^______^ (i)

Assalammualaikum....

^____________________________^ (Senyum dulu)...

Apa khabar? Muthiah... selsema dan batuk sedikit. Beginilah Muthiah setiap kali lama/ jauh berperjalanan -> Batuk, selsema, tidak sedap tekak = satu pakej lengkap.

21 hari bulan Januari baru-baru ini, Muthiah balik Kelantan. Orang Cina beraya, Muthiah dan suami pun hendak berhari raya juga. Ehe... jalan-jalan cari pasal dengan keluarga mertua.

Kondisi badan -> gagah perkasa lagi, Alhamdulillah.


3 hari di Kelantan, kami balik Terengganu pula pada malam 23 Januari. Na na na na na, Ganu Kite. 'Sere sohor metar asa Ganu.' (Padahal kad pengenalan nombor 14). Seperti di Kelantan, aktiviti yang berlangsung pun sama iaitu jalan-jalan cari pasal. Noktah!

Kondisi badan -> Masih perkasa (Bukan PERKASA!).

Pejam celik, pejam celik... sudah 26 hari bulan. Esoknya, Muthiah ada program di Shah Alam (Festival Karangkraf 2012). Bertolak ke Pasir Mas dari Sungai Tong... bagi hadiah hari jadi ibu mertua yang terlewat. Kemudian, singgah ke Merapoh. Muthiah bergerak ke Kuala Lumpur pada malam 26 hari bulan.

27 hari bulan...

Pertama -> Majlis penyampaian hadiah, Jom Tulis Cerpen, 'Saya hidup positif, anda bila lagi?' di Studio F, Kompleks Karangkraf Shah Alam. Insya-ALLAH, nanti Muthiah kongsikan pengalaman di sebalik pertandingan yang Muthiah masuki ini.


Kedua -> Aktiviti di booth NUR bersama penulis Raihan Zaffya ;)


Tidak sabar untuk tidur di atas tilam di rumah, Muthiah terus balik ke Ipoh pada malamnya.

Terima kasih yang tidak terhingga Muthiah ucapkan kepada suami yang sentiasa menyokong, mengasihi Muthiah sepenuh hati... keluarga yang selalu dekat dalam sanubari Muthiah... rakan-rakan serta semua yang menyayangi Muthiah.

Mode keseluruhan -> ALHAMDULILLAH. Muthiah gembira. Gembira sebab...

Dapat bersama keluarga...
Dapat rasa diri berkerjaya... Chewah ;)

Noktah! Kenapa Muthiah merasakan diri Muthiah sedang merapu-rapu di blog sendiri ini? Sekadar perkongsian perjalanan. Jika ada yang boleh dikutip, ambillah. Jika tidak...

Geleng kepala atau senyum kelat sahaja^^

Nota :

Dalam hidup...

ada senyum... ada mencuka..

Apapun kondisinya, ketahuilah yang kita tidak sendiri.

Muthiah : Merapu ;)

Kadar nafkah bagi isteri

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Ada baik? Jom muhasabah sama-sama muhasabah hati sekejap...

Ada perasaan cemburu pada siapa-siapa?
Ada rasa benci pada siapa-siapa?
Ada marah pada siapa-siapa?
Ada meluat pada siapa-siapa?
Ada sakit hati pada siapa-siapa?
Ada dan ada....

Persoalannya, KENAPA? ^______^

Kemudian, ayuh kita sama koreksi lagi...

Bagaimana dengan solat?
Bagaimana dengan tadarus al-Quran?
Bagaimana dengan ketaatan kepada ALLAH?

Resolusinya ..... Buat sendiri.

Hari ini, Muthiah ingin berkongsi kuliah Ustaz Azhar Idrus yang Muthiah baca di wall seorang teman (KISAS) dahulu. Yuk, kita bermuhasabah lagi ^^


Asas kadar nafkah wajib asas bagi seorang isteri.

1- Makan

  • 2 kali sehari sahaja (Pagi dan petang/ malam).
  • Kadar kenyang bagi isteri (termasuk lauk).
  • Sama ada dibeli/ suami atau isteri masak/ suami beli bahan mentah untuk dimasak/ suami beri duit untuk beli barang mentah.
2- Pakaian

  • 2 kali setahun.
  • Pakaian yang menjaga aurat.

3- Tempat tinggal

  • Sama ada sewa/ rumah sendiri/ menumpang rumah sesiapa.
  • Dengan syarat, tempat itu disukai isteri (tidak boleh mengumpulkan isteri dengan sesiapa yang menyakitkan hatinya).
  • Keadaan rumah, biarlah dapat memelihara aurat sang isteri.
Nota : Di atas, Muthiah hanya salin bulat-bulat dari apa yang UAI nyatakan. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus ke Page beliau, ya. Apa yang penting...

Baik jadikan ikutan.
Tidak elok jadikan sempadan.

ALLAH telah kurniakan kita akal untuk berfikir dan menilai.

Muthiah : Hmm...
Labels: 0 comments | | edit post

Menzalimi... dizalimi... (Ibrahim, 14:42)

Assalammualaikum. Moga kita semua dirahmati ALLAH selalu.

Apa perkembangan terkini? ~ Kerja, studi, rumah tangga...
Mutabaah ibadah? ~ Naik atau turun...

Okey. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi satu ayat daripada al-Quran. Ceritanya begini...



Apabila sampai pada ayat ini, Muthiah tergagap-gagap. Baca sampai 2-3 kali. Kemudian, Muthiah tergerak hati untuk melihat terjemahannya yang bermaksud, 'Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahawa ALLAH lalai daripada apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya ALLAH memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak.' (Ibrahim, 14:42)

Agak lama Muthiah merenung terjemahan ini...

Ya, ALLAH.

Moga-moga, Muthiah terlindung dan terpelihara daripada menjadi orang-orang yang menzalimi dan dizalimi. Sekiranya Muthiah yang menzalimi, Muthiah takut azab api neraka. Namun, sekiranya Muthiah dizalimi... Muthiah serah segala penghitungan pada ALLAH yang lebih arif segalanya.

Muthiah : ALLAH dekat, lebih hampir daripada urat merih kita sendiri.

Nasi goreng ikan rebus

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Menghitung hari hendak balik kampung. Kuang kuang kuang ^_____^

Okey. Jom kita berkongsi resipi...

Nasi goreng ikan rebus



Bahan-bahan

Nasi putih
3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 4 biji cili api (tambah cili api jika hendak pedas), sedikit lada hitam, 2 ekor ikan (mabong/kembung) yang sudah direbus - ditumbuk.
Sos tiram, kicap manis dan sos cili.
Garam secukup rasa (tidak letak pun tidak apa).
Lobak merah, kubis yang siap dipotong.
Telur - untuk buat telur mata kerbau.
Timun batang - untuk hiasan.

Cara membuatnya

1- Tumis bahan ditumbuk sampai naik bau.

2- Masukkan sos cili dan sos tiram. Bagi yang hendak letak garam, letaklah tetapi Muthiah tidak letak.

3- Masukkan sayur yang siap dipotong.

4- Masukkan nasi dan kicap manis. Jangan lupa kacau.

5- Untuk telur - gorenglah jadikan telur mata kerbau.

Insya-ALLAH, sedap. Sempoi tetapi menyelerakan.

Muthiah : Suka <3
Labels: 0 comments | | edit post

Mencari Naurah (Bab 30)


‘PENING...’ fikir Asyraf. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Itulah perumpamaan yang paling sesuai digunakan. Siapa sangka, dalam usia yang masih muda, dia akan menerima ibu tiri yang sama umur dengannya. ‘Susah juga,’ bisik hatinya lagi. Mahu panggil apa? Mama? Atau sekadar menyebut namanya?

