Ganbatte - treadmill!

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Hari ini, dapat menarik nafas lega sekejap. Hendak bersenang-lenang sepanjang hari. Tengok Hanazakari sambil kemaskini blog yang hampir bersawang ^___^

Hore... kerja yang dirancang sudah siap! Alhamdulillah. Sedang menunggu pengkhabaran daripada yang sepatutnya. Insya-ALLAH, sudah bersedia dengan sebarang ______ lagi, dan lagi. Doakan agar segalanya dipermudahkan ALLAH. Kita hanya mampu melakukan yang terbaik, ALLAH-lah yang menentukan.

Alhamdulillah. Sekarang, sudah bersemangat untuk bersenam guna treadmill.

Di sebalik semangat ini, ada kisah sebenarnya....

Suami Muthiah begitu giat menggunakan treadmill. Satu hari, Muthiah berkata, "Abe, jika satu hari nanti Abe bertambah kacak, jangan lupa Muthiah di sini..." Suami tersenyum kecil. "Kalau begitu, exercise sekali. Kenalah slim." <- Peringatan untuk para isteri khususnya diri sendiri.

Rentetan daripada itu, Muthiah yang tidak pandang treadmill yang berada di sebelah meja makan walau sebelah mata, bersemangat waja menggunakannya. Hari pertama, 5 minit. Hari kedua, lebih 10 minit tetapi kurang 15 minit. Insya-ALLAH, akan terus istiqomah. Ganbatte!

Satu fakta kesihatan yang Muthiah perolehi dari page KKM :

Berjalan 1km = 1,250 langkah
Oleh itu berjalan 10,000 langkah bersamaan lebih kurang 7 hingga 8 km.

Berjalan dalam tempoh 20 minit yang merangkumi jarak sejauh 1.8 km membakar nilai kalori bagi sebiji pisang.

Berjalan dalam tempoh 30 minit yang merangkumi jarak sejauh 2.6 km membakar nilai kalori bagi sebiji karipap.

Jika kita berjalan dalam tempoh 60 minit yang merangkumi jarak sejauh 4.8 km akan membakar nilai kalori bagi sekeping roti canai.

Berjalan 10,000 langkah membakar sebanyak 390 kalori bersamaan sepinggan kuey tiaw goreng.

Kebiasaannya secara purata kita akan mendapat 100 langkah dalam masa seminit.

Okey. Jom kawan-kawan, kita bersenam sama-sama. Curi masa walau hanya 5 minit (Peringatan untuk diri yang selalu on off).

Muthiah : Sayang kerana ALLAH.
Labels: | edit post
0 Responses