Carta buku

Alhamdulillah...

Sekadar ingin berkongsi berita gembira Muthiah dengan sahabat-sahabat yang selalu bertandang di sini. Kesudian kalian datang ke teratak Muthiah amatlah dihargai. Muthiah doakan yang terbaik buat semua, insya-ALLAH.



Dua buku Muthiah, Kawan Baru FB dan Powerpuff Girls Mama tersenarai dalam jualan buku terlaris (remaja dan kanak-kanak) Buku Prima untuk bulan Disember 2012. Kawan Baru FB berada di tangga ke lima manakala Powerpuff Girls Mama pula berada di tempat yang ke lapan. Terima kepada semua yang telah mendapatkan buku-buku Muthiah.  Bagi yang belum ada, bolehlah dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh beli sendiri dengan Muthiah.
0 Responses