Namun, papa berhak untuk berbuat demikian. Papa sudah sanggup dan dia mampu. Sebagai suami, papa tidak memerlukan keizinan mama untuk berkahwin satu lagi. Bukan sahaja satu bahkan dua... tiga. Islam membatasi poligami sehingga empat. ‘Jadi, sepatutnya tidak akan menimbulkan sebarang masalah.’ Asyraf berkira-kira sendiri.

Dari sudut kewangan, papa tidak berhadapan dengan masalah. Papa punya harta yang melimpah ruah tetapi jika dilihat dari sudut batiniah, hanya papa yang tahu kemampuannya. Bolehkah papa membahagikan kasihnya kepada dua isteri secara adil lagi telus? Bukankah sukar untuk berlaku adil? Mama yang sudah hampir menopaus manakala mama baru berada dalam kedudukan ‘cergas’.

Hmm... walaupun sukar untuk menerima hakikat ini, Asyraf cuba berfikir secara waras mengikut syariat Islam. Tidak salah berpoligami. Firman ALLAH dalam s


Ya, nikahilah dua, tiga atau empat yang kamu senangi. Mungkin papa berasa senang untuk membuka cawangan baru. Lebih-lebih lagi dengan keadaan mama yang tidak mengambil peduli keperluan papa. Betullah sepertimana yang diperkatakan papa, “Air pun bibik kena buat. Baju bibik kena basuh. Nasi bibik kena masak. Sampaikan bilik tidur pun bibik kena kemas...
urah an-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud, ‘maka kahwinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian sekiranya kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja.’

Saya mendambakan seorang isteri yang dapat memenuhi segala keperluan saya...” Dengan kata lain, keperluan

papa semuanya diuruskan bibik tetapi bibik bukanlah isteri papa.

Mungkin mama beranggapan bahawa usia sudah lanjut. Maka, belaian sudah tidak bermakna lagi tetapi tanggapan itu sama sekali salah dan terpesong. Bukankah seorang lelaki itu sentiasa berasa muda? Lebih-lebih lagi setelah melepasi angka 40, merasakan diri sentiasa gagah dan hebat. Entahlah, Asyraf masih buntu untuk menyelesaikan permasalahan antara ibu dan bapanya.

Ingin menuding jari pada mama? Tidak boleh juga kerana papa yang berperanan membimbing mama. Seingat Asyraf, papa tidak pernah melarang mama melakukan apa sahaja yang disukainya. Papa memberi sepenuh kebebasan kepada mama. Ingin pergi gim, salun, berenang... papa tidak pernah larang.

Selain itu, papa juga tidak pernah menegur penampilan mama. Gayanya tidak ubah seperti pelakon Hollywood, yang sudah tua usianya tetapi masih kelihatan bergaya. Satu ketika dahulu, papa begitu berbangga dengan mama. Papa berbesar hati apabila kecantikan mama dipuji-puji orang di sekelilingnya.

Itu dahulu, sebelum papa mendapat hidayah daripada Yang Maha Esa. Waktu papa masih muda... waktu papa mula-mula mendapat gelaran dato’. Kejayaan papa dalam bidang perniagaan melayakkan papa memperoleh status tersebut. Asyraf tumpang gembira. Mama apatah lagi.

Namun, manusia berubah. Dan hamba TUHAN yang berubah itu adalah papanya. Ya! Tidak ada yang pelik dalam kehidupan ini. Apabila hidayah itu datang, perkara yang mustahil itu akan menjadi tidak mustahil. Seseorang yang jahil bisa menjadi insan yang berilmu. Asal mana dia sentiasa mahu merendahkan dirinya di hadapan TUHAN.

Sekiranya ia berubah sebanyak 360 darjah, siapakah yang berhak menyangkalnya? Bukankah semua itu datangnya daripada RAB yang menjadi Tuan Punya?

Sesungguhnya, kuasa ALLAH tidak ada batasannya. DIA memegang hati-hati manusia dan DIA bisa membawa mereka ke jalan yang diredhai-NYA. Malanglah bagi insan yang merasakan dirinya begitu besar dan hebat. Tanpa sedar, perkara tersebut telah menghalangnya daripada melihat cahaya yang sedang menghampirinya. Seterusnya, gagal untuk menggapai cahaya yang tidak banyak orang memperolehinya.

Asyraf berfikir lagi. Lebih mudah mengajak orang lain kepada TUHAN berbanding menyeru keluarga sendiri mengenali agama. Dia merasa kecil di hadapan TUHAN. Dia bersungguh-sungguh mengingatkan orang lain kepada PENCIPTA tetapi keluarganya?

Dia muhasabah sendiri. Nabi SAW sendiri tidak dapat membawa bapa saudara yang banyak membantunya dalam perjuangan Islam untuk mengikuti agama tauhid. Sehingga ajalnya, Abu Talib masih kekal dengan agama anutannya. Itu Muhammad bin Abdullah. Inikan pula dirinya yang begitu banyak melakukan dosa, dalam lena mahupun jaga.

Hidayah itu daripada ALLAH. Yang penting, tidak berputus asa dalam menyampaikannya. Dia sedar, bukan dirinya yang membawa manusia kepada RAB tetapi DIA yang membuat pilihan terhadap insan-insan yang dikasihi-NYA.

Asyraf berdoa agar satu hari nanti, mamanya akan kembali ke pangkal jalan. Mungkin lambat lagi tetapi dia tidak akan berhenti berdoa. Papa dan mama barunya? Moga mereka bahagia dengan kehidupan yang dipilih mereka. Dia yakin papanya mampu dan dia turut berdoa agar papanya berlaku adil. Khuatir andai papanya tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya...

~bersambung~

Mencari Naurah (Bab 29)

Novel | Mencari Naurah

“AWAK dah buang tabiat?” jerit Datin Khatty.

Dato’ Ghazali diam...

“Awak sudah malukan saya. Apa saya hendak cakap kepada datin-datin lain?” Tambah Datin Khatty. Dia tidak berpuas hati dengan reaksi Dato’ Ghazali.

Dato’ Ghazali tetap diam...

“Miang! Gatal!!!” Datin Khatty memandang suaminya dengan pandangan yang tajam, seperti mahu menerkam lelaki yang berusia lebih separuh abad itu. “Tidak pernah mahu memikirkan hati dan perasaan orang lain!!” jeritnya lagi. Dia sudah lupa dengan siapa dia tengah berkata-kata.

“Cuba awak beritahu saya. Apa yang harus saya khabarkan kepada mereka?” Datin Khatty mengulangi soalan itu.

“Hmm... beritahu sahaja datin-datin berkenaan bahawa suami awak baru sahaja mendapat pucuk muda.

Bukan itu sahaja bahkan umur madu awak seusia dengan anak teruna kita. Baru 26 tahun,” balas Dato’ Ghazali perlahan tetapi penuh dengan ketegasan. Matanya dibulatkan dan kelihatan wajahnya sudah bertukar warna. Mungkin sudah tidak tahan dengan perlakuan Datin Khatty yang tidak henti-henti memakinya.

‘Walau apapun keadaannya, saya tetap suami awak yang layak dihormati!!!’ bentak hati kecilnya.

“Dato’ Ghazali anak Tan Sri Hashim!!!! Awak tidak pernah fikir perasaan saya. Awak pun tahu saya memperjuangkan hak wanita yang dipoligami. Mereka dianiaya dan dizalimi. Saya tentang poligami sekeras-kerasnya...

