Ish... temanku tidak solat!!!!

Assalammualaikum. Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan ;) Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 56 yang bermaksud, “Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat.”

Baru-baru ini, seorang teman ada meluahkan rasa hati. Katanya, ia rungsing memikirkan temannya yang tidak solat. Kalaupun ia solat… ‘Ikut suka hati dia sahaja!’ Huhu…. Serba-salah jadinya, sudahlah rakan sebilik… agak rapat pula. Kelu! Tidak tahu apa yang harus dilakukan…

Hmmmm… berat juga permasalahan ini. Walaupun ada di kalangan manusia yang merasakan dirinya berilmu memandang enteng terhadap rukun Islam yang kedua ini… hakikatnya… sebenarnya, SOLAT itu tidak boleh diketepikan/ diremehkan atau dipandang sebelah mata. SOLAT itu jauh lebih utama daripada merentasi lautan yang dalam demi menaikkan nama negara. Huhuhu….

Antara yang boleh dilakukan…

Mula-mula…

1-Tanyakan pada diri, sejauh mana keakraban hubungan kita dengan teman yang tidak solat itu? Rakan rarib… rakan sepermainan… rakan dan rakan? Untuk apa? Hmmm… tidak sama caranya menegur rakan yang akrab dengan orang yang tidak berapa rapat dengan kita. Silap hari bulan, perang besar. Niat murni kita disalahertikan. Hal kecil boleh jadi diperbesarkan. Entahlah… ada juga orang yang begini? Namun, jangan terkejut! Inilah kehidupan…

2-Bagaimanakah karektor teman yang ingin ditegur? Panas baran? Tidak boleh terima teguran? Berasa hanya diri yang betul? Angkuh… bongkak… seorang yang tidak pandai berdikari? Sedari kecil terlalu dimanjakan? Kalau duduk sebilik, sepatutnya kenal!!! Sedikit sebanyak (walaupun tidak semua – mustahil tahu semua, bukan?)… mungkin. Sekiranya tidak mengenali langsung… muhasabah balik… di manakah silapnya? Bagaimana kita menjalin dan memelihara ukhwah dengan mereka yang berada dekat dengan kita?


Langkah selanjutnya…

1- Sebaiknya, bina hubungan dengan teman yang hendak ditegur. Sebab, bilamana sudah punya hubungan yang intim… kita akan lebih mengenali teman tersebut. Kita akan nampak titik kekuatan dan kelemahannya. Bilamana sudah tahu… akan lebih mudah kerja kita untuk….

Ini tidak… sudahlah tidak cukup kenal… sound direct. Akibatnya, teman yang sebenarnya tidak dekat… semakin menjauh. Sudahlah jauh daripada kita… disebabkan rasa benci terhadap karektor orang seperti kita… setiap individu yang punya sosok seperti kita dipersalahkan…

2-Jangan lokek untuk belanja… belikan hadiah… dengan kata lain, raikan dia. Bukan apa… manusia ini, fitrahnya suka diraikan (tetapi jangan sampai berlebih-lebihan ~ ikutlah kemampuan diri). Dari situ, hubungan akan menjadi lebih dekat. Kalau tetap tidak dekat, usaha lagi (carilah kaedah lain yang kita kira sesuai). Bilamana sudah dekat… hendak bercerita dan berkongsi apa-apa pun mudah... JADIKAN DIRI SEBAGAI ORANG KEPERCAYAANNYA.

Mungkin kita akan mengetahui sesuatu yang tidak kita ketahui/ duga sebelum ini. Boleh jadi… sedari kecil ia tidak diajar untuk solat. Boleh jadi juga ia tidak tahu betapa pentingnya menjaga solat (orang di sekelilinya sebelum ini, meremehkan solat. Ditambah dengan kuliah yang didengarinya melalui youtube. Ada ‘ustazah’ mengeluarkan kenyataan - ada perkara yang lebih penting perlu diutamakan [daripada solat]). Kita tidak boleh menganggap semua orang macam kita.

3-Tunjukkan contoh yang baik. Kita sendiri… perlu solat di awal waktu. Banyak melakukan solat sunat, mengaji Al-Quran dan apa-apa kebaikan di hadapannya… bukan bertujuan hendak menunjuk-nunjuk tetapi sebagai ‘promosi’ kepada teman yang mungkin tidak pernah merasai kemanisan beribadah ini. Insya-Allah, bilamana kita dekat dengan Tuhan, kita akan menjadi lebih tenang. Bilamana kita tenang, orang lain akan lebih selesa untuk dekat dengan kita. Hindari akhlak tercela… jadilah role model buat teman kita itu.

Bayangkan… kita solat lewat. Tiba-tiba, kita menegur teman ini untuk solat awal. Tidakkah pelik begitu? ‘Sendiri mahu ingat maaaa…’

4-Ajak… ajaklah untuk solat dengan hikmah. “Milah, jom solat berjemaah sama-sama. Qma rasa lama sungguh tidak solat berjemaah. Rindu pula… 27 kali ganda pahala..” ~ hehe… Contoh ajakan. Lagi baik kalau kita sudah hamparkan sejadah buatnya. Sementara menanti ia mengambil wuduk, kita tadarus dahulu.

Hmmmm…. sekurang-kurangnya, pada peringkat awal, ia sudah mula solat. Dia buat kerana mahu mengambil hati kita atau kerana Allah SWT, belakang kira. Yang penting… biar ‘bermula’ dahulu. Biar ada ‘titik mula’ dahulu.

5-Jadikan kebiasaan mengajaknya solat bersama. Namun, kita janganlah terlalu mendesak atau berharap. Ajak dengan lembut dan senyuman. Memang, kita mahu dia solat bersama kita (atau tidak lagi meninggalkan solat) tetapi jangan tunjukkan kekecewaan kita andai ajakan kita ditolak. Yang penting, kita terus menyeru dan mengajaknya solat.

6-Paling penting… berdoalah untuknya (jangan lupa doakan diri kita juga). Ingat! Bukan kita yang memberi hidayah tetapi Allah yang Esa. Bilamana kita sudah berusaha sedaya upaya kita, serahlah segalanya kepada Allah.

7-Jangan kecewa andai kita tidak berjaya mengajaknya untuk solat/ buat kebaikan. Hmmm… seperti yang Muthiah telah katakan, hidayah itu hanya daripada Allah. Yang penting, kita terus berusaha menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Bukan kita seorang yang mahu masuk syurga tetapi kita mahu mereka yang berada di sekeliling kita turut dijauhkan dari azab api neraka. Khuatir… silap hari bulan… kaki kita yang sepatutnya sudah melangkah ke syurga telah disentap oleh mereka (yang tidak pernah mendapat peringatan daripada kit) masuk ke dalam api neraka. Nauzubillah.

8- Betulkan niat dan ikhlaskan hati kita... semata-mata kerana Allah.


Buat… Selamat menjalankan kerja dakwah… Moga Allah akan merahmatimu dan kita semua. Amin.

Muthiah : Kadang-kadang kasar juga ;)
Labels: | edit post
0 Responses