BERTAUBATLAH sebelum terlewat...
Monday, October 26, 2009
Assalammualaikum… apa khabar? Huhu… sebenarnya, Muthiah kena study untuk ujian undang-undang tetapi… malas bah (huhu..penyakit malas… payah nak ubati kecuali diri benar-benar mahu mujahadah)… tidak dapat fikir langsung. Mungkin sebab sebelum ini berhari-hari Muthiah fokus menulis esei…. Sudah siap… jadi blank seketika :)
Hmmmm…
Nobody is perfect dan pasti… kita tidak akan dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan, dalam sedar mahupun tidak.
Silap cakap… boleh jadi satu dosa…
Silap buat… boleh juga jadi satu dosa…
Silap bertindak… pun sama…. sama-sama bisa mengundang kemurkaan Allah.
Namun, setelah bergelumang dengan dosa… mahukah kita biarkan diri kita terus terkapai-kapai?
‘Aku sudah banyak dosa, tidak layak untuk membuat kebaikan!’
‘Lebih baik aku begini dan terus begini…’
… Tidak… tidak sama sekali… setiap manusia berhak menyucikan dirinya daripada dosa-dosa… Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun… lagi Maha Penyayang… juga Maha Mengasihani.
Rukun taubat :
1-Meninggalkan maksiat yang pernah dilakukan.
2-Menyesal dengan sebenar-benar penyesalan.
3-Berazam dengan tekad tidak mahu melakukan kemaksiatan itu lagi.
4-Sekiranya berbuat salah terhadap manusia, clear balik.
….
1-Carilah suasana/ persekitaran yang baik
Khuatir… andai terus berada dalam lingkungan yang tidak baik… kita pula tidak cukup kuat… membuatkan kita terlupa dan terleka. Akibatnya, kembali ke lembah yang tidak sepatutnya.
2-Niat ikhlas kerana Allah
Berubahlah kerana Allah dan sesungguhnya, hanya Dia yang dapat memberi kekuatan kepada diri kita untuk terus berada di atas jalan-Nya. Mohon dengan-Nya… rayu kepada-Nya… bergantung haraplah hanya pada Dia.
3-Jangan berputus asa
Bukan mudah untuk menjadi Pencinta Allah dengan sebenar-benar cinta. Bilamana kita hendak berubah, tiba-tiba diuji pula dengan sedikit ‘kesakitan’, jangan give up. Bangkit! Bangun dan jangan biarkan diri terus ‘lumpuh’ di situ. Allah ada….
4-Bertanya kepada mereka yang tahu
Bilamana kita tidak tahu… tanyalah kepada mereka yang berilmu …. Lagi baik kalau disertai dengan iman. Dengan kata lain, dekatilah orang yang berilmu dan beriman. Agar, mereka dapat mengingatkan kita bilamana kita terleka.
5-Ada kehendak
Hmmmm… kita hendak bertaubat dan kita betul-betul mahu bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. Berdoa kepada Allah agar diteguhkan hati kita untuk menjadi hamba yang sentiasa mengharapkan Tuhannya.
6-Bersegera
Jangan melambat-lambatkan taubat.
‘Esoklah…’
‘Alaaa…muda lagi.’
Sesungguhnya, kita tidak tahu bilakah kita akan dipanggil kembali.
7-Sedar akan kesilapan
Kita sedar bahawa kita telah berdosa kepada-Nya. Kita sedar bahawa ada hati yang terluka dengan sikap kita. Bagi salah yang dilakukan terhadap Allah… jangan dilihat kepada kecilnya dosa yang dilakukan tetapi pandanglah … KEPADA SIAPA dosa itu dibuat.
8-Bersemangat tinggi
Tabah! Bersemangat dan tekad…. Kita tidak mahu terus berada dalam kemurkaan Allah. Kita mahu menjadi hamba yang taat lagi patuh. Kita mendambakan KECINTAAN-Nya.
9-Bersangka baik dengan Allah
Yakinlah…walau setinggi mana dosa/ kesalahan yang kita lakukan… Allah tetap akan mengampuni kita, hamba-Nya selagimana kita tidak menyengutukannya. Andai kita merasa sakit… itu tanda Allah cinta. Bilamana kita berasa susah… itu bermakna Allah sayang. Dia mahu menguji kita… bagi meningkatkan darjat kita… juga sebagai penghapus dosa-dosa yang telah kita lakukan.
10-Selesaikan
Sekiranya punya ‘something wrong somewhere’ dengan seseorang…. selesaikan permasalahan tersebut. Berbincanglah dari dalam hati. Buanglah rasa dendam, marah dan benci ke tepi….
Baiklah… jom kita sama-sama membersihkan diri daripada sesuatu yang bisa menjauhkan kita daripada Pencipta.
Muthiah : Moga diampunkan dosa…