Namun sekarang, suami saya pula yang mengikutinya. Tidak cukup dan tidak puas dengan seorang isteri,” luah Datin Khatty. Kali ini, suaranya dikendurkan. Mungkin mengharapkan sebuah pengertian.

“Apa salahnya dengan berpoligami?” Dato’ Ghazali merenung dalam-dalam anak mata isterinya. “Nabi juga berpoligami dan Islam sendiri tidak menghalang poligami. Awak mahu menentang hukum Islam?”

“Inilah lelaki! Bab kahwin, bab nikah ikut Nabi. Bab sembahyang, zakat ikut kepala sendiri,” Datin Khatty meninggikan suaranya kembali.

“Tak kuasa saya bergaduh dengan awak. Menyakitkan hati,” getus Dato’ Ghazali perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Datin Khatty.

“Dewi, tolong buatkan saya Horlicks kurang susu,” arahnya pula kepada pembantu rumah yang sedang menyapu sampah. Cepat-cepat gadis yang berasal dari Medan itu meletakkan penyapu di tepi dinding.

“Diam di situ, Dewi. Aku belum habis lagi bercakap dengan orang tua yang tidak sedarkan diri ini,” jerit Datin Khatty apabila Dewi berjalan perlahan menuju ke dapur. Suaranya semakin serak.

“Awak tengok sendiri, datin! Awak marah, awak maki-hamun, awak mengamuk macam orang kurang siuman tetapi apakah peranan awak dalam rumah ini? Air pun bibik kena buat. Baju saya bibik kena basuh. Nasi bibik kena masak. Sampaikan bilik tidur saya pun bibik kena kemas...” Dato’ Ghazali meluahkan apa yang terpendam, mungkin sesuatu yang telah disimpan sekian lama.

“Saya mendambakan seorang isteri yang dapat memenuhi segala keperluan saya. Sayangnya, semua bibik yang buat. Sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh isteri kesayangan saya,” luahnya. “Saya ulang... isteri kesayangan saya!”

“Saya rasa awak memang sudah buta. Saya kenal isteri baru awak, Dato’ Ghazali,” Datin Khatty seakan mengejek. Mulutnya dimuncungkan. Tangannya digenggam erat... marah, geram, benci... semuanya ada.

“Namanya Melissa dari Kampung Jawa, Klang. Nama sahaja yang moden. Orang kampung yang awak tergila-gila?” tambahnya sambil tersenyum sinis. “Sudahlah kekampungan, kolot pula. Baju kurung dua puluh empat jam. Rasanya, sebelum kahwin dengan awak, pakaiannya semua dibeli di kaki lima Chow Kit...

Tidak, tidak... saya tahu. Awak sudah terpengaruh dengan ceramah yang awak dengar. Sejak akhir-akhir ini, rajin benar awak bersembahyang di surau. Kemudian, lepas isyak baru pulang ke rumah. Awak rasa sudah hendak mati ke? Kubur sedang memanggil-manggil ke? Atau budak kampung itu beri awak ubat guna-guna sampai sanggup berkahwin lagi dalam usia emas?”

“Astaghfirullah, Khadijah binti Khalid! Mengucap Khadijah. Nama sahaja cantik tetapi berakhlak buruk! Kita sudah tua Khadijah. Tempat kita bukan lagi spa atau salun. Benar, kubur sudah memanggil kita. Awak perlu ingat! Usia awak pun sudah sampai 50 tahun,” kata Dato’ Ghazali. Suaranya sedikit kecewa. Matanya memerhati akuarium yang terletak di tengah-tengah rumah.

“Aduhai, saya ingat awak pergi dengar ceramah sahaja. Rupa-rupanya awak belajar untuk berceramah juga,” ejek Datin Khatty.

“Saya keluar dahulu. Hendak bertemu dengan sang isteri yang menyejukkan mata bila memandang dan menenangkan jiwa,” kata Dato’ Ghazali seakan-akan mahu menaikkan amarah Datin Khatty. Dia benar-benar rasa tercabar. Tanpa berlengah, segera ditinggalkan isterinya yang semakin menggila itu terkebil-kebil sendiri.

“Pergilah orang tua tidak sedarkan diri!” jerit Datin Khatty lantas mencapai pasu yang baru dibeli. Pasu buatan Eropah itu dihempas tanpa ragu. Pang!!!

Kemudian, tangannya mencapai pula sebuah pasu lagi. Dia tidak kisah asal hatinya puas. Kalau boleh, dia mahu menghancurkan rumah ini. Pang... pecah berderai.

“Dewi, ambil penyapu. Sapu kaca yang bertaburan ini,” jerit Datin Khatty kepada pembantu rumahnya.

“Baik, bu,” Dewi cepat-cepat ke tempat pasu itu dipecahkan.

“Selepas ini, kau tidak payah buat air, basuh baju, masak untuk dato’. Biar dia buat di rumah bini mudanya,” Datin Khatty memberi amaran.

“Baik, bu,” jawab Dewi ringkas. Pasu yang pecah itu dikutip satu per satu. ‘Sayang sungguh. Pasti mahal harganya,’ fikirnya sendiri.

Datin Khatty masih tidak berpuas hati. Hatinya masih panas. Dia mahu memuntahkan cairan lava yang mendidih di dalamnya. Digapai bingkai gambar yang terletak di atas meja. Kelihatan dirinya sedang memeluk Dato’ Ghazali. Di samping mereka, anak tunggalnya sedang melambai-lambai sambil tersenyum. “Ah, siapa peduli!” katanya lalu menghempas bingkai gambar itu ke lantai. Pang... pecah lagi. Kali ini dia tersenyum puas.

“Assalammualaikum, mama.” Asyraf yang dari tadi berada di belakang pintu memberi salam. Dia tidak sanggup lagi melihat tindakan mamanya yang semakin jauh... jauh daripada diri seorang hamba. Sudah hilang kewarasan seorang manusia yang punya TUHAN.

Dia telah menyebabkan syaitan yang dilaknat ALLAH turut sama ketawa riang. Pertama, dia berjaya mendorong seorang isteri untuk menderhaka terhadap suami.

Kedua, dia membuatkan manusia itu lupa bahawa ia hanyalah hamba ALLAH yang kecil.

Akhir sekali, dia berhasil membakar api kemarahan dalam hati seorang makhluk ALLAH menyebabkan dia bertindak di luar kawal.

“Asyraf, jangan jadi macam papa,” kata Datin Khatty tanpa menjawab salam yang diberi. Dia diam sejenak. “Dunia semakin maju, teknologi semakin berkembang...

Tetapi... papa Asyraf semakin mundur, semakin kolot, semakin ketinggalan zaman, ” dia menambah.

Asyraf memegang bahu mamanya. Dia mengurutnya perlahan-lahan sambil berselawat ke atas Nabi SAW. “Mama duduk dahulu, Asyraf ambilkan air suam,” katanya lalu memimpin Datin Khatty ke sofa. Setelah Datin Khatty duduk, segera ia berjalan ke dapur.

“Asyraf! Suruh bibik yang...” jerit Datin Khatty.

“Tidak apa, ma. Biar Asyraf yang ambilkan,” Asyraf berkata sebelum sempat mamanya menghabiskan kata-katanya.

“Papa Asyraf sudah gila,” Datin Khatty masih belum berpuas hati. “Sanggup dia buat mama macam ini,” dia menambah.

“Papa sepatutnya berbangga. Mama cantik, bergaya dan mengikut peredaran zaman,” katanya lagi.

“Sampai hati...” Datin Khatty menangis teresak-esak. “Macam mana mama hendak jelaskan kepada kawan-kawan mama?” tangisannya semakin kuat.

Bibik yang sedari tadi memerhati melopong mulutnya.

