggapan orang.
Labels: | edit post
0 Responses