Mencari Naurah (Bab 35)
'Hmmm…' keluhku perlahan. Aku memandang jam loceng yang terletak di pinggir katil. Baru pukul 7.00 pagi. Sememangnya aku sudah dididik untuk tidak tidur selepas subuh. Kalau hari bekerja, aku aku bergegas mempersiapkan diri ke tempat kerja. Kalau hari cuti… 'Nak buat apa, ya?' mataku berkelip-kelip entah berapa kali.
Haaaa!!! Sudah lama aku tidak menyemak e-mel peribadiku. Sejak bekerja di PWC, hanya e-mel syarikat yang aku gunakan untuk berhubung dengan rakan-rakanku. Aku kemudiannya berjalan ke arah komputer riba yang terletak di atas meja studi. Semak dengan barang-barang kepunyaan Azmar, aku menggeleng sendiri.
'Mak ai… banyaknya e-mel yang tidak disemak?' Senarai pengirim emel aku teliti satu per satu. Tiba-tiba, mataku tertumpu kepada satu nama milik seseorang…
To : natasha_kudo@yahoo.com
Subject : Apa perkembangan terkini?
Salam.
Maaf mengganggu. Baru-baru ini saya berjumpa dengan Anuar di PWC. Satu pejabat dengannya rupanya. Apa perkembangan terkini? Masih berhubung dengan adik-adik muslimah? Apa perkembangan mereka?
Asyraf Daniel.
Mata yang sedia sepet kubulatkan. Benarkah apa yang ak
u baca dan lihat? Pengirimnya bernama Asyraf Daniel. Asyraf mana? Atau Asyraf Daniel bin Razali yang baru menjadi ahli keluarga tempat aku bekerja. Namun, e-melnya seperti yang aku kenal, shinichi2905@yahoo.com.
Reply to : ‘Asyraf Daniel’< shinichi2905@yahoo.com >
Subject : Re : Apa perkembangan terkini?
Salam.
Anuar ada sampaikan salam Saudara. Alhamdulillah, adik-adik tidak punya masalah. Kalau ada sebarang permasalahan sekalipun, tidak kritikal. Biasalah, muslimah yang meningkat dewasa. Insya-ALLAH, masih berjumpa dengan mereka setiap hujung minggu untuk menyampaikan majlis ilmu.
Sekian, terima kasih.
Natasha
*****
SEMINGGU berlalu dan tidak ada balasan e-mel yang aku terima daripada Asyraf. Kalau dahulu, aku begitu malas untuk menyemak e-mel peribadiku tetapi tidak sekarang. Setiap hari, pasti aku akan menjenguk e-mel serta Yahoo Messengerku yang sudah lama terkubur namun kini dihidupkan kembali. Sedang ralit meneliti senarai pengirim e-mel, aku ditegur seseorang melalui lama chat Yahoo Messenger.
Buzz...
Shinichi : Salam.
Natasha : Salam.
Shinichi : Sibuk?
Natasha : Tidak sangat. Hari Jumaatlah katakan.
Shinichi : Anuar ada?
Natasha : Dia perlu temuduga calon baru. Belum selesai lagi agaknya. Saudara belum bekerja lagi?
Shinichi : Insya-ALLAH, minggu hadapan lapor diri di Hospital Kuala Lumpur.
Natasha : Alhamdulillah. Dekat sangat dengan PWC.
Shinichi : Ya, bolehlah makan sama-sama.
Shinichi : Eh, salah. Silap hari bulan, ada yang mengamuk pula.
Natasha : (jelir) Baiklah, beransur dahulu. Jumpa lagi.
Shinichi : Baik.
*****
"AWALNYA buka komputer," tegur Azmar.
"Awalnya bangun. Hmmm… biasanya, hujung-hujung minggu begini, kalau tak pukul 10.00, jangan harap nak buka mata," balasku sambil tersenyum.
"Ada dating kat KLCC," Azmar berterus-terang.
"Dating dengan perempuan ke lelaki?" aku membulatkan mata.
"Nama lagi dating, mestilah dengan sang teruna," Azmar diam sejenak.
"Baiklah, Sha. Janji sebelum pintu KLCC buka kena sampai dah," sambungnya lagi lalu berjalan meninggalkanku terkebil-kebil di hadapan komputer ribaku. Aku menggeleng perlahan.
"Jaga diri hiasi peribadi," jeritku.
SETELAH Azmar beredar, aku segera log in Yahoo Messengerku. Manalah tahu…
Shinichi : Salam.
Natasha : Salam.
Shinichi : Berada di talian juga hujung minggu ini?
Natasha : Hendak mencari bahan. Sekarang menulis.
Shinichi : Tulis apa?
Natasha : Cerpen tentang Palestin. Cuba hantar pada majalah...
Shinichi : Melampau betul Yahudi (Israel).
Natasha : Dari dahulu lagi sudah melampau. Cuba rujuk surah kedua ayat 120 yang bermaksud, ‘Tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti agama mereka...’.
Shinichi : Surah Al-Baqarah, bukan? Jadi, apa yang boleh kita buat?
Natasha : Boikot barang-barang mereka.
Shinichi : Contoh produk keluaran mereka?
Natasha : Banyak tetapi kalau hendak tahu lebih lanjut, boleh tengok dalam web PPIM.
Shinichi : Orang Yahudi kecil tetapi mereka bersatu.
Natasha : Betul, dunia Arab asyik bergaduh dan bergaduh, tidak ada tanda mahu surut...
Natasha : Macam adik-beradik berkelahi... sebenarnya tidak ke mana.
Shinichi : Sejak zaman Nabi SAW lagi orang Arab suka bertelagah. Islam datang mengharmonikan mereka tetapi tidak semua yang mengikut jalan Islam.
Natasha : Benar...
Shinichi : Tetapi, janji Allah itu benar. Islam PASTI menang cuma kita tidak tahu bilakah waktunya.
Natasha : Benar.
Shinichi : Bezanya, adakah kita sama-sama terpilih untuk membawa Islam kepada kemenangan. Islam PASTI menang. Kita fikir balik, Islam perlukan kita atau kita sebenarnya yang memerlukan Islam?
Natasha : Ya…
Shinichi : Eh, saya kena keluar sekejap. Insya-ALLAH ada jodoh kita borak lagi.
Natasha : Ada jodoh?
Shinichi : Eh, ada masa kita berbual lagi. Assalammualaikum.
'Waalaikumussalam,' aku menjawab salamnya di dalam hati. Ah! Buat malu sahaja. 'Ingat jodoh ni berkait dengan kahwin sahaja??? Natasha!!!' Aku memarahi diriku sendiri. Benar-benar di luar kawalan dan jangkaan. Namun, alangkah baik andai kami benar-benar berjodoh. Aku tersenyum nakal.
~bersambung~