Asyraf juga hanya membiarkan mamaanya menangis. Mungkin dengan menangis dapat mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh mamanya.

~bersambung~

Hendak kahwin, mestilah grand...



Ibrahim tersenyum. Dia faham apa yang dimaksudkan emaknya. Maklumlah, mereka yang hadir dalam majlis perkahwinannya nanti bukan setakat ingin meraikan kedua-dua mempelai tetapi hendak melihat kemeriahan majlis tersebut. Yang dimaksudkan dengan meriah pun banyak. Sama ada, majlis tersebut meriah dengan kehadiran tetamu yang tidak pernah putus atau… meriah dengan majlis yang gilang-gemilang. Dengan kata lain, buat besar-besaran. Sekembalinya dari majlis, diadakan pula mesyuarat tingkap. Macam Re dalam filem Do Re Mi… Menambah dosa yang sedia bertambun.

m/s : 198-199

Petua : Memilih bahan basah

Assalammualaikum. Moga diri dan hidup kita bertambah baik dari sehari ke hari. Bagaimana dengan kerja/ perancangan kerja hari ini? Muthiah...

Insya-ALLAH jam 9.00 nanti untuk mengubungi Polan binti Polan untuk memastikan sesuatu. Doakan segalanya dipermudah TUHAN.

Okey. Bagi para isteri atau sesiapa sahaja yang biasa 'masuk dapur', mungkin ini bermanfaat untuk kita. Selamat menjadi isteri/ wanita solehah ^^

Cara memilih bahan basah


IKAN
kulit berkilat dan cerah.
kulit tidak berlendir tebal.Lendirnya tidak berlumut atau berlumpur.
mata jernih, bercahaya dan tidak terbenam.
Insang berwarna merah cerah.
tidak berbau busuk.
isi pejal dan anjal.
perut tidak pecah.

DAGING
berwarna merah cerah.
tidak berbau busuk.
tidak berlendir.
tidak banyak lemak.

AYAM
kulit berwarna cerah dan tidak lebam.
tidak berlendir dan berbau busuk.
isi pejal dan anjal.
tidak banyak lemak.

UDANG ATAU SOTONG
kulit bewarna cerah dan bersinar.
kepala tidak tertanggal.
tidak berbau busuk.
tidak berlendir.
isi pejal dan anjal.

KERANG-KERANGAN
kulit kerang masih tertutup.
tidak banyak lumpur pada kulit.
tidak berlendir berbau busuk.
cengkerangnya tidak pecah.

Sumber : Page Kementerian Kesihatan Malaysia.

Muthiah : Berlapang dada.
Labels: 2 comments | | edit post

Ganbatte - treadmill!

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Hari ini, dapat menarik nafas lega sekejap. Hendak bersenang-lenang sepanjang hari. Tengok Hanazakari sambil kemaskini blog yang hampir bersawang ^___^

Hore... kerja yang dirancang sudah siap! Alhamdulillah. Sedang menunggu pengkhabaran daripada yang sepatutnya. Insya-ALLAH, sudah bersedia dengan sebarang ______ lagi, dan lagi. Doakan agar segalanya dipermudahkan ALLAH. Kita hanya mampu melakukan yang terbaik, ALLAH-lah yang menentukan.

Alhamdulillah. Sekarang, sudah bersemangat untuk bersenam guna treadmill.

Di sebalik semangat ini, ada kisah sebenarnya....

Suami Muthiah begitu giat menggunakan treadmill. Satu hari, Muthiah berkata, "Abe, jika satu hari nanti Abe bertambah kacak, jangan lupa Muthiah di sini..." Suami tersenyum kecil. "Kalau begitu, exercise sekali. Kenalah slim." <- Peringatan untuk para isteri khususnya diri sendiri.

Rentetan daripada itu, Muthiah yang tidak pandang treadmill yang berada di sebelah meja makan walau sebelah mata, bersemangat waja menggunakannya. Hari pertama, 5 minit. Hari kedua, lebih 10 minit tetapi kurang 15 minit. Insya-ALLAH, akan terus istiqomah. Ganbatte!

Satu fakta kesihatan yang Muthiah perolehi dari page KKM :

Berjalan 1km = 1,250 langkah
Oleh itu berjalan 10,000 langkah bersamaan lebih kurang 7 hingga 8 km.

Berjalan dalam tempoh 20 minit yang merangkumi jarak sejauh 1.8 km membakar nilai kalori bagi sebiji pisang.

Berjalan dalam tempoh 30 minit yang merangkumi jarak sejauh 2.6 km membakar nilai kalori bagi sebiji karipap.

Jika kita berjalan dalam tempoh 60 minit yang merangkumi jarak sejauh 4.8 km akan membakar nilai kalori bagi sekeping roti canai.

Berjalan 10,000 langkah membakar sebanyak 390 kalori bersamaan sepinggan kuey tiaw goreng.

Kebiasaannya secara purata kita akan mendapat 100 langkah dalam masa seminit.

Okey. Jom kawan-kawan, kita bersenam sama-sama. Curi masa walau hanya 5 minit (Peringatan untuk diri yang selalu on off).

Muthiah : Sayang kerana ALLAH.

Ikan siakap bakar air asam

Assalammualaikum. Apa khabar? Lama tidak berkongsi resepi. Ehe. Sejak ada oven baru ini, Muthiah rajin benar masak lauk yang dibakar. Antaranya ialah...


Jeng jeng jeng...

Bahan-bahan

Ikan bakar

Ikan siakap
Kunyit
Garam

Air asam

Air asam jawa
Bawang kuning dimayang
Bawang merah dimayang
Tomato dihiris halus
Cili api ditumbuk dengan belacan
Cili api dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Limau nipis diperah pada air asam

Cara membuatnya


1- Bakar ikan yang sudah disapu (betulkah istilah ini? Minta editor betulkan) dengan kunyit dan garam.


Oh, nampak lain, bukan? Untuk gambar di atas, Muthiah letak kunyit, halia garam dan serai yang ditumbuk. Untuk resepi yang dikongsi hari ini, Muthiah bagi yang paling ringkas.


2- Untuk air asam, campurkan semua bahan di atas dan siap.



Selamat mencuba.

Muthiah : Ya, ALLAH. Jadikanlah aku hambu-MU yang bersyukur. Amin.
Labels: 2 comments | | edit post

Yuk jadi wanita solehah...

Assalammualaikum. Apa khabar?

^_____^

Mesti banyak di kalangan kita yang sedang tersenyum suka di sini. Muthiah pun sama. Alhamdulillah, namun ingat.... perjalanan masih panjang. Dekatkan hati dan diri kepada ALLAH. Kerana... hanya dengan izin-NYA kita akan beroleh...

Bahagia...
Kemenangan...

Okey. Jom dengar tazkirah.


Semoga kita tergolong dalam lingkungan isteri yang solehah. Payah tetapi berusahalah. Baiklah. Muthiah hendak sambung kerja. Doakan dipermudahkan semuanya. Amin.
Labels: 0 comments | | edit post

Karnival Buku Karangkraf

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan kesyukuran atas nikmat TUHAN.


Ini adalah majlis julung-julung kali diadakan khusus untuk semua penulis Grup Buku Karangkraf dan peminat buku. Festival ini adalah perhimpunan besar-besaran penulis, pengkarya kreatif seperti penggiat drama dan filem, pensyarah, pengkritik, penulis skrip serta aktivis dunia buku. Ada majlis Sembang Buku, Bedah Karya, Wacana Buku dan banyak lagi aktiviti bermanfaat. Promosi besar-besaran adalah dituntut ;)

Insya-ALLAH, Muthiah akan turut serta. Jumpa di sana ♥ ♥ ♥
Labels: 0 comments | | edit post

Hati-hati memilih sahabat

Assalammualaikum. Apa khabar, semua?

Sudah menunaikan solat Maghrib? ~ Muthiah, Alhamdulillah sudah.
Sudah makan malam? ~ Muthiah, belum. Menunggu kepulangan suami yang bekerja pada hari cuti.

Lama sudah tidak menulis di sini. Harapan Muthiah, agar sahabat-sahabat di luar sana sihat hendaknya... berbahagia dalam kehidupan yang dilalui... tabah dalam mendepani ranjau dan duri serta dirahmati ALLAH selalu. ALLAH ada. ALLAH dekat bagi mereka yang dizalimi.


Hmm...

Sejak akhir-akhir ini, Muthiah melihat banyak pos di Facebook;

Ada yang naik angin sebab dikhianati rakan sendiri.
Ada yang mengamuk sebab disindir dengan sinis.
Ada yang sedih sebab diperlakukan itu dan ini.
Ada yang kecewa kerana putus cinta.
Ada yang terkilan sebab ditikam dari belakang.
Ada dan ada...

Macam-macam ada, kan? Okey... boleh renung sendiri. Yang baik jadikan teladan, yang tidak elok, jadikan sempadan.

Jom kita baca petikan yang Muthiah ambil dari wall Sdr. Fedtri Yahya yang berbunyi...

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: Ia sangat tamak; Ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak; dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: Ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3. Sahabat pengampu: Ia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: Ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Okey... selamat bermuhasabah. Muthiah hendak sambung ______.

Muthiah : Ada orang yang tidak tikam dari belakang, tetapi dari kiri dan kanannya ^^

Di sebalik Nasi Kerabu Mak Munah

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah. Baik-baik sahaja, gembira dengan apa yang ALLAH berikan. Dalam masa yang sama, malu pada DIA sebab selalu sahaja tidak sabar dengan ujian-NYA. Bukankah janji ALLAH itu benar? Kita sahaja yang selalu lupa.

Dua minggu lepas, semangat Muthiah sedikit merundum. Sebab apa? Adalah... kita kan manusia. Namun Alhamdulillah, down itu tidak membuatkan Muthiah menjauh... Syukur kerana memiliki suami yang selalu mengingatkan, juga teman dan keluarga yang sentiasa mendoakan. LOVE YOU ALL <3



Alhamdulillah... Pada 19 Disember 2011, Puan Seri Banon dari Dewan Bahasa dan Pustaka menghubungi Muthiah. Syukur ke hadrat ALLAH. DIA tidak membiarkan Muthiah rasa jatuh begitu lama. Muthiah dikhabarkan menjadi salah seorang pemenang (sagu hati) untukSayembara Menulis Novel Remaja DBP.

Cakap pasal Nasi Kerabu Mak Munah...

Sewaktu mula-mula berpindah ke Taiping, Muthiah memang telah meletakkan impian di dalam diri, "Aku mahu jadi penulis." Namun, sebagai orang baru... juga tidak aktif dalam laman sosial... Muthiah tidak nampak jalan. Blur. Blank. Awalnya, Muthiah ada menghantar e-mel kepada beberapa orang penulis lama... bertanya cara untuk menulis, menghantar karya dan lain-lain tetapi mungkin penulis-penulis tersebut teramatlah sibuk... Muthiah tidak mendapat sebarang maklumbalas. Sedikit kecewa, namun Muthiah tidak patah semangat. Waktu itu, Muthiah belum mahir berkomunikasi dengan pak cik Google... tidak juga punya Facebook. Hanya ada Friendster yang hidup segan mati tidak mahu.

Kemudian, Muthiah pun mula menulis novel Flora Cinta atau apabila diterbitkan bertukar judul kepada Mencari Naurah (tentang di sebalik tabir Mencari Naurah, telah Muthiah kongsikan di blog ini^^).

Tulis... tulis dan tulis...
Lalalala....

Satu hari, Muthiah terbaca iklan pertandingan ini dalam majalah DBP. Lupa majalah apa. Oleh sebab Muthiah masih baru... tidak tahu apa-apa... tidak tahu jalan mana hendak dituju... juga tidak tahu akan kemampuan diri (bolehkah Muthiah menulis?), Muthiah memutuskan untuk menyertai pertandingan ini. Tujuannya :

1- Hendak karya Muthiah dinilai oleh mereka yang berpengalaman. Muthiah kira, dari situ Muthiah akan belajar. Komentar itu penting untuk Muthiah tahu, di manakah silap Muthiah dalam penulisan ini.

2- Huhu... boleh jadi dari sini Muthiah akan nampak arah tuju karier penulisan Muthiah. Kenali orang dalam bidang ini, bla bla bla...

Jadi, Muthiah berhenti seketika menulis untuk Flora Cinta @ Mencari Naurah, fokus kepada Nasi Kerabu Mak Munah.

Harapan untuk menang?


Hukhuk... berharap tetapi tidak tinggi. Iyalah. Baru belajar. Harapan untuk dinilai oleh mereka yang pakar lebih tinggi berbanding mahu memenanginya.

Setelah bertungkus-lumus, akhirnya... lahirlah Nasi Kerabu Mak Munah? Tajuknya tidak sedap? Huhu... Maaf, Muthiah memang tidak pandai dalam bab memberi tajuk... banyak hal juga yang Muthiah kira Muthiah terkebelakang. Namun, satu sisi yang Muthiah tahu 0.09% (hanya angka) daripada Muthiah... Muthiah suka belajar dan akan terus berusaha. Yakin boleh! <- Pada hujung lagu, MALAYSIA BOLEH, tukarkan MUTHIAH BOLEH! ^^

Alhamdulillah... Setelah lebih 2 tahun menanti, keputusan diumumkan dan Muthiah terpilih. Rasa hati? Alhamdulillah, syukur kerana apabila berada di sini... bermakna, sudah ada yang membaca dan menilai karya Muthiah. Dan... menambah keyakinan Muthiah untuk terus menulis. Terjatuh kadang-kadang itu normal namun pohonlah kepada ALLAH agar tidak tersungkur lama.

Terima kasih kepada suami sebab banyak mendorong, menyokong dan mengasihi Muthiah seadanya diri Muthiah. Mohon maaf dan redha sampai hujung nyawa.

Terima kasih kepada keluarga/ mertua yang sentiasa bersama Muthiah dalam suka duka. Banyak bersabar dan menyokong Muthiah. Muthah sayang kalian kerana ALLAH.

Tidak lupa juga kepada saudara-mara, sahabat lama, rakan penulis, sahabat baru, sahabat maya, pembaca, dan semua yang menyokong dan menyayangi Muthiah.

Juga... para editor yang banyak mengajar Muthiah... Teguran/ komentar panjang lebar... memang pada awalnya terkedu, hukhuk tetapi... ambil masa sekejap (jangan lama-lama), fikirlah untuk kebaikan diri. Editor tidak akan membuat sesuatu untuk merosakkan karya kita. Bahkan, penulis hebat pun memerlukan editor untuk mencantikkan tulisannya. Jangan jemu mendidik Muthiah ya, CikPuan Editor ^^ Terima kasih banyak-banyak.

~~~Muthiah sayang semua kerana ALLAH ~~~

Mencari Naurah (Bab 28)


“ASSALAMMUALAIKUM,” salam diberi.

Aku yang dari tadi membaca majalah Reader Digest terpaku apabila mendengar suara itu. Macam kenal. “Waalaikumussalam,” jawabku. Lidahku kelu untuk meneruskan kata-kata. “Buat apa di sini?” aku bertanya ragu-ragu.

“Nama saya Khairul Anuar Baharin. Menurut Cik Sook Kuan, saya perlu menemui Cik Natasha binti Zulkarnain,” tenang sungguh bicara Anuar.

“Apa???” Aku hampir menjerit. ‘Kembar’ Preshnan bakal bekerja satu bumbung denganku? ‘Oh, tidak!’

“Kenapa, Asha?” soal Preshnan lantas segera mendapatkanku.

“Tidak ada apa-apa. Dia ingat, cicak itu hendak melompat ke arahnya,” Anuar memandang tepat wajah Preshnan yang sudah berada di hadapanku. Lagaknya sungguh selamba. Macholah kononnya.


“Baiklah. Hati-hati, Asha. Jangan cuai sangat,” pesan Preshnan lagi. Dia diam sebentar. “Nama saya Preshnan. Awak Khairul Anuar, bukan?” Dia memperkenalkan diri.

“Betul. Gembira dapat bertemu dengan awak,” balas Anuar sambil menghulurkan tangannya kepada Preshnan. Mereka saling bersalaman.

“Selamat datang ke dalam keluarga kami. Kenalkan... nenek tiri kami, Natasha binti Zulkarnain,” Preshnan memandangku sekilas sambil mengenyitkan matanya.

Aku diam... tidak mahu melayan Preshnan. Nampaknya, buku sudah bertemu dengan ruas!

Anuar ketawa yang dibuat-buat.

“Maaf. Saya perlu beransur dahulu. Ada sesuatu yang perlu saya bereskan...” Preshnan diam sejenak. “Asha, jalankan tanggungjawab anda selaku nenek tiri yang peka dan prihatin.” Dia berseloroh tetapi dalam nada yang lebih serius. Kemudian dia berjalan laju ke arah Ying Pei yang sedia menanti. Ada mesyuarat lagi agaknya.

“Baik,” suaraku kedengaran lesu. Hilang tumpuan jadinya. “Jom...” ajakku, berusaha untuk menjadi profesional.

‘Asha, jangan terlalu ikutkan perasaan,’ aku memujuk hati sendiri. Hmm...

“Asha macam tidak suka saya kerja sini aje,” kata Anuar.

“Tak adalah. Terkejut sahaja,” jawabku pendek.

“Rose cakap Asha kerja sini, jabatan sumber manusia. Jadi, saya cubalah nasib di sini. Tak sangka dapat pulak,” jelas Anuar tanpa diminta. “Jodoh kita agaknya,” katanya lagi.

Aku hanya diam. Kak Rose!!! Kenapa bongkarkan rahsia ini? Aku memang merancang untuk merahsiakan tempat kerjaku daripada Anuar. Khuatir dia datang mencariku.

“Mana meja saya?” tanya Anuar.

‘Hisy... baru masuk kerja sudah bertanya tentang meja,’ rungutku.

“Ini tempat duduk saya. Tempat Anuar di hadapan sana.” Aku masih belum bersemangat. Tidak bermaya. Semacam baru pulih daripada demam campak.

“Wow, ini sudah bagus. Memang kita berjodoh.” Anuar tersenyum riang.

‘Tolonglah... awak datang sini untuk bekerja, bukan mencari calon isteri,’ rungutku di dalam hati.

“Asha, makan tengah hari dengan saya, boleh?” Anuar separuh berbisik.

“Saya sibuklah. Esok saya kena temu duga calon baru.” Aku memberi alasan.

“Alah, bukan lama pun. Saya belanja,” pinta Anuar lagi.

“Tengoklah dahulu,” kataku ringkas.

“Saya masih baru. Raikanlah saya,” Anuar sedikit mendesak.

“Asha, Anuar... nampak macam sudah lama kenal sahaja,” Ying Pei tiba-tiba mencelah. Aik, ingatkan ada mesyuarat. Ini bermakna...

“Senior Asha di UM,” ujarku dengar tidak dengar.

“Apa???” Jerit Sook Kuan pula. “Ooo... Bukankah saya sudah katakan. Jadi, makin mudahlah untuk memulakan sebarang perhubungan,” sambungnya lagi.

“Kemudian... kahwin!!!” sampuk Preshnan.

Entah bila dia sudah berada di belakang kami. Tepat telahanku! Bilamana Ying Pei berada di sini, bermakna Sook Kuan dan Preshnan pasti akan muncul seketika nanti.

Ying Pei, Sook Kuan, Preshnan dan Anuar sama-sama ketawa.

“Tidak lawak pun,” kataku perlahan.

“Jom, kita makan tengah hari sama-sama,” ajak Ying Pei.

Aku sekadar mengangguk.

“Tengok! Kita betul-betul ada jodoh bersama,” Anuar bersuara perlahan... benar-benar perlahan.

Aku sekadar mencebikkan bibir.

“Andai ada jodoh kita, tidak akan ke mana-mana... pastikan sempurna harapan bersama...” Anuar tersenyum penuh makna.

Aku mendengus perlahan. Kehadiran Anuar betul-betul menyesakkan nafasku, membuatkan jantungku terpaksa bekerja lebih keras menghantar oksigen ke paru-paruku. Datangnya dia ke sini sama sekali tidak kupinta tetapi aku bukanlah seorang yang begitu zalim sehingga sanggup mengusirnya pergi jauh dari pandanganku.

~bersambung~

Mencari Naurah (Bab 27)

Novel | Mencari Naurah

‘ALHAMDULILLAH, selesai akhirnya,’ bisik hatiku sambil mengambil laporan mingguan di atas meja. Ingin kutunjukkan kepada Preshnan dan mahu kubuktikan kepadanya bahawa hasil kerjaku adalah lima bintang!

“Hellooo...” tegurku. Sengaja aku panjangkan loonya.

“Ya, puan. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Preshnan berlagak persis seorang pegawai khidmat pelanggan.

“Hmm... Saya ada masalah besar! Sangat-sangat besar!!!” Aku berpura-pura gelabah, cuba menahan senyum daripada terukir. Sudah lama aku tidak mengenakan lelaki berketurunan India ini.


“Kenapa? Apa yang berlaku?” Wajah Preshnan berubah.

Aku ketawa. “Tak ada apa-apa,” jawabku bersahaja sambil menyerahkan laporan mingguan yang telah kusiapkan. Mata Preshnan yang sedia bulat itu dibulatkan. Dia membelek laporan yang kuberi sambil mengangguk.

“Bagus, Asha. Adakah hari ini giliran saya untuk membentangnya?” Preshnan tersenyum kambing.

‘Hisy... sudah gaharu cendana pula. Sudah tahu, bertanya pula,’ aku mengomel sendiri.

“Ya, tuan. Menurut perjanjian kita, tuan perlu membentangkan laporan ini tanpa sebarang bantahan dan kompromi...”

“Apa?” Preshnan tersenyum menampakkan giginya yang putih.

“Janganlah main-main. Hari ini giliran Preshan!” Sambil mengajuk lagak Phua Chu Kang, aku berkata sedikit tegas tetapi masih tersenyum. Bekas graduan UKM ini gemar sungguh mengusikku. Macam...

“Baiklah, tuan puteri. Saya akan lakukan apa sahaja demi tuan puteri. Tuan Puteri Gunung Ledang, tuan puteri kecintaan saya. Jiwa saya. Payung saya...” Preshnan ketawa dan kami sama-sama berjalan ke bilik mesyuarat. Dia membuka pintu bilik tersebut dan mempersilakan aku berjalan dahulu.

“Terima kasih, Presh,” aku memandangnya sekilas.

“Sama-sama, coklat,” jawab Preshnan.

“Coklat?”

“Bukan, bukan... payung. Intan payung... nyawa...” Preshnan ketawa lagi.

“Menyampah,” sambungku lalu ketawa kecil. Tidak faham sebenarnya dengan jenaka yang ingin dia sampaikan.

Ketawa Preshnan semakin menggila.

“Preshnan!!!” jeritku. Kali ini, aku menjeling tajam ke arahnya.

“Alahai. Saya hanya bergurau, Sha,” Preshnan akhirnya mengalah. Aku tersenyum puas.

‘Satu kosong,’ aku berkata di dalam hati.

MESYUARAT kali ini berlangsung agak lama. Banyak perkara yang dibangkitkan. Bukan sahaja perihal kemasukan staf baru bahkan isu bonus tahunan pun dimasukkan di dalam agenda perbincangan.

Entahlah, aku pun keliru. Sudah terang lagi jelas bahawa kumpulan kami (aku, Preshnan, Ying Pei dan Sook Kuan) bertanggungjawab menguruskan staf-staf baru yang menjadi ahli keluarga syarikat ini tetapi masih ada yang tidak berpuas hati dengan kerja kami. Persoalannya, kenapa isu bonus tahunan yang dibangkitkan? Bukankah jabatan kewangan yang sepatutnya bertanggungjawab? Hmm... Entahlah.

“NATASHA, awak masih baru. Jangan banyak melawan,” tegur Sherry atau nama sebenarnya Syarifah Hasanah binti Syed Azhar.

Aku hanya diam, tidak mahu melawan.

“Awak ingat awak hebat sangatkah?” Sherry memandangku sinis.

Aku masih diam. Rasanya, tidak perlu untuk berlawan bicara dengannya, buang masa! Aku terus berjalan keluar dari bilik mesyuarat. Tidak mahu melayan fiilnya yang bukan bukan. ‘Tidak profesional langsung,’ getus hati kecilku.

“Mari kita pergi, Sha.” Tiba-tiba, tanganku ditarik seseorang. Aku segera berlalu meninggalkan Sherry yang kelihatannya masih belum berpuas hati denganku. Aku juga tidak mengerti mengapa. Adakah kerana anugerah kecemerlangan yang aku peroleh bulan lepas? Menurut katanya, aku tidak layak kerana masih terlalu baru di sini. Entahlah.

“Abaikan dia,” ujar Sook Kuan setelah kami memasuki pantri. Hendak minum sebentar. Dahaga... panas....

“Jangan risau, Asha okey,” kataku sambil tersenyum.

Sook Kuan mengambil air kosong buatku.

“Terima kasih,” ucapku lalu meneguk air tersebut.

‘Alamak! Aku puasalah.’ Cepat-cepat aku meluahkan air yang sudah masuk dua teguk ke dalam kerongkongku.

“Asha okey?” Preshnan bertanya, agak terkejut.

“Jangan risau. Asha tidak apa-apa. Terlupa pula. Asha puasa sebenarnya hari ini.” Aku berterus-terang.

“Maaf,” bisik Sook Kuan. “Saya tidak tahu Asha puasa,” tambahnya.

“Eh, bukan salah Sook Kuan. Saya yang salah.” Aku cuba memujuknya. Tentu dia berasa serba-salah.

Kami kemudiannya sama-sama ketawa.

Tiba-tiba, namaku dipanggil seseorang

“Asha!!!” jerit Ying Pei.

“Ya, sayang,” balasku tetapi tidak menjerit sebagaimana dirinya.

“Jangan lupa beri penerangan kepada rakan sekerja baru kita esok pagi.” Ying Pei mengingatkan.

“Staf baru? Tidak ada orang maklumkan pun.” Dahiku berkerut seribu.

“Maaf, Sha. Saya terlupa hendak beritahu, ” celah Sook Kuan.

Aku ketawa. “Siapa namanya?” Aku memuncungkan bibirku.

“Namanya Khairul. Graduan dari Universiti Malaya. Tampan juga dan berusia 26 tahun. Selamat maju jaya! Gunakanlah peluang keemasan ini untuk memperkenalkan diri dan seterusnya memulakan sebarang perhubungan...” jawab Sook Kuan panjang lebar.

“Kemudian... kahwin!!!” tambah Preshnan pula lalu ketawa terbahak-bahak.

“Preshnan!!!” Kali ini, aku turut sama menjerit.

~bersambung~

Kerana apa aku menulis ....

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Hidup berlangsung aman. Moga-moga akan sentiasa aman, tidak sahaja di dunia bahkan akhirat juga.

Cakap pasal aman...lain orang, lain pemahaman dan pengertiannya.

Orang yang punya banyak masalah tetapi berjaya mengatasinya boleh juga dianggap aman hidupnya. Dia tidak dihambat dengan masalah yang berlegar-legar di sekelilingnya.

Orang yang sedang berhati walang tetapi berjaya menceriakan hidupnya... hari-hari dilalui aman, macam tidak ada apa yang berlaku.

Okey, kembali kepada entri hari ini...

Waktu mula-mula menulis, Muthiah telah meletakkan tekad dalam diri. Muthiah menulis (selain kerana mahu rasa duit sendiri) sebab mahu menyampaikan sesuatu kepada teman-teman.

Apa yang Muthiah mahu sampaikan?

Entah, susah hendak cakap. Muthiah ingin menjadi seperti sahabat-sahabat yang hidup mereka...

Pagi, petang, siang malam...

Sentiasa berbicara soal dakwah... dakwah... dakwah.
Usrah... usrah... usrah...
Halakah, taklim, daurah...

(Kadang-kadang terbit rasa cemburu dalam hati (bukan untuk menghancurkan) kerana tidak mampu menjadi seperti mereka).

Murabbi yang berfikir tentang mutarabbi, mengajak 'anak'nya kepada kebaikan dan mendekat kepada ALLAH.

Namun, entah. Muthiah terasa diri teramat jauh... jauh dari jalan orang yang Muthiah kira hampir dengan ALLAH itu. Jalan orang yang hidup dan matinya untuk ALLAH dan ISLAM. Muthiah mahu menjadi salah seorang daripada mereka tetapi... entah. Terasa diri jauh (sukar untuk dihuraikan), tidak tahu jalan mana yang harus diikuti... lorong mana yang hendak dituju...

Jadi mungkin, menulis ini dapat menyenaraikan diri Muthiah bersama dengan mereka (di sisi ALLAH) meski tidak hebat macam mereka. Mereka tampak sangat hampir dengan ALLAH sedang Muthiah selalu berada di bawah... apabila hati baik, dekatlah dengan DIA. Apabila lalai, menjauh jadinya.

Alhamdulillah, peringkat awal... Muthiah kira Muthiah berjaya mencapai apa yang Muthiah mahu lakukan. Sampaikan walau seayat (melalui pena). Bermula dengan Mencari Naurah... Ayah, Amir nak masuk U, Ayah, Amir nak jadi doktor, dan kemudian, Air Mata Siti Hajar...

Namun sejak akhir-akhir ini...

Muthiah rasa niat asal Muthiah telah terpesong. Tujuan utama Muthiah menulis bukan lagi kerana mahu menyampaikan. Ada tetapi berada di kedudukan kedua (meski mulut Muthiah berkata sebaliknya). Mungkin disebabkan oleh perkara itulah, hati Muthiah berasa 'something wrong somewhere'.

Setelah berbincang dengan suami, Muthiah bermuhasabah sendiri kembali. YES! Inilah jawapan yang dicari-cari.

Niat tidak betul.
Hati tidak cukup jelas.

Pernah lalui keadaan begini? ____

Kata suami, "Bolehlah perbaharui niat."

YA! Inilah salah satu penyelesaiannya selain daripada beristighfar kepada ALLAH.

Jadi, yuk kita perbaharui niat (bagi sesiapa yang mengalami perkara yang sama). Lakukanlah sesuatu kerana ALLAH (meski payah... buat dan ungkap sahaja). Penilainya bukan kita... bukan juga orang yang baca blog kita tetapi ALLAH.

Ungkap sendiri untuk menjadikannya sebagai tekad di dalam hati. Perbanyakkan istighfar agar tidak terus terpesong atau tersasar.

Okey. Selamat bermuhasabah :)

Filem pendek : This time

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah. Alhamdulillah, baik... insya-ALLAH.

Bagaimana dengan kondisi hati hari ini? _______
Apa? Something wrong somewher? _______
Kenapa? _________

Cuba semak :

1- Bagaimana hubungan dengan ALLAH?
2- Bagaimana hubungan dengan suami?
3- Bagaimana hubungan dengan ibu (bagi si anak lelaki)?
4- Bagaimana hubungan dengan ibu ayah?
5- Bagaimana hubungan dengan rakan-rakan/ jiran tetangga, dll?

Jika ada yang belum setel, yuk kita beresi dahulu ;)

Okey. Jom tonton video mantap yang insya-ALLAH, kan peroleh manfaatnya. Tidak perlu adegan pelik-pelik. Filem pendek ini mampu memberi pengajaran bagi yang mahu memikirkannya.

This time...



Okey. Muthiah hendak sambung kerja dahulu. Sebenarnya, kerja lama Muthiah tangguhkan sekejap untuk memberi laluan kepada satu kerja baru. Akan ada satu rombakan untuk karya yang telah Muthiah hasilkan. Doakan Muthiah, ya ^^

Jika kita _____, kelak kan ______.

Assalammualaikum. Mulakan hidup dengan senyum ceria, bahagia bersama insan-insan tercinta.

Pernah kena tipu/ menipu?
Pernah kena umpat/ mengumpat?
Pernah dikecewakan/ mengecewakan?
Pernah dipermainkan/ mempermainkan?
Pernah ____________?

Peringatan buat diri yang selalu lupa :)

Jika kita menipu, kelak kan ditipu.
Jika kita mengumpat, kelak kan diumpat.
Jika kita mengecewakan, kelak kan dikecewakan.
Jika kita mempermaikan, kelak kan dipermainkan.

Jika kita tidak peka, kelak kan berhadapan dengan orang yang tidak peka.
Jika kita tidak menghargai, kelak kan melalui saat bagaimana rasanya tidak dihargai.
Jika kita suka memandang serong, kelak kan dipandang serong.
Jika kita suka bersangka-sangka, kelak kan ada yang bersangka-sangka pada kita.
Jika kita tidak prihatin, kelak kan bertemu dengan orang yang tidak prihatin juga.
Jika kita __________________, kelak kan ______________.

Hahaha... Apa Muthiah ni?

Apa yang Muthiah nyatakan di sini...

Buat baiklah... insya-ALLAH, kita akan mendapat kebaikan. Jika kebaikan itu tidak kita peroleh daripada manusia juga, insya-ALLAH kita akan mendapatnya daripada ALLAH. Kebaikan ini pula luas. Rasa tenang dan bahagia juga satu kebaikan kerana tidak semua orang berasa tenteram dan aman hidupnya.

Namun, sekiranya kita melakukan sesuatu yang tidak baik... kita akan tetap mendapat balasan daripada kejahatan kita itu. Boleh jadi bukanlah kejahatan yang sama dengan apa yang kita lakukan tetapi ALLAH lebih tahu apa-apa yang patut kita terima. Di dunia tidak dapat, akhirat kelak kita akan dipersoalkan. Bukankah walau sebutir zarah kebaikan/kejahatan itu akan dipertanggungjawabkan oleh TUHAN?

Kesimpulannya, yuk semat dalam diri.

Buat perkara baik sahaja.
Cakap sesuatu yang baik sahaja.
Tengok benda yang baik sahaja.
Dengar bicara yang baik sahaja.
Tulis perkataan yang baik sahaja.

Jika berlaku unsur TER... yuk kita beristighfarlah dan kembali mengharapkan keampunan-NYA ;) Dengan sesama manusia? Hehe... Rasanya?

Jom muhasabah ;)

Buat baik dibalas jahat

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah di sini, Alhamdulillah. Insya-ALLAH, baik-baik sahaja.

Sekiranya ada yang tidak baik, cuba jadikannya baik.
Seandainya tidak mampu, fikirkan yang baik-baik.

-> Insya-ALLAH, akan baik.

Jika tidak baik juga, entahlah. Ambil wuduk, bermunajatlah kepada ALLAH, mohon kepada-NYA agar diberi ketenangan dan ketenteraman jiwa.

Kesimpulannya...

Jom positif.
Jom fikir yang baik-baik.
Jom jadi baik.

Okey, hari ini... Muthiah hendak berbicara tentang apa, ya? Hmmm...

Seorang teman ada meluahkan kepada Muthiah, "Aku buat baik... buatlah apapun tetapi tetap dibalas begitu."

SAKIT... SAKIT... SAKIT...

Pernah alami kondisi begini? ______
Perasaan? ________
Tindakan? ________
Penyelesaian? ___________

(Apa yang kita lakukan apabila mendepani keadaan ini?)

Kita mungkin berasa sedih, kecewa, benci, putus asa, marah, bahkan boleh jadi mendendam. Boleh jadi juga CAN FORGIVE BUT CAN'T FORGET.

Tahniah bagi yang segera/ mudah berlapang dada dan memaafkan mereka yang mengguris hati. Berkait dengan hati ni...

......

Apakah kesan daripada rasa kita itu? ___________

Tenangkah kita dengan apa yang menghambat hati kita kerananya?

.......

Setelah diperbuat begitu, apa pula yang akan kita lakukan? __________

Tidak lagi membuat kebaikan kepadanya (cuba baca kisah Sayidina Abu Bakar), menjauh daripada dia yang menyakiti, memusuhi sampai hujung nyawa dan ____________?

Sekali lagi, tenangkah kita dengan tindakan kita itu?

Boleh jadi...

Hanyalah persangkaan kita... Sayang jika begini? Di manakah nilai sebuah ukhwah itu?

Dia yang mengguris tidak menyedari.... Usah terkejut kerana sesungguhnya, memang ada sisi manusia yang tidak peka/ prihatin/ tahu menghargai terhadap kebaikan yang dihulurkan kepadanya.

Kesensitifan kita berlebih-lebihan... Tidak boleh salahkan diri juga. Seperti yang selalu Muthiah sebut, setiap manusia ada kelemahan masing-masing. Sensitif yang keterlaluan ini, boleh jadi satu kelemahan bagi diri kita (boleh jadi juga satu kelebihan untuk perkara-perkara tertentu).

Memang sisi kelemahan sang teman, dia memang begitu... Hmm... dalam 1000, mungkin ada 1 orang. Jadi, bersyukurlah. Hahaha ^_____^ <- Ketawa palsu.

Maka...

Bersabarlah, wahai hati yang sedang walang. ALLAH dekat mendengar rintihan dan isi hatimu.

Bertabahlah, wahai jiwa yang sedang sakit. ALLAH Maha Adil, Saksama dan Maha Teliti Penghitungan-NYA. Serah segalanya pada DIA.

Susah tetapi cubalah untuk berlapang dada. Kita punya hak untuk tidak memaafkan tetapi itulah... tetapkan tempoh, sampai bila kita mahu rasa begitu? Huhuhu...

<- Peringatan KERAS untuk diri sendiri. Payah, bukan?

Jom muhasabah :)